View: 5291|Reply: 59
|
E-bazar Ramadan sudah aktif di Facebook
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Gabungan Persatuan-Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia (GPPPKMM) akan membangunkan platform e-bazar Ramadan kepada ahlinya bagi memberi peluang mereka berniaga dalam talian sebagai persediaan susulan penularan wabak coronavirus (COVID-19).
Setiausaha Agungnya, Mohamed Zamri Mohammed, berkata sebuah laman web akan dibangunkan bagi proses jual beli melalui e-bazar Ramadan itu yang mempunyai rangkaian dengan syarikat logistik.
Mengulas lanjut, katanya, inisiatif itu yang kini masih di peringkat awal mendapat permintaan tinggi dalam kalangan peniaga bazar yang tampil untuk menyertai platfrom terbabit.
“Melalui platform ini, kita akan wujudkan rangkaian penghantaran dalam kalangan ahli juga untuk mengurangkan kos...sehingga kini permintaannya tinggi dan kita laksanakan dulu di Wilayah Persekutuan.
“Bagi pelaksanaan di luar Wilayah Persekutuan, ia akan dipantau oleh persatuan di negeri masing-masing bagi memastikan kejayaannya, ” katanya ketika dihubungi BH, di sini, hari ini.
Sehingga kini, beberapa negeri antaranya Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sendiri mengambil inisiatif membatalkan operasi bazar Ramadan bagi mengekang penularan wabak COVID-19.
Selain inisiatif dilaksanakan persatuan itu, Mohamed Zamri berkata, usaha secara persendirian turut dilaksanakan oleh peniaga di sesuatu kawasan dengan mewujudkan rangkaian e-bazar melalui laman sosial Facebook dan WhatsApp.
Katanya, secara keseluruhan lebih 100,000 peniaga bazaar di seluruh negara terjejas ekoran wabak COVID-19 kerana tidak dapat menjalankan perniagaan dengan kehilangan pendapatan dijangka membabitkan sekurang-kurangnya RM500,000.
“Di Kuala Lumpur sahaja, ada kira-kira 10,000 peniaga yang terkesan membabitkan peniaga bazar iftar yang menjual makanan dan bazar ria yang menjual kelengkapan Hari Raya,” katanya.
Sementara itu, tinjauan BH di Facebook mendapati lebih 10 kawasan khususnya di Lembah Klang dan Selangor sudah mengambil langkah proaktif dengan mencipta akaun kumpulan sendiri antaranya ‘Bazar Ramadhan Online Ampang 68000’; ‘Bazaar Ramadhan Online Wangsa Maju’, ’Bazar Ramadhan OTK Puchong Prima; Bazar Ramadhan Bandar Puteri Puchong; Bazar Ramadhan Putra Perdana Puchong,Bazar Ramadhan Bandar Kinrara, Bazar Ramadhan Kelana Jaya, Bazar Ramadhan Pantai Dalam, Bazar Ramadhan Putra Height, Bazar Ramadhan Alam Megah, Bazar Ramadhan Saujana Utama’.
Tinjauan di Bazar Ramadhan Online Ampang mendapati kaedah promosi jualan sudah dilakukan oleh penjual yang kebanyakannya membabitkan menu makanan.
Begitu juga di Bazaar Ramadhan Online Wangsa Maju di mana promosi makanan sudah dilakukan dengan harga serendah RM1 bagi sebungkus nasi lemak - Bh |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
semoga peniaga peniaga kecil ni
dipermudahkan urusan untuk mencari rezeki yg halal. Amin |
|
|
|
|
|
|
|
why not buat satu dewan untuk peniaga dan setup runner dalam 30 orang. lepas tu ambil order melalui e commerce. kiranya buat live streaming dan buyer bayar cod cash on delivery
mula delivery jam 2 hingga 6 petang. kedai setup jam 11 pagi.
cara ni lebih praktikal. kalau ambil order melalui fb carca marba kejap nak kuih tapak kaki, kejap nak nasi ayam bermadu. jadi order tak selaras. minimum order pun kena ada.
setup awal2 dan terus run. kena pakai website juga otherwise jadi order carca marba |
|
|
|
|
|
|
|
Seronoknya. Kiranya masih boleh carik rezeki sebab ada peluangnya. Cuma I rasa kejujuran peniaga amatlah penting. Dah la barang makanan tak nampak depan mata. Yang berjual beli depan mata di bazar pun kadang kadang dapat lauk tak elok. Inikan pulak dari rumah/kedai sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
sib baik masih ada tauhu anora ....phewwww.... |
|
|
|
|
|
|
|
Syabas dgn adanya perancangan seperti ini sekurang-kurangnya dpt membantu peniaga2 kecil
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ellez at 4-4-2020 08:17 PM
Gabungan Persatuan-Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia (GPPPKMM) akan membangunkan platform e-bazar Ramadan kepada ahlinya bagi memberi peluang mereka berniaga dalam talian sebagai persediaan susulan penularan wabak coronavirus (COVID-19).
Setiausaha Agungnya, Mohamed Zamri Mohammed, berkata sebuah laman web akan dibangunkan bagi proses jual beli melalui e-bazar Ramadan itu yang mempunyai rangkaian dengan syarikat logistik....
Ahaa..macam ni bagus..
|
|
|
|
|
|
|
|
cik_chili replied at 4-4-2020 07:44 PM
sib baik masih ada tauhu anora ....phewwww....
Amboi amboi amboiiiii. Sedapkan tauhu dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Buatlah asalkan takde org datang. Order terus hantar ke rumah. Moga dimurahkan rezeki anda semua. Amin amin amin yrb!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Telegram laaa... Aku boleh join dan layan tgk gambar makanan. |
|
|
|
|
|
|
|
CiliPadiSedap replied at 4-4-2020 06:59 PM
why not buat satu dewan untuk peniaga dan setup runner dalam 30 orang. lepas tu ambil order melalui ...
Takda la soc distancing peniaga dok bercumbu2 dalam tu. Ramai tau takut x terhandle. Kalau nak kepung bazar ok gak, tunggu no.giliran macam mekdi
Kena ada agensi macam foodpanda yg handle delivery di e-bazaar tersebut. Diorg yg pusing2 cari owner
Satu lagi ada org handle wasap/web (waiter) amik order. Keburukannya kos minyak akan meningkat
|
|
|
|
|
|
|
|
Ayam percik oii sodap.
Kena ada time frame order awal2, masa start delivery n habis delivery.
Jenis bayaran pun boleh pelbagaikan.
Runner ada bermacam2 sekarang, salah satu yg iols suka Lalamove. Tapi janganlah runner ikut berkurung juga. Foodpanda n Lalamove sekarang sendu kat Puchong ni. |
|
|
|
|
|
|
|
minyak murah sekarang sis 3 kupang dapat lah jarak lebih dengan shell, the future of dream
|
|
|
|
|
|
|
|
munchkin replied at 4-4-2020 08:10 PM
Amboi amboi amboiiiii. Sedapkan tauhu dia.
haah sedap sis...ramai org buat tauhu begedil tp sos dia paling mabelesss..xde org leh celen lg... |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga dipermudahkan urusan peniaga2... inshaa Allah rezeki ada di mana2, asalkan rajin berusaha... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tetap la memasak sbb diorg ni x reliable, ambik order byk2 lps tu tak terhandle , sudahnya customer order lunch tp dpt mkn pukul 5...acaner tu?
Bygkn order utk buka posa, pukul 8 baru ko dpt...takkn nk marah runner, runner pun nk buka posa kan... |
|
|
|
|
|
|
|
Dengan cara ni,rezeki2 peniaga tak putus masa bulan Ramadan. Tadi mak iols siap invite iols kat group fb bazar ramadan. |
|
|
|
|
|
|
|
Yass..dapat gak iols beli tauhu bergedil..hari2 berbuka dgn tauhu bergedil pun takpe..dappnyaaaa..aiyoo |
|
|
|
|
|
|
|
CiliPadiSedap replied at 4-4-2020 08:51 PM
minyak murah sekarang sis 3 kupang dapat lah jarak lebih dengan shell, the future of dream
Kematu bontot runner tu..order 5 jenis juadah kena rempit 5 lokasi
Teringat pakcik shell yang muka sedap dan notti..musti heshe pon forumer gak
|
|
|
|
|
|
|
|
cik_chili replied at 4-4-2020 09:02 PM
haah sedap sis...ramai org buat tauhu begedil tp sos dia paling mabelesss..xde org leh celen lg...
Simple je kan? Simple but yet addictive. Kerak tauhu nipis sesedap rasa. Sos dia pun simple.
Yg lain i rasa macam rasa kompleks. Dan tak terasa nak ulang beli |
|
|
|
|
|
|
| |
|