Majlis Ulama Indonesia (MUI) tidak teragak-agak mengeluarkan fatwa untuk mengharamkan perkhidmatan penstriman televisyen Netflix di negara itu.
Memetik The Star, pengharaman itu akan berkuatkuasa sekiranya menerima aduan mendakwa platform itu menyiarkan kandungan negatif.
Ketua Fatwa MUI, Hasanudin bagaimanapun berkata pihaknya masih belum menerima sebarang aduan daripada pengguna.
Kredit foto: The Jakarta Post
"Sekiranya terdapat orang awam menentang kandungan di Netflix dan menuntut fatwa (terhadapnya), majlis itu akan mengkaji perkara berkenaan.
"Ia tidak mengambil masa lama untuk mengeluarkan fatwa terhadap kandungan negatif di Netflix," katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai keputusan Telekomunikasi Indonesia (Telkom) untuk menyekat Netflix dalam usaha melindungi generasi muda daripada terdedah dengan kandungan negatif seperti keganasan dan pornografi.
Syarikat telekomunikasi terbesar negara itu telah menghalang akses kepada Netflix sejak 2016. - CARI |