CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 17526|Reply: 59

Marah Golongan Bawahan 'Dimanjakan', Vivy Yusof Dikutuk Habis-habisan

[Copy link]
Post time 30-3-2020 09:59 AM | Show all posts |Read mode
Dah beberapa hari pakej rangsangan ekonomi diumumkan, masih banyak lagi pihak tidak berpuas hati. Umum mengetahui bahawa kerajaan sudah sedaya upaya cuba membela nasib rakyat semasa saat genting ini dek COVID-19, tetapi ada pihak mempersoalkan bantuan kewangan yang diberikan.


Tular di Twitter baru-baru ini, perbualan yang berlaku di antara dua usahawan wanita berjaya iaitu Vivy Yusof dan Aleeya Zailan. Ramai mengenali pemilik dUCK itu, namun ramai juga yang baru sahaja mengetahui tentang Aleeya, pemilik produk kecantikan Avenys.





Kredit foto: IG





Bukanlah tular kerana perkara baik, sebaliknya perbualan dua wanita ini yang seperti menyalahkan kerajaan kerana 'memanjakan' golongan memerlukan nyata membuatkan ramai netizen 'panas punggung'.









Kredit foto: Twitter





Menurut Vivy dan Aleeya, golongan miskin ini akan menjadi kaya dengan bantuan yang diberikan, malah mereka mungkin akan mampu memiliki iPhone dan televisyen baru hasil wang bantuan yang diterima.


Bahkan, mereka mengeluh kerajaan tidak membantu usahawan seperti mereka yang terpaksa menanggung gaji pekerja yang tetap berjalan meskipun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.





Kredit foto: Twitter





Selepas mendengarkan kekecohan ini, netizen telah menggali lebih mengenai Aleeya dan ternyata kenyataannya sebelum ini mengenai pekerjanya membuatkan ramai bertambah meluat.





Kredit foto: Twitter





Ayatnya yang seperti meminta pekerja supaya terus bekerja sepanjang PKP ini selain turut 'mengugut' sekiranya tidak melakukan kerja sepanjang tempoh ini, akan ada balasan yang dikenakan membuatkan ramai menyelar tindakan wanita ini.


Walaupun kaya harta tetapi 'sikap dengki Vivy dan Aleeya' ini membuatkan ramai orang mula sedar tentang sikap tidak sensitif mereka. Mereka yang bersenang-lenang di rumah besar dengan pelbagai kemudahan pun masih dengki dengan golongan yang terjejas teruk kerana wabak COVID-19 ini.





Kredit foto: Twitter





Tiada empati langsung kepada golongan daif sehingga golongan kaya boleh dengki dengan bantuan sebanyak RM1,600. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2020 10:07 AM | Show all posts
If cmni laaa majikann, udah udah lah. chow je la staff. berkira nak mampus! bukan rakyat mintakkk pun cmnieee..
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Vivy ang tak mau jawab mana duit dari khazanah yg berjuta ang dpt lps tu setiap tahun asyik rugi saja?

Ka bangsat2 ni takut duit khazanah susut jadi depa tak boleh menipu kononnya utk company.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Kau adalah bussiness women tersangkak!!! Tersial!!! Bodoh lagi kimekkk
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82: Vivy ang tak mau jawab mana duit dari khazanah yg berjuta ang dpt lps tu setiap tahun asyik rugi saja? Ka bangsat2 ni takut duit khazanah susut jadi d ...


Sungguh. Pelik cemaner dia boleh senang2 je dapat dn telan duit khazanah tu. Lg pelik ymg ckap di cantik. Dn pelik yg xnmpak mulut faza mcam itik. Mulut cam itik tu la buat dia xboleh ckap melayu. Haaaa kan dh start iols nk keji fizikal. Geram giler kot.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah makin kaya makin sombong ..elok dilaknat je org2 cenggini...dah kaya mula lupa daratan, xde perikemanusiaan..mula dah nk jadik hamba duit... Si@L sgt perangai seko2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-3-2020 11:18 AM | Show all posts
zaman PM7 dulu org miskin jgn dengki pada org kaya..laaa nii?
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahahha... Dek kerana duit rm1600, masing2 sanggup dengki mendengki. Selipar vivy tu pun aku rasa lebih dari harga 1600 tu. Apa sgt la yg dia nak dengkinya tu?

I antara golongan yg tak merasa dapat brim ke, bsh ke, pakej prihatin semua ni. Walaupun tak sekaya vivy, tak mampu pegi obersi tiap2 tahun tapi takde sikit pun dengki kat orang2 yg dpt bantuan ni. Sebab i paham betapa bernilainya duit tu utk family yg susah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2020 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Megikari replied at 30-3-2020 12:07 PM
Hahahha... Dek kerana duit rm1600, masing2 sanggup dengki mendengki. Selipar vivy tu pun aku rasa le ...

Sama la megi oiii... Aku byr tax tp xdeler aku nk menyalak apa gomen bg kt aku. Puas hati duit tax aku gomen bg kt gol susah. Tp sakit hati bila org kaya yg dpt
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 01:06 PM | Show all posts
setakat RM1600 kau nak jaki sgt dengan marhaen apa babi sgt pompuan2 nih?
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 01:09 PM | Show all posts
palmolive replied at 30-3-2020 11:18 AM
zaman PM7 dulu org miskin jgn dengki pada org kaya..laaa nii?

zaman PM8 : orang kaya jangan la dengki2 dengan org smikin
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Tudung itik n fesenbelit dh x laku ler tewww.. Time marhaen semua berjimat cermat ni, hanya yg super bodo je sanggup beli tudung n barangan overpriced yg ko jual tu vivik. Time PKP ni org masih membeli baju, tudung, mekap semua tu through online, bg SME yg menjual dgn harga patut masih boleh survive. Tp kalau yg jual barang harga yahudi kirim salam lah
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 01:30 PM | Show all posts
sarah82 replied at 30-3-2020 10:10 AM
Vivy ang tak mau jawab mana duit dari khazanah yg berjuta ang dpt lps tu setiap tahun asyik rugi saj ...

sib baik x penah beli prodct dua eko kayu ni..xde belas kasihan pd org2 susah
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
puteribaya replied at 30-3-2020 05:30 PM
sib baik x penah beli prodct dua eko kayu ni..xde belas kasihan pd org2 susah

Dah lahir2 dalam talam emas.. Susah nak cari org dari T20 ni yg memahami kesusahan B40 yg dikatakan pemalas dan tak reti simpan duit. Iols mmg tak pernah beli produk dari 2 ekor ni..baik beli dari peniaga kecik2.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
LadyCarefree replied at 30-3-2020 02:46 PM
Sungguh. Pelik cemaner dia boleh senang2 je dapat dn telan duit khazanah tu. Lg pelik ymg ckap d ...

Sabar uols.. Sabar.. Hahahaha.. Tu la.. Pi mana dana khazanah yg dia dok sakau tu..
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 02:26 PM | Show all posts
AbukRokok replied at 30-3-2020 01:09 PM
zaman PM8 : orang kaya jangan la dengki2 dengan org smikin

dulu ada org tolong smpaikan utk org kaya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2020 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia kerja keras dia rasa dia layak dpt semua kemewahan yg dia ade sekarang.  Tp dia lupa ade orang lain yg kerja keras jugak tapi duit yg dia dpt cuma cukup2 untuk meneruskan hidup. Kalau dia x pernah berada di tempat org yg cukup2 makan ni dia takkan dpt nampak perspektif hidup dr sudut pandang org miskin
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 03:03 PM | Show all posts
Bila yang tak berfikir panjang bercakap macam tu ler jadinya
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
New tv?new iphone?
1 family dpt 1600 je giler.dtg mne jd rich beli brg
mewah cmtu???
Kalau rmo extend tu cukup la belanja SEBULAN.bukan sehari
Kalau bujang dpt 800 je.iphone celah mne??
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Hammmbooiii si Aleeyakk tu pong , ke main ejaan posting ig tu ... sebijik cp special word acik2 porum ! Always berporum jugekk yaakk ! Apooiiii
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54993 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55522 Replies : 25
[Netflix 2021] SQUID GAME Season 1,2,3 - Lee Jung Jae, Lee Byung Hun, Wi Ha Joon, Gong Yoo ~ 26 Dec 2024 (Season 2), 2025 (Final Season)
Rahah[Netflix 2021] SQUID GAME Season 1,2,3 -
Views : 29125 Replies : 254
...CHAT HUMANITARY...HAPPY NEW YEAR...
seribulan...CHAT HUMANITARY...HAPPY NEW YEAR...
Views : 44248 Replies : 29
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 11125 Replies : 449
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 47200 Replies : 1958
siri ikonik Korea, Squid Game 2 ditayangkan di Neflix hari ini
YgBenarsiri ikonik Korea, Squid Game 2 ditayang
Views : 13087 Replies : 5
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 232317 Replies : 1832
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 109982 Replies : 1152
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 52274 Replies : 1477

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 09:27 AM GMT+8 , Processed in 0.551608 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list