CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7961|Reply: 63

[Tempatan] Kantin sekolah ala hotel

[Copy link]
Post time 22-1-2020 09:36 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 22-1-2020 01:37 AM

Kantin sekolah ala hotel
https://www.hmetro.com.my/utama/2020/01/537296/kantin-sekolah-ala-hotel

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 January 2020 @ 8:00 PM

Nor Farhani Che Ad
[email protected]


SUSUN atur kerusi umpama suasana restoran hotel.  FOTO Nor Farhani Che Ad

SEPERTI menikmati hidangan makanan di hotel, itu suasana yang dapat dirasai di kantin Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Seri Wang di Sungai Petani.

Pengusahanya, Mohd Fahmi Ahmad, 36, berkata kantin berkenaan diusahakan bersama isterinya Nadirah Azizan, 36, sejak awal bulan lalu.

Katanya, idea menghiasi kantin sekolah itu dengan konsep ala hotel adalah bagi memberi kelainan sekali gus memberi suasana dan ‘mood’ berbeza kepada guru dan murid.


SUASANA kantin SK Taman Seri Wang. FOTO Nor Farhani Che Ad

Beliau berkata, konsep berkenaan pada awalnya dilakukan di sebuah lagi kantin sekolah yang diusahakan mereka iaitu di SK Pauh Jaya, Pulau Pinang.

“Dekorasi kantin sekolah SK Pauh Jaya dinobatkan sebagai johan Pertandingan Amalan Perkhidmatan Kantin Terbaik Peringkat Kebangsaan anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada tahun lalu.

“Jadi, apabila kami diberi tanggungjawab menguruskan kantin sekolah ini, kami cuba bawa konsep sama di kantin sekolah ini,” katanya ketika ditemui hari ini.

Katanya, bukan sekadar hiasan yang menarik, kantin itu juga turut menyediakan pelbagai menu makanan istimewa dengan harga berpatutan.


TEMPAT makanan dihidangkan. FOTO Nor Farhani Che Ad

Sementara itu, guru besar sekolah, Mohd Effendi Abdul Rahman memuji usaha dilakukan yang bukan saja cantik dan selesa malah teratur.

Katanya, sejak inisiatif itu dilakukan di kantin sekolah berkenaan, beliau dapat melihat keterujaan guru dan murid untuk ke kantin setiap kali waktu rehat.

“Selain menikmati makanan, murid juga dilihat banyak menghabiskan masa rehat mereka di kantin berbanding bermain di kawasan sekitar sekolah.

“Guru juga dilihat lebih bersemangat dan ceria selepas suasana kantin sekolah berubah,” katanya.


HIASAN dalaman kantin SK Taman Seri Wang. FOTO Nor Farhani Che Ad

Effendi berkata, pihak sekolah sentiasa memberi sokongan kepada pengusaha kantin untuk melakukan penambahbaikan dalam usaha memastikan kantin sentiasa dalam keadaan teratur, bersih dan cantik.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2020 09:40 AM | Show all posts
cantik...
untung la, kreatif punya pasai byk tender kantin dia dpt
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2020 09:41 AM | Show all posts
bagus sekolah ni

contoh ikutan sk yang lain

sjkc yang claim bagus sangat pun
tak boleh lawan
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2020 09:44 AM | Show all posts
cantik dan selesa
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2020 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Cantiknya kantin.. tahniah kepada pengusahanya.. harap2 pilihan menu pun berkualiti dengan harga berpatutan sesuai kemampuan murid.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2020 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
harap murid2 bukan macam kera dapat unga
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-1-2020 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Satu meja 4 kerusi?? Cukup ke
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2020 10:06 AM | Show all posts
cantik..tapi makan space banyak ni..maybe student tak ramai dn kantin besar..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2020 10:08 AM | Show all posts
jong jong pun malu tengok

tu la perasan sangat sjkc semua bagus
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2020 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Aduh rasa nk apply keje kat kantin skolah ni. Seronoknya layan budak2 makan. Suke sgt tgk budak2 makan n jamu layan diorg makan
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2020 10:17 AM | Show all posts
kantin untuk cikgu ke
untuk murid bersak waktu rehat macam tak sesuai
memadailah ia selesa dan bersih
sistematik dan memudahkan
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2020 10:23 AM | Show all posts
semua ni menaikkan kos makanan & kos2 lain.  hentikan lah.  
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2020 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
mcm byk space kosong je. kt dpn kaunter tu lg elok ltak communal table lg byk tmpt utk student bleh dduk. cantik2 mcm ni brapa la kos hbis. untung student zman skrang.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2020 10:50 AM | Show all posts
Yg gambar 1st tu i bet mesti utk cikgu2 punya..
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2020 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dpt tender tiap2 tahun di sekolah yg sama ok la. Kena tahun Ni je dpt. Tahun depan org lain pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2020 11:06 AM | Show all posts
klu ini boleh menurunkan harga makanan kita sokong jer...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2020 11:08 AM | Show all posts
Cantik dah bersih boleh dijadikan contoh untuk sekolah lain
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2020 11:11 AM | Show all posts
kalau nak hias cantik2 macam ni..kos siapa keluarkan? tauke kantin ke?
byk pakai modal ni..
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2020 11:12 AM | Show all posts
ermmm...sepatutnya dah lama benda ni diaplikasikan...mmg bagus...
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2020 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Muat ke?....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 03:36 PM GMT+8 , Processed in 0.059516 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list