Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, bekalan roti Gardenia dikatakan agak terhad memandangkan ia sering kehabisan sama ada di pasar raya mahupun kedai runcit.
Oleh itu, tindakan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak memuat naik foto bersarapan roti Gardenia di Instagramnya mengundang pelbagai reaksi ramai.
"Benda rare (susah dapat) zaman PKP ini. Syukur," tulisnya di ruang kapsyen.
Najib memuat naik foto menyapu roti tersebut dengan jem hari ini sambil mengucapkan syukur kerana dapat menikmati roti keluaran syarikat tersebut.
Kredit foto: Facebook Najib Razak
Perkongsian Najib setakat ini disukai lebih 77,000 warga maya selain mendapat hampir 4,000 komen.
Tak sangka musim PKP ni, laku roti Gardenia ni. Jemu makan nasi ke tu? - CARI
|