"Ramai-Ramai Datang Dari Katil Ke Katil!" - 'Tabligh Kuarantin' Merayau Berdakwah Di Hospital, Pesakit Lain Dijangkiti Covid-19
Seorang lelaki yang dikenali sebagai Muhaimin Mazlan meluahkan rasa kesal terhadap sikap segelintir golongan tabligh yang dikuarantin di hospital melawat katil bapanya untuk berdakwah.
Susulan kejadian tersebut, bapanya yang pada asalnya sedang dirawat akibat kanser paru-paru kini disahkan positif Covid-19.
"Tolong aku! Aku mempunyai seorang ayah yang sedang dirawat di hospital kerana kanser paru-paru. Ayah aku sudah dua bulan di hospital.
"Aku sangat terkilan dengan sikap para tabligh yang membuat pemeriksaan di hospital.
"Mereka merayau-rayau di dalam semua wad, menghampiri semua pesakit sedangkan mereka sedang dikuarantin kerana Corona Virus atau sedang menunggu keputusan.
"Beramai-ramai datang dari katil ke katil! Sekarang ayah aku disahkan positif Corona Virus sedangkan ayah aku sudah dua bulan terlantar di hospital.
"Kami adik-beradik tiada simptom demam dan sebagainya bahkan tiada antara kami yang menyertai perhimpunan atau ke luar negara. Bagaimana ayah aku boleh dapat virus Corona?" luahnya menerusi Instagam Stories yang dikongsi di ruangan Twitter oleh pengguna.
Muhaimi memohon jasa baik semua pihak agar mengawal pergerakan individu yang disyaki positif Covid-19 di hospital agar tidak menyebarkan virus tersebut kepada pesakit lain.
"Di sini aku nak minta tolong kepada semua pihak berkuasa jangan kerana orang menggunakan nama agama maka semua tindakan mereka betul.
"Paksa mereka ikut peraturan hospital. Kalau tiada urusan, suruh mereka balik. Suruh mereka baring diam-diam atas katil masing-masing. Bukan merayah ke serata wad.
"Kata doktor pesaki kanser sukar untuk sembuh kalau terkena virus Corona. Aku tengok dari jauh betapa seksa ayah aku nak menelan makanan. Kami adik-beradik sudah tidak dibenarkan menghampiri ayah aku," tambahnya.
Lebih mendukacitakan apabila ada antara individu terbabit yang bertindak agresif mengambil makanan bapanya ketika berdakwah.
"Tabligh berhenti menggunakan agama. Kami semua sudah penat melihat kamu merayah dalam wad dan pura-pura ambil berat.
"Ada juga tabligh yang ambil makanan ayah aku! Tolonglah berhenti memberi ceramah di hospital.
"Kamu disyaki pembawa virus, jauhi semua pesakit. Nurse pun sudah ada yang sakit," nasihatnya.
|