Majlis ijabkabul tertutup yang diadakan di sebuah masjid Semarang, Jawa Tengah Indonesia pada 11 Jun lalu bertukar menjadi malapetaka dengan penularan Covid-19 hingga mengorbankan dua mangsa, seorang tenat dan 30 lagi disahkan positif.
Menurut laporan portal Jateng Suara, majlis itu hanya diadakan dengan kehadiran 10 tetamu sahaja dan telah mengikuti Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan pihak berkuasa.
Kredit foto : Coconuts.co
Menurut Ketua Pejabat Agama Semarang, Muhdi Zamru menjelaskan yang majis tersebut diadakan di rumah pengantin perempuan, manakala dua individu yang meninggal dunia itu adalah ibu dan adik pengantin sementara pesakit yang tenat adalah bapanya. Namun, yang anehnya kedua-dua mangsa tidak menghadiri majlis perkahwinan tersebut.
Kredit foto : Jateng Suara
Bagaimanapun, apa yang tidak diketahui Muhdi adalah pihak keluarga telah mengadakan majlis resepsi di masjid dengan dihadiri 30 tetamu.
"Tugas kita hanya sebatas menikahkan. Setelah itu, kalau ada pesta bukan tanggungjawab kami. Kami hanya memastikan jika ijabkabul sesuai protokol kesihatan."
Kredit foto : Kompas
Malah, mereka yang positif Covid-19 ini bukan sahaja membabitkan ahli keluarga, tetapi juga lima dari sembilah ahli kariah masjid turut terkena jangkitan Covid-19 ini.
Sementara itu, Wakil Kota Semarang, Hendra Pribadi menjelaskan yang kluster pernikahan itu berlaku kerana tidak mematuhi SOP kerajaan Indonesia.
"Kemungkinan besar karena tidak sesuai dengan protokol kesehatan saat proses pernikahan. Makanya, banyak yang terkena covid-19."
Seram juga mendengar berita sebegini berlaku di negara jiran. Jadi, diharapkan majlis keramaian di negara kita benar-benar mengikuti prosedur ditetapkan kerana jumlah tetamu yang lebih besar berbanding mereka iaitu 250 orang. Apa pula pendapat anda? - CARI |