Menakutkan!
Apabila jalan raya bukan sahaja menjadi lokasi berlakunya tragedi pelanggaran kenderaan tetapi juga perbuatan khianat yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu. Terbaharu, seorang lelaki cedera di muka dan hidung selepas motosikal dipandu terkena tali tangsi di Lebuhraya Duta Ulu Klang (Duke). Gambar mangsa ditularkan oleh rakannya di Twitter menimbulkan kemarahan warganet.
Twitter
Menurut Kasally, mujurlah rakannya membawa motosikal perlahan sahaja dan setelah ternampak tali tangsi tersebut, terus ditolak ke atas hingga menyebabkan mukanya tercedera. Bayangkan jika ada penunggang motosikal yang memandu laju, pasti akan terkena leher dan menyebabkan kecederaan yang lebih dasyat. Mungkin juga membawa maut!
Twitter
Lebuhraya Duke yang dimaksudkan adalah selepas SMK Sri Gombak arah ke Kuala Lumpur, ada satu lorong kiri yang memasuki Changkat Desa. Tidak dapat dipastikan motif tersebut dilakukan, namun dipercayai kerana mahu menyamun motor.
Twitter
Majoriti warganet marah lalu mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan tidak berperikemanusian itu dan rupa-rupanya ramai juga yang mengalami pengalaman sama dengan mangsa.
Twitter
Ramai yang menggesa agar pihak polis membuat rondaan di kawasan yang mencurigakan agar dapat menangkap penjenayah tersebut. Seram sungguh modus operandi mereka. Sudahlah mahu menyamun, diletakkan pula senjata tajam yang boleh mencederakan penunggang motosikal. Jadi, hati-hati ya semua. - CARI
|