CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5711|Reply: 70

Beri Pembebasan Awal Banduan Kekang Covid-19, Kata Lim Kit Siang

[Copy link]
Post time 6-4-2020 09:45 AM | Show all posts |Read mode
Gambar hiasan. Kredit foto: Facebook Jabatan Penjara Malaysia


Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang mencadangkan kepada kerajaan untuk memberi pembebasan awal kepada banduan-banduan di negara ini bagi mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.


Beliau berpandangan, keadaan penjara-penjara di Malaysia kini terlalu sesak dengan hampir 73,000 banduan dan menyukarkan penjarakan sosial dilakukan.


Kit Siang berkata, negara-negara lain seperti Indonesia, India dan United Kingdom telah memberi pembebasan awal kepada sebahagian banduan.


"Kerajaan Malaysia perlu mengambil tindakan yang sama untuk mengekang penyebaran wabak COVID-19 memandangkan keadaan sesak penjara-penjara di Malaysia, dengan membenarkan pelepasan awal banduan.

"Terutamanya di kalangan banduan warga emas, banduan yang dijadualkan untuk dibebaskan dalam tempoh beberapa bulan lagi, banduan yang dipenjarakan atas kesalahan kecil dan kesalahan-kesalahan yang tidak melibatkan keganasan, individu yang mempunyai keadaan kesihatan yang memberikan risiko tinggi kepada mereka dan banduan yang telah melakukan jenayah yang tidak membawa sebarang bahaya kepada orang lain," katanya dalam kenyataan melalui laman blog Lim Kit Siang for Malaysia.


Lim Kit Siang. Kredit foto: Facebook


Beliau turut menyokong cadangan Ketua Pengarah Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar agar mahkamah tidak menjatuhkan hukuman penjara kepada individu yang ingar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Pemimpin veteran DAP itu menyarankan supaya mahkamah menjatuhkan hukuman selain pemenjaraan terhadap mereka yang didapati bersalah melakukan kesalahan tersebut.


"emenjaraan pesalah ini akan membantutkan tujuan asal PKP iaitu untuk memutuskan rantaian jangkitan dan mendatarkan lengkungan penyebaran virus ini," jelasnya.


Kalau ramai banduan dilepaskan, bimbang akan timbul pula masalah lain seperti proses pemulihan atau parol bagi membolehkan mereka hidup semula bersama masyarakat. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2020 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Ularmak LKS Ada nampak sikit cerdik Kali yinni....so yg kena tangkap langgar PKP Tu patut kena kerah Gali kubur utk pesakit covid yg dah meninggal n tolong nurse Kasi bersih hospitalll
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2020 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Jahat betul idea DAP....nak menjahanamkan negara. ...ke apa
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2020 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila bercakap je nampak bodoh

itu tandanya lebih baik cepat ke taman peringatan atau yang sebenarnya kubur
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2020 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Dalam tu lagi selamat kalau takde yg gatal telo positif covid pegi menggedik kat situ..apa punya idea lerrrrrr..idea nak melingkup LKS paling beras bernas
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2020 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Bab..jgj hukum oenjara yg kena tangkap masa pkp tu..setuju juga lah.
Bagi buat keja amal ke apa...tapi hanya melibatkan tangkapan remeh temeh.
Kalau maki2..hamun kat org bertugas..elok penjarakan.

X yah nak lepas2 banduan.tiba2 kadar jenayah naik balik nanti.
Malaysia ni bkn bole bg betis...nanti nak peha plak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-4-2020 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
sonatalady replied at 6-4-2020 10:12 AM
Bab..jgj hukum oenjara yg kena tangkap masa pkp tu..setuju juga lah.
Bagi buat keja amal ke apa...t ...

Terutamanya di kalangan banduan warga emas, banduan yang dijadualkan untuk dibebaskan dalam tempoh beberapa bulan lagi, banduan yang dipenjarakan atas kesalahan kecil dan kesalahan-kesalahan yang tidak melibatkan keganasan, individu yang mempunyai keadaan kesihatan yang memberikan risiko tinggi kepada mereka dan banduan yang telah melakukan jenayah yang tidak membawa sebarang bahaya kepada orang lain,
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2020 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Ape yg US buat dia mesti sibuk nak tiru pepuak ni...duk diam2 je bole tak?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2020 10:18 AM | Show all posts
bukan ke duduk dalam penjara selamat
hanya sesama sendiri ...
diorang totally isolate dari dunia luar
takde interaksi dengan orang luar ...
hanya dengan warga  warden penjara je ...
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2020 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sarah82 at 6-4-2020 02:20 PM

Boleh tak apek tua nak mampos ni simpan bodoh tu? Dlm penjara masih selamat.. Tak ada lagi yg kena covid- 19..tapi apek tua ni ada baca ka?
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2020 10:23 AM | Show all posts
Idea paling BODOH sampai ayam PH pun tak berani nak buka thread baru.

Dalam keadaan sekarang, bila banduan dibebaskan dalam keadaan tiada pekerjaan dan tempat tinggal, takut jenayah berulang kembali atau paling ringan ditangkap kembali kerana langgar PKP.

Apa yang kerajaan buat sekarang ini ialah dengan memberi pekerjaan dan kemahiran kepada banduan dengan menjahit PPE.

Apabila tamat PKP nanti, adalah kemahiran untuk mereka bila keluar nanti.

http://www.astroawani.com/berita ... ers-covid-19-236060
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2020 10:26 AM | Show all posts
PH ni sejak jadi pembangkang..mcm mcm idea keluar...
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2020 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Dh lah petik kata2 si tua ni
Apa je sumbangan dia pada negara??
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2020 10:31 AM | Show all posts
Iran dah buat awal2 hari tu. 54k banduan dilepaskan dan diorang kosongkan penjara. Kat China pun ada keluar berita dulu yg penjara diorang tercemar dgn Covid19 tapi takde cerita pulak diorang bebaskan banduan.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2020 10:35 AM | Show all posts
Bukan ke banduan ni isolated kat penjara aje..Celah mana kena COVID? Lainlah kalau banduan baru tu ada infected which aku tak rasa Jabatan Penjara bodoh sangat nak kasi sumbat aje.

Cadangan dia aku agree dengan syarat letak kat rumah dia.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2020 10:35 AM | Show all posts
Penjara Malaysia nih yg penuhkan ialah warga asing. 60% warga asing.  Baca hari tu indon yg paling ramai.

Kalau bebaskan warga asing dan hantar balik baru lengang kut penjara malaysia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2020 10:36 AM | Show all posts
nampak sangat la nak lingkupkan lagi negara, dah kalau dalam tu positif ko nak lepas bagi merebak lagi ke macam mana? bukan ke dalam penjara tu sememangnya dalam kuarantin.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2020 10:39 AM | Show all posts
sonatalady replied at 6-4-2020 10:12 AM
Bab..jgj hukum oenjara yg kena tangkap masa pkp tu..setuju juga lah.
Bagi buat keja amal ke apa...t ...

suh dorg jadik sukarelawan plak..tolong2 polis dan askar jaga roablock ke apa..
biar dorg plak pegi maki hamun para pemandu yg melanggar perintah pkp
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2020 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
ak tgk yg buat ppe ni aman je, mcm keje kilang je. dorg pun myb xnk kuar time ni, dh kuar kena kuarantin pulak, baik jahit ppe, dpt gak tribute kpd frontliner.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2020 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
noor2: Jahat betul idea DAP....nak menjahanamkan negara. ...ke apa

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:37 PM GMT+8 , Processed in 0.085310 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list