"Memang la merosot, sehari 5-6 kali dok tayang benda sama. B*do ke?"
Kecoh di media sosial dengan laporan Astro (stesen televisyen berbayar) yang berdepan cabaran baru pada suku pertama 2020 ini.
Penurunan dalam permintaan langganan dan penangguhan acara sukan adalah cabaran yang terpaksa dihadapi gara-gara Covid-19.
Maka, ramai warganet membuat ulasan ianya adalah kerana keengganan stesen swasta itu sendiri mengikut perkembangan semasa yang sangat laju.
Selain itu, bayaran mahal, program yang diulang-ulang, iklan terlampau banyak hingga menyamai stesen televisyen percuma juga disebut-sebut sebagai punca kurangnya permintaan langganan.
Betul ke Astro pentingkan diri sendiri?
Kredit foto: Twitter Berita Harian
Menurut laporan disediakan RHB Bank dan Public Investment Bank, pendapatan Astro dijangka merundum pada 2021
berikutan penundaan kandungan sukan (Olimpik dan Euro 2020). Ianya ada kena mengena dengan pandemik Covid 19 hingga mengakibatkan stesen televisyen itu terpaksa akur dengan situasi semasa.
Bagaimanapun, bagi mereka yang pernah melanggan stesen televisyen satelit itu berpendapat bahawa ianya adalah kerana keangkuhan mereka sendiri yang bersifat memonopoli, tidak mahu mendengar rungutan pelanggannya dan banyak lagi.
Kredit foto : Twitter
Kredit foto : tecnohugs.com
Keengganan Astro memperbaiki kualitinya seperti memakan diri sendiri. Sementelah lagi kehadiran perkhidmatan penstriman online seperti Netflix, Iflix, Viu hatta Youtube sendiri yang menyediakan pelbagai program menarik membuatkan lebih ramai penonton memilih saluran ini berbanding kaedah tradisional.
Kredit foto : Twitter
Kredit foto : Mi Community
Bagaimanapun, laporan itu memfokuskan bahawa keuntungan bersih Astro susut kepada RM73.84 juta untuk suku pertama berakhir 30 April 2020, daripada RM76.20 juta yang dicatatkan sebelum ini. Ini bermakna stesen penyiar swasta itu tidak rugi cuma untung bersih berkurangan dari tahun sebelumnya.
Apapun, usah mendabik dada. Masih banyak yang perlu diperbaiki supaya pelanggan tidak lagi merungut. Mungkin boleh dimulakan dengan mengambil cerita-cerita baru serta menambah baik kualiti siaran ketika musim hujan?
Apa pendapat anda? - CARI
|