Kredit foto: (Picture: Somerset Police/ WBZ) metro.uk
Massachusetts, Amerika Syarikat; seorang tukang tilik telapak tangan telah disaman kerana meminta bayaran 71,000 USD (RM291,135.50) untuk mengusir dan memindahkan roh syaitan perasuk dari dalam seorang gadis berusia 10 tahun ke dalam patung Barbie.
Wanita itu berjaya meyakinkan ibu kepada gadis kecil itu untuk membayarnya sejumlah itu untuk "membeli semula roh anaknya semula." Selain itu, tukang tilik itu turut meminta untuk mereka membeli barang-barang rumah seperti tuala, cadar katil dan patung Barbie itu untuk tujuan ritual tersebut, Metro UK melaporkan.
Tracey Milanovich, pemilik Tracey's Psychic Palm Reader di Somerset, telah ditangkap dan dijatuhkan 6 tuduhan jenayah termasuklah mengugut mangsa. Ketika dibacakan, kesemua pertuduhan itu dinafikannya.
Kredit foto: (Picture: Somerset Police/ WBZ) metro.uk
Alasan Tracey ketika ibu mangsa disoal media, dia memberitahu bahawa anak gadisnya sudah "mati di mata Tuhan," dan dia perlu "membelikan kembali roh anaknya semula."
Selain daripada itu, Milanovich berulang kali meminta wang tambahan sejumlah 6,058 USD (RM 24840.83) dari mangsa setelah pembayaran sebelumnya "hanya dapat membersihkan separuh daripada anak perempuannya." Dia juga memberitahu mangsa untuk tidak memberitahu sesiapa atau "dunia roh akan tahu."
Siasatan telah dimulakan semenjak 17 Disember 2019 setelah mendapat laporan daripada mangsa, dan tukang tilik tersebut ditangkap pada 27 Disember 2019. - CARI
Rujukan : insider |