Edited by natrahn at 7-2-2020 11:14 AM
Laman Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS telah berkongsi satu rakaman video dashcam memaparkan kemalangan yang memb@bitkan kereta perodua Myvi dan kereta polis peronda.
Kejadian itu berlaku di Lebuhraya Grand Shapadu menghala ke Klang.
Kemalangan berlaku apabila Perodua Myvi dipandu laju dan melanggar kereta peronda polis yang membuat kawalan terhadap kenderaan Land Rover rosak.
Kemalangan itu menyebabkan kerosakan di bahagian bonet belakang dan kerosakan bahagian lain yang belum dipastikan.
Kredit foto: Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS
Walaubagaimanapun kedua-dua anggota polis berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Siasatan awal mendapati hasil ujian pernafasan pada pemandu kereta berusia 25 tahun itu menunjukkan kandungan alkohol di bawah had ditetapkan dan saringan awal ujian air kencing adalah negatif.
Pemandu kereta itu direman dua hari bagi membantu siasatan.
Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata netizen mengecam tindakan pemandu memandu dalam keadaan berbahaya.
Kredit foto: Kredit foto: Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS
Betul juga kata netizen tu. Sesuatu perlu dilakukan mengenai isu pemandu mabuk ini yang dilihat semakin menjadi-jadi akhir-akhir ini sebelum lebih ramai nyawa melayang dan lebih banyak kerosakan harta benda berlaku. - CARI
|