Kredit foto: Twitter Dr Maszlee
Pembentukan kerajaan baru turut memberi tempias kepada bekas menteri pelajaran, Dr Maszlee Malik yang turut dikritik ekoran pendiriannya dilihat tidak jelas kerana berada di kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin, malah turut serta ke Istana Negara bersama mereka.
Beliau menjawab kritikan tersebut menerusi tw!tter peribadinya.
Kredit foto: Twitter Dr Maszlee
Menurutnya ramai antara mereka (pemimpin Umno dan Pas) yang terlibat dengan kes rasuah dan penyelewengan.
"Ada di antara mereka yang masih diselaputi isu-isu rasuah dan penyelewengan termasuk di Kementerian Pendidikan Malaysia sendiri, yang dahulunya puas saya berusaha membersihkan bekas-bekas yang mereka tinggalkan.
Saya bertanya kepada diri sendiri, apakah saya bersedia untuk menerima semula mereka?
Lalu menjadikan mereka pemimpin negara semula setelah mereka ditolak oleh rakyat dan ada di antara mereka yang sedang menghadapi proses pengadilan?"
Kredit foto: Twitter Dr Maszlee
Beliau kemudiannya dihubungi keluarga, rakan-rakan dan para pengundi yang meminta jangan khianat pada mereka dan akhirnya beliau memilih meninggalkan kumpulan Muhyiddin.
"Keputusan ini adalah muktamad, kepentingan negara perlu mengatasi kepentingan politik," katanya lagi.
Kredit foto: Twitter Dr Maszlee
Akhirnya semua telah selesai, Muhyiddin dipilih selaku perdana menteri kelapan selepas diberikan mandat oleh Yang Di-Pertuan Agong (YDPA).
Adalah diharapkan Kerajaan gagasan Muafakat Nasional yang baharu dibentuk akan memastikan mereka tidak sesekali mencampuri urusan mahkamah, misalnya menggugurkan tuduhan kes berprofil tinggi yang melibatkan anggota parti mereka. - CARI
|