CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 102295|Reply: 72

Jangkaan Tahun 2023 Baru Boleh Melancong Secara Normal

[Copy link]
Post time 6-6-2020 03:44 AM | Show all posts |Read mode
Edited by trunks at 6-6-2020 03:46 AM



Krisis wabak COVID-19 yang berlaku sekarang ini telah menampakkan kesannya kepada ekonomi dunia. Ianya memberi impak kepada pelbagai jenis industri termasuklah pelancongan.

Namun, perhatian sekarang lebih tertumpu kepada bilakah industri pelancongan ini dapat dipulihkan dan berapa lama masa diperlukan?
Walaupun tiada model rujukan untuk merungkai persoalan ini, pakar pelancongan global iaitu Atmosphere Research Group (ARG) mengatakan jangkaan pemulihan bakal mengambil masa 2 tahun secara beransur-ansur.
Faktor pemulihan ini boleh jadi disebabkan oleh penurunan kes COVID-19 ataupun penemuan vaksin. Walau bagaimanapun, ARG setuju dengan para peramal dan eksekuf industri lain di mana pemulihan akan bermula dengan perjalanan domestik.


Berapa Lama Anggaran Masa Pemulihan?
Secara tepat tiada siapa yang tahun jawapan ini. Jadi dalam kes ini, kita menggangap penghujung tahun 2020 barulah pendemik COVID-19 ini mungkin diisyharkan sebagai terkawal.


6 hingga 9 bulan (Pertengahan hujung 2021)
ARG meramalkan untuk tempoh ini hanya golongan yang dilabelkan sebagai “ptoe traveller” akan melakukan penerbangan.
Tujuan mereka mungkin disebabkan oleh urusan perniagaan namun mungkin juga melibatkan urusan peribadi dan percutian. Dan mereka dikalangan golongan yang berpendidikan dan berpendapatan tinggi.
Dan golongan ini lebih tertumpu kepada perjalanan domestik bahkan antarabangsa jarak jauh.


8 hingga 16 bulan (Sehingga pertengahan 2022)
Pada tempoh ini, ARG meramalkan golongan yang dipanggil “pioneers” ini akan melakukan penerbangan atas urusan perniagaan bersama-sama penumpang kerap (frequent flyer) peringkat pertengahan serta atasan dengan pendapatan isi rumah RM10,000 dan ke atas. Golongan ini diramalkan akan memilih penerbangan jarah jauh.


12 hingga 18 bulan
Dalam tempoh ini proses pemulihan semakin terlihat. Golongan dikenali sebagai “fast followers” mula melakukan penerbangan setelah melihat tempahan kabin premium untuk kelas perniagaan dan pertama yang semakin meningkat.
Menjelang penghujung tahun 2022, sebahagian besar daripada industri ini akan kembali normal seperti biasa, atau sekurang-kurangnya seperti sebelum COVID-19 melanda.


16 hingga 24 bulan
Tempoh di mana diramalkan wabak COVID-19 dianggap telah berjaya dikawal di seluruh dunia. Dalam tempoh ini juga barulah satu gelombang manusia akan membanjiri lapangan terbang untuk bercuti. Diramalkan industri ini mencapai 80% hingga 90% jumlah pelancong pada awalnya dan pada bulan ke 24 atau tahun 2023 barulah ianya berada pada tahap yang sama atau lebih daripada sebelum pandemik ini bermula.


- korang yang hobby melancung
boleh lah standby

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2020 05:32 AM From the mobile phone | Show all posts
dlm Malaysia pun ok... tp harapnya x la mahal supaya dlm masa sama boleh galakkan rakyat melancong dan semarakkan semula industri pelancongan negara
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2020 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
My personal opinion, boleh nak melancong untuk support local tourism sector. Cuma kena beringat utk buat saving at least ada 6 bulan gaji as emergency fund. Recession is happening now and becoming worse soon.

I menyampah tengok kawan-kawan duk meroyan kat twitter rindu nak travel, nak naik flight, nak sorong luggage. Tapi BPN pun dapat, moratorium kau ambik, i-Lestari KWSP kau keluarkan maximum.. hah macam mana tu?
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2020 01:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul, TT. Rata2 penganalisis pun komen kalau nak melancong luar negara lagi 3 tahun baru ok. Iols pun postpone segala plan dan saving duit dulu settlekan loan mana yang boleh
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2020 01:15 AM From the mobile phone | Show all posts
trunks replied at 8-6-2020 01:10 AM
kan.betul tu,bagi habis clear hutang2,hati ada senang sikit
nak pergi mana2 hehe


Hmmm... Yang ada pantai, chalet tepi pantai. Then tempat hawa sederhana. Tak panas sangat. Berangan dulu TT hehe
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2020 01:32 AM From the mobile phone | Show all posts
trunks replied at 8-6-2020 01:25 AM
alah berangan dulu bukan orang tau hehe
sambil2 tengok gambar2 cuci mata

Betul2 TT. Ada 3 tahun untuk cuci mata puas-puas and plan nak gi mana. Insya Allah dah settle covid, kita reramai bleh gi melancong

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-6-2020 12:05 AM | Show all posts
i plan nak buat road trip kat sabah n sarawak...
terbayang plak mcm kt nz ada holiday park, naik motor home
i wish malaysia blh buat mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2020 11:16 AM | Show all posts
ok, simpan dulu duit..walaupun dalam perancangan tu ada nak bercuti2 ni tapi tunggu jugaklah habis wabak2 ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2020 03:44 PM | Show all posts
secara optimisnya memang between 12 to 24 month ubat covid akan di temui...but i doubt very much...mungkin makan masa 5 hingga 6 tahun jugak utk ubat benar2 berkesan kpd manusia...until than, tourism sector akan mati...
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2020 04:15 PM | Show all posts
aku hampir terbeli tiket ke yurop bagi perjalanan lepas raya haritu.. mujur tak beli.. so planning tahun ni ke langkawi bawa kereta ajelah...  
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2020 10:03 AM | Show all posts
Aiyo dah plan balik Malaysia 2022.
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2020 09:29 PM | Show all posts
soulskull replied at 7-6-2020 11:16 PM
My personal opinion, boleh nak melancong untuk support local tourism sector. Cuma kena beringat utk  ...

Itu sebenarnya pelancong sengkek tp budget kaya. Aku satu sen tak dpt bantuan apa pun. Dgn jobless takde kerja. Bukan fikir nak jalan dulu. Fikir nak isi perut & kelangsungan hidup. Nasib baik takde hutang rumah dan kereta. Mgkn kena cari kerja part timelah kot. Anyway, bulan depan aku nak gi Lumut. Sambil short holiday aku nak pi jumpat kawan lama. Dia dah jadi nelayan kat situ.
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2020 10:08 PM | Show all posts
trunks replied at 18-6-2020 03:24 AM
itu ramalan aje tu kot hehe..sekarang ni pun.saya
nampak,kita agak bebas pergi sana sini,asalkan  ...

Tak mau lah travel dengan face mask tu semua, dah rasa masa balik Malaysia awal tahun ni, tak best langsung.

Tu fikir 2022 sure dah ok..

Ok kita doa reramai by next year semua normal dah.

Comments

Aamiin ya rabbal 'alamin. betul tu :D  Post time 18-6-2020 10:20 PM
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2020 10:11 PM | Show all posts
soulskull replied at 7-6-2020 10:16 AM
My personal opinion, boleh nak melancong untuk support local tourism sector. Cuma kena beringat utk  ...

Me off kerja jaga anak 2 bulan sebab playschool tutup, so layak dapat 2 ribu dollars sebulan, punya simpan sebab nak guna beli plane tickets balik Malaysia.

Tapi 2 ribu tu kemudian kena tax juga, so bukan free money juga. Anyways still sempat buat savings 4 k.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2020 09:35 AM | Show all posts
aku ni tgh pk nak kne abiskan credit refund ni dlm masa 2 thn...klu AA blh byr balik pakai cash bestnye lahai...blh joli...
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2020 06:50 PM | Show all posts
Edited by lurve82 at 21-6-2020 06:57 PM
trunks replied at 21-6-2020 04:37 PM
pergh,maksud awak,Air Asia tak refund dari segi duit ke?
hanya delay kan tiket dan kena guna dala ...

betul..dorg masukkan dlm credit refund je...blh je klu nak delay..pilih tarikh lain...tp payah la..so aku pilih credit refund je la..ada rm5k dah...cuma tiket ke busan aku blm buat refund lg...yg lain semua dh buat...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2020 06:52 PM | Show all posts
trunks replied at 21-6-2020 06:51 PM
aha,nasib baik dapat balik duit tu..hehe
boleh shopping lagi

xdpt cash..masuk credit...tu yg sedih..sbb dah xde hati nk gi holiday mana2 pun...
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2020 06:56 PM | Show all posts
Edited by lurve82 at 21-6-2020 06:57 PM
trunks replied at 21-6-2020 06:55 PM
jadi,betul lah saya tanya atas tu, tak bagi refund dari segi duit cash?
dan hanya boleh beli tike ...

ye betul...hehehhe..sorry dah edit kat atas...
dlm masa 2 thn kne abiskan credit tu..klu tak..burn...

Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2020 07:06 PM | Show all posts
Edited by lurve82 at 21-6-2020 07:08 PM
trunks replied at 21-6-2020 07:01 PM
pergh ,h@nat betul AA.saya dah agak dah,

ada peniaga jenis macam ni

mula2 dulu lagi teruk..dia bg masa dlm sethn je utk refund..lepas tu ramai bising, AA ubah bg 2 thn plak...tp skrg ramai jgk yg bising sbb nak cash...susah nak predict akan dtg mcm mana...
sy susah nak cuti lama2...husband pun sama...lpas tu klu pegi oversea nak kne kuarantin plak..cuti lg tu...sure bos xlepas..

pastu kne tgk tarikh jgk klu nk berjln2 dah dua2 keje...tu yg xamik option tukar tarikh...baik amik cdt je...tp amik cdt pun xtau la blh berjln ke tak..klu takat ratus2 ok la..ni nak dkt rm6k kot klu tmbh tiket busan tu...klu bg cash blh beli mcm2...
dah la klu nak beli tiket lain pun tak tentu rege tiket murah...sure berganda2...


Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2020 07:16 PM | Show all posts
trunks replied at 21-6-2020 07:10 PM
'tumpang sedih '  

kes wabak ni,memang bagi kesan pada semua orang

mmg sakit ati pun...tp nk buat camne..AA tu pun berbisnes...hadap je lah walaupun ceo dia tu billionaire...huhuhu...rasanya company flight lain pun sama...xde yg refund cash sgt...cuma husband ada buat aduan sana sini..kot2 blh dpt cash...rasa ramai jgk yg buat...tp harapan mcm tipis je...






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2026 04:02 PM GMT+8 , Processed in 0.126296 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list