Kisahnya..aku layan channel InformOverload minggu lepas... Tengah layan kisah suzy Lu kena bash sebab copyright anime tak salah aku.. Ada suggestion tentang rehome adopt kid.. Aku pun biasa la.. Gedik pi click...
Bila tengok video tu.. Aku tak ada kata2..blur jap.. Minah omputeh ni nama Myka Stauffer.. 3 tahun lepas.. Dia ada update nak ambik kanak2 Asian utk jadikan anak angkat. Dan dia juga specifically nak kanak2 yg kelainan upaya. Jadi ramai la pengikutnya derma kat psgn suami isteri ni
Depa buat video dari A sampai la tamat proses ambik anak angkat.. Sejak dari tu.. Depa ni banyak dapat sponsor dari sykt gergasi.
Tiba2 akhir tahun lepas/awal tahun ni, anak angkat cina depa yg bernama Huxley hilang dari radar video yg Minah ni upload.. Opkos la bawang rangers omputeh tertanya2 tentang huxley..mula2 Minah ni delete komen.. Dan skrg lps kena serangan dari bawang rangers sana..
Maka depa suami isteri mengaku depa dah REHOME anak angkat depa tu pada keluarga lebih baik. Aku mcm wowwwwww.. Dah berjuta depa buat duit dari Huxley.. Skrg lepas 3 tahun depa buang budak tu mcm anak kucing.
Ni video depa dua buat alasan kenapa REHOME HUXLEY ke keluarga baru.
Depa berdua tau tentang keadaan Huxley.. Tapi meroyan kata x tau..
Kisah Huxley bukan baru.. Ada banyak kisah anak2 angkat yg di rehome dgn keluarga angkat dgn pelbagai alasan. Kebanyakan yg aku layan kat youtube adalah dari negara Afrika.
Aku x jumpa video penuh yg aku pernah layan bulan lepas. Nanti jumpa aku update.
Note : nasihat aku.. Kalau nak ambik anak angkat kaji dulu habis2..supaya budak2 tu tak rasa dibuang mcm kucing/anjing.
Author|Post time 4-6-2020 08:30 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Revolver replied at 4-6-2020 08:09 PM
Xkan x tau susah senang nk jg anak oku
Alasan x munasabah langsung
Apa yg aku baca.. Diaorg tau tentang keadaan budak cina tu.. Dan mmg diaorg sendiri minta budak yg keadaan mcm budak cina tu masa nak ambik anak angkat.
Post time 5-6-2020 07:31 PMFrom the mobile phone|Show all posts
iol ingatkan diorang taktahu condition huxley. Tapi memang sendiri cari a kid with special needs siap confident ckp kat youtube her comfort level to handle such kid is high, dia ada byk ‘pengamalan’
Pastu ujung2 kau rehome budak tu pastu kau nangis? Kejam betul. Siap blame pulak adoption agency tak being transparent.
Awal2 dah tahu huxley tu special apa yg tak transparentnya. Bukan condition semua ikut cookie cutter sepesen sama. Masing2 ada trigger masing2
Post time 5-6-2020 07:42 PMFrom the mobile phone|Show all posts
sarah82 replied at 5-6-2020 07:40 PM
Crocodile tears...siap jata huxley mmg pilih nak duduk dgn keluarga baru.
selagi tak keluar dari mulut huxley iol tak percaya. Dah milk money from him pastu penat dah nak layan terus pulangkan kat kedai dia ambik mcm beli broken gift. Jahat.
Post time 13-10-2020 11:37 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Mungkin mmg niat awal nak special kid pun sbb they know orang akan simpati dan akan donate money...dan boleh jadi sumber income terbesar mereka sbb mereka tahu orang akan rasa simpati for the kid n know special kid expenses agak mahal... so people keep donating... Lama2 diorang rehome huxley sbb dah malas jaga but x announced sbb nak donation tu berterusan. Done spekuan jahat iol...
serious marah gila ni baca cerita camni... aku benci orang yang amek anak angkat pastu buang je for whatever bloody reason! sebab tu memana kengkawan aku yang tanya proses nak amek anak angkat kat aku, aku suruh diorang fikir masak2... jangan aniaya anak yang tak berdosa tu... ada yang kes rehome sebab tak mampu jaga, ada yang pulang sebab dah dapat anak sendiri... haish... memang aku sakit hati kalau nak sebut satu2...
anak sulung aku tu, walau aku sedayaupaya jaga hati dia... explain kenapa dia bukan dari perut aku... apa kelebihan yang dia dapat berbanding anak2 lain... tetap dia selalu tanya: tapi kenapa dia bukan datang dari perut aku macam adik dia
ko bayangkan perasaan anak2 yang terbuang dah dibuang macam ni... lagi terkesan ok pada diorang
Author|Post time 13-10-2020 05:13 PMFrom the mobile phone|Show all posts
eyansss replied at 13-10-2020 05:11 PM
serious marah gila ni baca cerita camni... aku benci orang yang amek anak angkat pastu buang je f ...
Aku faham perasaan tu.. Sebab tu aku geram sangat bila kes ni terbongkar.. Ramai org melahar keluarga ni puas2..ada bbrp utube yg mmg jaga anak angkat yg special ni betul2 marah dgn keluarga ni
Post time 15-11-2020 12:08 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Ooo pernah tertengok video dia ni kat YouTube dulu. Dia pegi China ke Korea nak amik budak ni. Tengok beberapa episod jugak la. Hantar budak tu pegi sekolah la, celebrate birthday la. Lepas tu tak minat tengok dah. Masa tu terfikir juga suami dia kerja apa sampai boleh amik anak angkat dari negara lain ni. Kurang upaya pulak tu. Rupanya...