CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24635|Reply: 97

Abang saya seorang penagih dadah

[Copy link]
Post time 3-5-2020 11:44 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualalikum. Saya nak minta pendapat dan pertolongan dari semua forumer.

Tulisan sy agak panjang. Mohon sabar membaca dengan ayat yg tunggang langgang.


Kisahnya begini..saya mempunyai seorang abang berusia 36 tahun belum berkahwin dan seorang penagih. Sy kurang pasti dadah apa yg diambil tp kemungkinan dadah yg biasa blh didapati oleh anak2 muda di kampung. Dah lama dia terjebak dengan masalah ini. Hampir 15 tahun. 4,5 tahun lepascada masa masa tertentu dia jadi agresif. Bergaduh dengan adik lelaki,tak tidur malam dan kuat bersembang. Tapi bukan selalu. Dalam 3,4 bulan sekali dia akan jadi begitu. Mungkin dos yang diambil tinggi. Kami sekeluarga dan sedara mara tak pernah lepas tangan. Kami selalu menasihati dia dan dia memang menyesal namun dia tiada kekuatan diri. Dulu dia sendiri yang sukarela utk belajar di pondok luar daerah supaya dpt lari dari kwn2 dan dpt tinggalkan ketagihan.


Balik dr mengaji pondok,dia terlibat semula. Kemudian dia juga minta bantuan kami utk hantar ke CCRC daerah. Alhamdulillah ada perubahan namun tempoh di sana hanya 6 bulan. Tak lama kemudian dia terjebak semula. Selepas beberapa tahun, lagi sekali dia daftar diri di CCRC yg sama. Kali ini selepas 2 hari di sana, kemudian pegawai di sana call keluarga utk bawa pulang dia kerana katanya dia cuba mencederakan roomate( mencekik).jadi mereka tidak dpt menempatkan abg sy kerana bimbang akan mencederakan penghuni lain. Pegawai memaklumkan abg sy jadi begitu kesan tidak mengambil baham trlarang (sy tak pasti apa jenis dadah yg diambil).


Esoknya saya dan mak terus bawa pulang dia dan kami sedih melihat keadaannya yg spt kurang waras. Pegawai mencadangkan utk kami bawa dia ke hospital utk pemeriksaan mental. Sampai di hospital, doktor kata tiada masalah mental tp kami tahu itu adalah kesan dadah yg diambil. Di hospital Ada ketika dia sedar ada ketika dia bercakap sorang sorang. Prjmpaan dgn doktor seolah tidak membantu. Doktor seakan mengganggap ini kes ketagihan bukan sbb masalah mental yg mencederakan  atau blh mengganggu ketenteraman awam.


Sy dan ibu pulang dengan agak kecewa. Slps kejadian itu, dia semakin pulih kerana mungkin dia kurangkan pengambilan barang atau dah bertukar kpd barang lain. Begitulah kehidupannya sehari hari. Kami tahu dia masih belum berhenti menagih cuma dia mengawal pengambilan.


Selepas kejadian di CCAC, hampir 15 bulan kemudian dia start buat perangai. Dalam pukul 1 pagi polis call adik mengatakan dia ditahan polis. Sebab penahanan ialah kerana dia berada di belakang sebuah rumah di kawasan semak samun di kampung sebelah dan tuan rumah mengesyaki pencuri. Polis memaklumkan semasa ditangkap dia bagitau dia nak minta ibu saya balik sebab dia nampak ibu sy berada di situ ketika itu. Polis tidak mengesyaki yang dia hendak mencuri disebabkan masa jumpa dia bercakap sorang2 mcm org kurang waras. Lagipun sebelum ini dia pernah ditahan beberapa kali kerana penyalahgunaan dadah namun dibebaskan. Polis memang mengesyaki ini adalah berpunca dr dadah. Semasa ditahan, dia bercakap sorang sorang dan memanggil ibu sy sedih kami melihat keadaan itu. Kami juga yakin dia x berniat nak pecah masuk rumah org atau berniat mencuri sbb dalam wallet dia ada dlm rm130 semasa ditangkap.


Itulah 2 peristiwa yg kami rasa memang dia terlebih dos. Selepas kejadian itu dia sudah tidak lagi meracau namun masih ketagihan. Aktiviti seharian juga normal cuma ada masanya dia tidak tidur malam dan memang kami tahu dia mengambil barang.

Ingin sy ceritakan sikapnya walaupun dia seorang penagih. Kami tahu dia cuba sedaya upaya utk tinggalkan semua tu tp tak ada kekuatan dan pengaruh kwn. Ke pondok, ke ccac semua itu adalah usaha dia utk lari dr ketagihan. Dia juga pernah mencari krja di luar negeri kami, tapi tak lama. Selepas projek selesai, dia trpaksa pulang. Kemudian masih teruskan aktiviti itu.


Sebenarnya kami sekeluarga dan sedara mara mmg menyayangi dia kerana sikapnya yg baik dan byk menolong. Kerana sikapnya itu kami semua amat sedih kerana dia sudah tidak mampu mengawal diri dari ketagihan. Sy tgh berusaha utk membantu dia. Kalau forumer ada cadangan atau jln penyelesaian mohon lah bagitau.


Kami puas memikirkan di mana tempat atau pusat rehabilitasi di Malaysia yg boleh utk dia pergi secara sukarela. Dgn keadaan dia skrg yg blh dikatakan tegar, CCAC mungkin sudah tak mahu terima.

Kami sanggup menghantar walaupun jauh. Dia juga bersetuju. Mohon jgn kecam atau komen kami ni bodoh masih pelihara mayat hidup atau apa2 komen yg biasa didengari apabila ada ahli keluarga yg menjadi penagih. Sy mohon bantuan dan pandangan semua. Sy cuba berusaha kerana sy sbg adiknya nampak masih ada sinar utk dia kembali spt biasa.


Maaf kalau ayat tunggang langgang. Sy dah stress yg terlampau memikirkan hal ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-5-2020 11:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Sy mohon forumer jgn kecam kami sekeluarga. Kami terlalu sedih jika berterusan hidup begini kerana dia selalu menyatakan hasratnya utk berubah tp dia tiada daya. Kami org kampung juga tidak tahu ke mana mahu menghantar dia. Kami mohon pandangan forumer sekiranya dpt membantu. Paling sy sedih memikirkan ibu yg sudah tua yg trlalu menyimpan hasrat mahu melihat anaknya menjadi manusia normal.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2020 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Salam Aliyamaria,

Semoga dalam rahmat dan lindung Allah swt selalu sekiranya muslim. Saya tak tahu nak bantu bagaimana, tapi saya nak bagi sokongan moral kat awak dan keluarga. Awak dan keluarga sangat kuat hadapi dugaan ini, lain org lain dugaannya. Syabas juga sebab awak semua jaga abang awak berusaha untuk dia berubah dan tidak buang dia. Semoga ada forumer lain yg dapat berikan idea nanti.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2020 12:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Catpaw replied at 4-5-2020 12:02 AM
Salam Aliyamaria,

Semoga dalam rahmat dan lindung Allah swt selalu sekiranya muslim. Saya tak ta ...

Terima kasih @Catpaw atas sokongan moral itu. Kami belum cukup kuat tp ini sahaja pilihan yg kami ada. Walaupun setiap masa dalam kebimbangan jika dia sudah tidak dpt menjalani kehidupan normal lagi. Ada ketika dia khayal, kami semua menangis mengenangkan nasib dia. Dia perlukan sokongan moral dan support dari ahli keluarga dan saudara mara. Semua tu dia dah dpt. tapi sokongan shj tidak mencukupi tanpa bantuan pemulihan.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2020 12:30 AM | Show all posts
Semoga dipermudahkan segala urusan.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2020 12:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Tt ada dapat mesej dari MKN x?


RM0. Hubungi talian hotline AADK 0389112233 atau whatsapp 0196262233 bagi nasihat dan kaunseling mengenai penyalahgunaan dan penagihan dadah sepanjang PKP.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-5-2020 12:57 AM From the mobile phone | Show all posts
aliyamaria replied at 4-5-2020 12:06 AM
Terima kasih @Catpaw atas sokongan moral itu. Kami belum cukup kuat tp ini sahaja pilihan yg kami  ...

Semoga TT dan ibu serta keluarga dilindungi and dirahmati. Susahnya kita nak bantu kalau kes gini. Semoga tabah. Cuba google pusat serenti persendirian yg artis artis penah join ke? atau hmm actually terlalu banyak kes begini.. sampai gov pun xble nak tampung dah. Lucky abg u family masih sayang. Xble ke rawatan sendiri dirumah? cuba google caranya maybe kelihatan kejam kot like letak dibilik and mandikan? ah.. i pun xtau how nak berikan idea. Semoga sis and family tabah and hopefully forumer lain boleh beri idea. Yg pasti semua terletak pd abg sis.. tapi bayangkan jika ibu dah uzur nanti, and you ada family sendiri.. cemana la nasib dia.. so mmgla kena sama sama among family find solutions. May Allah help u sis.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2020 12:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Cumikucingku replied at 4-5-2020 12:55 AM
Tt ada dapat mesej dari MKN x?



Dah cuba yg ni? Pihak yang lebih pakar dapat membantu abang tt...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2020 01:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak bg sokongan moral jgk.. Dari cerita tt nampak abg awak seorg anak + abg yg baik pd keluarga. Adore dgn effort awak dgn abg nk pulihkan diri.. Saye doakan tt n family kuat ye..  Inshaa Allah ade jln penyelesaian tu nnt..
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2020 01:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga terus tabah dan sabar
Yg akak tengok Oprah's Winfrey Show lama dah sejak astro Diva tayang dulu
Otak penagih syabu mmg macam cheese kena gigit tikus... Banyak lompang x serupa otak dah
Mmg tak akan normal dah
Tu je akak boleh share.. akak doakan semoga Allah permudahkan urusan keluarga adik
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2020 02:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Siapa bagi dia duit utk terus beli dadah..X pernah masuk penjara ke abang U tu..kalau duk dlm penjara lama sikit mana tau kot boleh tinggal benda tu. Tp kalau dh kategori tegar tu mcm too late dh. Dh pernah clear selama 6 Bulan pun boleh patah balik lagi..dh tahap mcm tu mmg la selain drpd family, polis ke doctor ke malas dh nk layan
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2020 04:57 AM From the mobile phone | Show all posts
TT, menurut Dr Gabor Mate

'Addictionis manifested in any behavior that a person craves, finds temporary relief or pleasure in but suffers negative consequences as a result of, and yet has difficulty giving up. In brief: craving, relief, pleasure, suffering, impaired control'

memang abang awak ni pengaruh sekeliling dan peers dia jadi camtu jugak...

try set appointment buat full medical check up, neurobiological...kalo boleh buat CT Scan...entah2 otak abang awak ada bahagian yang injured/dysfunction ke...

nak 'repair' abang awak ni make sure physically di examine...saya taram je ni, tapi benda ni pernah jadi dekat family saya sendiri...macam2 check up kitorang buat sebab nak pahamkan masalah after effect substance abuses tu...

dan saya doakan awak sekeluarga dipermudahkan urusan...ini dugaan berat...tawakal pada Allah...

dan jangan lupa try ruqyah mandiri...abang awak ni nak kena 'overhaul' serba serbi ni...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2020 05:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Cumikucingku replied at 4-5-2020 12:55 AM
Tt ada dapat mesej dari MKN x?



Melihat keadaan dia sy tak rasa kaunseling blh bantu sbb semasa di CCRC dulu mmg setiap hari diberi kainseling dan nasihat. Tp tetap juga kembali pd dadah.

Sy ada terima sms dr MKN tu. apapun terima kasih ats pandangan @Cumikucingku
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2020 05:19 AM From the mobile phone | Show all posts
adila39 replied at 4-5-2020 12:57 AM
Semoga TT dan ibu serta keluarga dilindungi and dirahmati. Susahnya kita nak bantu kalau kes gini. ...

Sy memikirkan sekiranya kami semua ada komitmen keluarga masing masing,siapa yg akan bantu dia. Sebolehnya sbb terlambat, kami mahu pastikan dia dpt rawatan sepenuhnya. Mmg dikira agak terlambat tp its better than never.

Sy tgh risik risik mengenai rumah Pengasih.. atau tempat2 perrsendirian. Tp risau kalau yg swasta ni fikirkan keuntungan semata.

Terima kasih @adila39 ats pandangan trsebut.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2020 05:23 AM From the mobile phone | Show all posts
peterila replied at 4-5-2020 01:07 AM
Nak bg sokongan moral jgk.. Dari cerita tt nampak abg awak seorg anak + abg yg baik pd keluarga. Ado ...

Ye dia disenangi oleh kami dan saudara mara. Sbb dia rajin bantu kami semua. Mgkin dugaan utk dia dan utk kami juga. Dulu sy masih mentah dan parents pn mengharapkan abg sy berubah bila usia meningkat. Tp sekarag sy dh meningkat dewasa dan selepa kematian bapa 10 thn lps, sy trpanggil utk bantu dia kembali pd jln yg btl. Tp masalah ni bkn mudah diatasi. Kalau kita sendiri berada di tmpat penagih mgkin kita juga hadapi masalah yg sama.

Terima kasih @peterila ats sokongan moral trsebut
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2020 05:25 AM From the mobile phone | Show all posts
VespaSilbe replied at 4-5-2020 01:43 AM
Semoga terus tabah dan sabar
Yg akak tengok Oprah's Winfrey Show lama dah sejak astro Diva tayang d ...

Ye kami semua tahu kesan pengambilan dadah dlm masa yg panjang akan bagi efek sebegitu. Tp dia tak ambk syabu. Namun apa2 jenis dadah memang merosakkan akal fikiran slowly. Lebih2 lagi dadah sintetik yg murah dan mudah didapati.

Apapun terima kasih @VespaSilbe ats pandangan tersebut..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-5-2020 05:31 AM From the mobile phone | Show all posts
matchstick replied at 4-5-2020 02:28 AM
Siapa bagi dia duit utk terus beli dadah..X pernah masuk penjara ke abang U tu..kalau duk dlm penjar ...

Dia kerja tp x tentu dan kerja kejap2. Di kampung ni tak byk peluang pekerjaan. Dia just kerja bila timbul mslah duit. Mmg dia x pernah minta duit dr family. Kl terdesak dia pernah pinjam dr sy atau ibu dan kemudian bila dpt gaji dia bayar balik hutang tu.
sy tahu mmg polis dah malas nk layan penagih tegar, sebab tu sy rasa perlu inisiatif dr family sendiri utk bantu golongan sebegini. Dia dh beberapa kali masuk lokap tp tak lama kemudian lepas. Mgkin ini silap family yg sepatutnya dr awal kena bertindak. Tp sy tak salahkan sesiapa dlm hal ni. Btl abg sy yg perlu dipersalahkan tp kami org org yg berada disekeliling dia perlu bantu dia.
Apapun terima kasih @matchstick atas pndangan tersebut.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2020 05:37 AM From the mobile phone | Show all posts
bloodyamuk replied at 4-5-2020 04:57 AM
TT, menurut Dr Gabor Mate

'Addictionis manifested in any behavior that a person craves, finds tem ...

Dulu kami pernah panggil geng geng tabligh dr pondok yg pernah dia pergi tu. mereka masih lgi berkawan. katanya ada makhluk yg melemahkan spiritual dia. Tp kami kurang percaya hal hal mistik ni sbb kami tahu dia jadi mcm tu krn kesan dadah. Tp tetap kamu ikhtiarkan bgi dia air bacaan quran. Yelah itu juga salah satu ikhtiar.

Sy percaya pengaruh kuat dr peers dan diri sendiri yg tak kuat. Sbb tu sy cuba cari tempat yg jauh dr kg utk dia daptkan rawatan. Lbh lama lbh bagus.

Trm kasih @bloodymuk ats pndangan trsebut.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2020 06:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Cumikucingku replied at 4-5-2020 12:55 AM
Tt ada dapat mesej dari MKN x?



CCRC tu pusat serenti aadk la sis
Nama suda tukar daaa
Cure & care rehab center
Style dorang ajar pun dah berubah
Tak mcm pusat serenti dulu
Kiranya CCRC skang lebih humane and focusing on rehabilitate pelatih2

Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2020 06:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga diberi jalan keluar y terbaik bt tt sekeluarga. Amin
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:28 PM GMT+8 , Processed in 0.290131 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list