Selepas Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Persekutuan Pertubuhan India Muslim Malaysia (Permim) pula tampil menyifatkan tindakan kerajaan tidak membenarkan warga asing negatif covid-19 menunaikan solat di masjid adalah tidak wajar.
Memetik Harian Metro, Permim berpandangan sama dengan Mapim bahawa diskriminasi sedemikian tidak wajar berlaku.
Kredit foto: Harian Metro
Tegas presidennya, Dhajudeen Shahul Hameed, setiap umat Islam ada hak untuk bersolat dan ia harus dihormati walaupun negara sedang berdepan pandemik itu.
"Larangan sebegini akan menimbulkan persepsi negatif terhadap negara serta agama Islam sebagai agama yang tidak membezakan antara manusia.
"ermim memohon Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk memperhalusi keputusan ini serta membenarkan umat Islam beribadah tanpa mengira status kewarganegaraan," katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Mohd Azmi Abdul Hamid selaku Presiden Mapim, semalam berkata, tuntutan agama tidak boleh dikompromi jika semua syarat sudah dipenuhi. - CARI |