"SHUT UP jika diri sendiri pun tak bantu bangsa sendiri! Takut nanti diri jadi bangsat."
Itu luahan kekecewaan Usahawan Internet, Najib Asaddok mengenai seorang pemuda yang seolah-olah memperlekehkan pembabitannya dalam perniagaan selama ini.
Dengan pertanyaan seperti menyindir, Najib berasa marah kerana nampak sangat yang pemuda tersebut sengaja melontarkan persoalan seolah-olah tidak tahu apa-apa tetapi yang sebenarnya terang-terangan komen ditulis di halaman Facebook usahawan itu sendiri.
Kredit foto: IG
Bagi Najib, halaman Facebooknya itu sudah cukup menerangkan siapa dirinya sendiri. Jadi, apabila ada warganet yang datang masih bertanya soalan yang sama, ia sebenarnya mahu menyindir.
Sudahlah begitu, kemahirannya berkongsi bagaimana untuk berbisnes turut dipertikaikan dan seolah-olah apa yang dilakukannya langsung tidak memberi impak kepada ekonomi negara.
"Dia komen dalam facebook saya, semua info apa saya buat jelas & terang kat situ. Saya tau bezakan antara tanya dan perli. Alhamdulillah setiap hari mmg tak berhenti perlian dalam tu. Takperlah saya doakan mereka diberi petunjuk & rahmat Allah."
Foto: IG
Warganet turut bersetuju dengan pandangan yang diutarakan. Ini kerana perasaan hasad dengki memang menebal di dalam bangsa sendiri.
Bagaimanapun, ada juga yang menyatakan soalan tersebut tiada unsur provokasi pun. Namun, dijawab kembali oleh Najib bahawa dia tahu untuk membezakan pertanyaan ikhlas dan sindiran.
Foto: iG
Jadi, 'keyboard warrior' harus berhati-hati ya selepas ini. Jaga diri dan jaga jari, bimbang pula ada yang disaman nanti. -CARI
|