View: 5392|Reply: 31
|
"Tiba-Tiba Turun Mendadak" - Rupanya Ini Sebab Harga Minyak Turun
[Copy link]
|
|
Kredit foto: YADIM
Kementerian Kewangan dalam kenyataannya berkata, harga runcit petrol RON97 turun 21 sen kepada RM2.19 seliter dan RON95 turun sebanyak 19 sen kepada RM1.89 seliter mulai 7 Mac hingga 13 Mac 2020.
Malah, harga runcit diesel turut mengalami penurunan diesel sebanyak 17 sen kepada RM1.96 seliter. Penurunan harga minyak di saat ketidaktentuan politik negara disambut baik rakyat Malaysia.
Namun tahukah anda kenapa harga minyak turun?
Menurut pakar ekonomi, Profesor Kanan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Malaysia Sarawak, Profesor Datuk Dr Shazali Abu Mansor, harga minyak yang susut ketika ini adalah kerana wabak koronavirus (COVID-19) menyerang ekonomi di China dan impaknya yang terus merebak di seluruh dunia sehingga kini menyebabkan permintaan minyak dunia mengalami kejatuhan.
"ermintaan minyak global telah terjejas oleh COVID-19 dan banyak negara mengambil keputusan untuk menyekat perjalanan udara, malah penduduk dunia juga memilih untuk tidak mengembara.
Kejatuhan harga minyak mungkin bagus bagi pengguna, namun kesan kepada kerajaan adalah sebaliknya kerana ia akan mengurangkan lagi pendapatan kerajaan," katanya yang dipetik laporan Astro Awani.
Namun begitu, trend penurunan harga minyak ini mungkin bersifat sementara kerana keadaan itu bergantung kepada pelbagai faktor lain, selain kesan daripada penularan COVID-19.
Kredit foto: Khaleej Times
Sementara itu, Pakar Ekonomi Putra Business School, Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff turut menjangkakan harga minyak kekal pada tahap rendah kerana kesan daripada COVID-19.
"Wabak ini telah memperlahankan ekonomi dunia dan mengurangkan penggunaan pengangkutan. Keadaan itu sekali gus turut mengurangkan permintaan terhadap penggunaan minyak," katanya.
Kesan positif penurunan harga minyak - Penjimatan dari penurunan harga petrol dan diesel akan meningkatkan pendapatan boleh guna (disposable income) rakyat Malaysia.
Jika harga runcit petrol dan diesel di stesen minyak semakin menurun untuk bulan-bulan yang akan datang perbelanjaan untuk petrol dan diesel juga sepatutnya menurun dan ini akan menambah lebihan wang didalam poket isi rumah dan boleh disalurkan untuk perbelanjaan lain atau menambahkan simpanan seisi rumah.
Secara teorinya ia sepatutnya ia mengurangkan perbelanjaan petrol dan diesel bulanan sesetengah daripada rakyat Malaysia tetapi apabila harga minyak turun belum tentu harga barangan dan perkhidmatan yang lain akan turun seperti kebiasaannya yang sentiasa meningkat.
Bila ada kesan positif, pasti ada kesan negatif kejatuhan harga minyak iaitu ia akan menyebabkan penurunan pendapatan kerajaan daripada hasil cukai, royalti, dividen dan sebagainya yang akan mengurangkan kebolehan berbelanja kerajaan khususnya belanja mengurus.
Kredit foto: FMT
Penurunan harga minyak akan memberi kesan kepada pendapatan syarikat minyak negara Petronas. Malah ia turut memberi impak negatif kepada pasaran saham, matawang tempatan Ringgit Malaysia dan sentimen pelaburan secara umumnya.
Kesimpulannya, penurunan harga minyak ada pro dan cons nya kepada negara khususnya kepada ekonomi dan juga pendapatan negara.
Sekiranya ia berterusan, kerajaan perlu menerangkan kepada rakyat adakah rakyat perlu bersedia dengan kelembapan ekonomi yang mendatang atau kerajaan mahu terus positif dan optimis ekonomi Malaysia ketika ini. - CARI |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
syukurrrrr. klu PH yg pegang ni jgn hrp dia nk turunkan harga even though minyak dunia turun |
|
|
|
|
|
|
|
Yang annoying,bila minyak turun, harga barang tak turun pula.. |
|
|
|
|
|
|
|
Benefit utk rakyat kebanyakan. Tapi untuk negara, malapetaka. Mana nak cekau duit. |
|
|
|
|
|
|
|
Atok kata ada simpanan 2 triliyun bersamaan 2000,000,000,000.00.
Takkan nak kasi tokey dan kroni aje memketedarah |
|
|
|
|
|
|
|
Tipu ni..aku lagi percaya harga minyak dunia turun sebab bukan covid tapi sebab PH turun |
|
|
|
|
|
|
|
girlfriend_^^: Yang annoying,bila minyak turun, harga barang tak turun pula..
Kannn
Ape alasan org meniaga nk bg
|
|
|
|
|
|
|
|
harga minyak mmg dah beransur turun sejak covid pasaran china dah tertutup
so saudi tgk ni peluang utk lancarkan perang minyak kedua...yg 1st perang minyak zaman najib
|
|
|
|
|
|
|
|
cakap je la kos operasi meningkat gaji minimum bla bla bla
nti kita tgk tauke stesen minyak merayu sedih sekali lagi
|
|
|
|
|
|
|
|
Lepas turun ni nanti harga minyak naik balik harga barang pun naik |
|
|
|
|
|
|
|
kah kah kah..harga minyak kat rusia pun turun der...takkan sebab PH turun jugak
|
|
|
|
|
|
|
|
pdhal mmg trend menurun dpd aritu
tp PH nye rega kekal brp lame pulak
pastu turun 2 3 sen
kahhh |
|
|
|
|
|
|
|
harap kekal la hrga skang @ trn lg... |
|
|
|
|
|
|
|
ini PH terang terang cakap salah BN sebelum PRU14 hari tu...harga minyak naik & turun...matawang dunia turun sbb 1MDB...ini lah fitnah PH...jangan sekali kali kita lupa...PH=DAP
|
|
|
|
|
|
|
|
harap harga barang kat pasaran pun dapat turun juga....hanya mampu berharap |
|
|
|
|
|
|
|
lepas ni boleh dah diharamkan dap ke caner? majoriti melayu je tu dlm gomen sekarang..
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau ph balik2 banyak hutang. Hutang tengkorak kau |
|
|
|
|
|
|
| |
|