CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7529|Reply: 58

Buat Hutang Tak Reti-Reti Nak Bayar - "Tak Perlu Peguam Pun, Kita Jumpa Di

[Copy link]
Post time 10-12-2019 05:14 PM | Show all posts |Read mode
Kredit foto: The Star & Google


Susah kalau ada kawan atau saudara mara mahupun adik-beradik sendiri yang jenis liat nak bayar hutang. Waktu pinjam dulu bukan main manis lagi janji nak bayar sekian-sekian tapi bila dah berbulan lamanya tak ada dengar khabar berita langsung.


Adat berhutang, si peminjam haruslah bayar apabila sudah berjanji pada waktu dan tarikhnya. Bukannya mendiamkan diri dan terus mengelak dari membayar hutang.


Jadi, bagaimana caranya untuk menuntut hutang dari si peminjam yang degil nak mati ini? Ada caranya. Anda boleh membuat tuntutan di Mahkamah Tuntutan Kecil supaya duit anda boleh diperolehi kembali.



Kredit foto: Money Under 30





BAGAIMANA UNTUK MEMBUAT TUNTUTAN KECIL DI MAHKAMAH


(Prosidur Tuntutan Kecil) Mahkamah Majistret


Mahkamah Tuntutan Kecil diwujudkan bertujuan untuk memberi kemudahan kepada orang ramai untuk membuat tuntutan yang berupa hutang, perkhidmatan dan lain-lain di mana jumlah tuntutan ialah tidak melebihi RM5,000.00.


Mahkamah ini diwujudkan bagi membicara kes di mana hanya pihak menuntut dan pihak kena tuntut sahaja yang terlibat tanpa menggunakan peguam dan mengurangkan kos perbicaraan.


Apakah Perkara-Perkara Yang Boleh Dituntut


1. Mendapatkan kembali hutang
2. Tuntutan barangan melibatkan nilai
3. Upah sesuatu perkhidmatan yang tak dibayar
4. Sewa menyewa
5. Tuntutan atas barangan yang rosak.
6. Tuntutan persembahan yang tidak dilaksanakan


Di Mana Tuntutan Perlu Dibuat

Tuntutan (saman) ini boleh dibuat di mana-mana Mahkamah Majistret yang berhampiran. Pejabat Pendaftaran Mahkamah Majistret dibuka pada waktu pejabat.


Caranya senang, seorang pengguna F@cebook telah melakukannya. Jadi kita ikut petua dari lelaki ini. Secara ringkasnya cara-caranya adalah seperti berikut:




'Paksa' penghutang bayar hutang dalam tempoh 30 hari





Pergi Mahkamah Sivil untuk buka fail tuntutan kecil




Apabila defendan mengaku salah meminjam tapi tak membayarnya kembali, mahkamah akan beri arahan untuk bayar segera dalam masa 30 hari.



Jika masih gagal melunaskan hutang, planitif boleh buat tindakan mahkamah semula di mana penghutang perlu membayar terus hutang/ harta disita atau waran tangkap dikeluarkan  untuk ditahan! Rasakan! Liat sangat mahu bayar hutang kan?







Semoga perkongsian ini dapat membantu anda semua yang ada masalah penghutang liat nak membayar hutang mereka.- CARI


Kredit : FB Doc Ensem


Sumber asal : MN Magnes Ded
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2019 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah! Menarik ni! Ada 3 orang yang aku nak kejar!

Seorang duduk di Penang! Lepas sama-sama study U, dia pinjam aku RM500. Mula-mula nak pinjam 1K (nasib baik aku tak bagi!) Konon nak bayar itu ini sebab baru dapat kerja. Gaji nanti bayar. Dah nak 10 tahun tak bayar dan lost contact. Hari tu jumpa FB dia. Terus aku tagih. Siap minta nombor akaun. Tak bayar jugak! Dah kahwin beranak dah pun...

Seorang lagi kawan kat Selangor. Pinjam 2.5K awal tahun ni. Bayar jugak lah.. Tapi ada baki lagi RM950. Dah 2 bulan stop bayar... Hmmmmmm

Lagi seorang jiran sebelah rumah. Dia pinjam RM500 tahun lepas. Sampai sekarang sesen pun tak bayar. Bila terserempak kat luar rumah, ajak sembang...tapi tak pernah sebut nak bayar balik. Bukan aku tak tagih...hmmmmm asyik dengan alasan! Aku suruh bayar sikit-sikit...tapi dia cakap nak bayar sekali nanti. Bila punya nanti pun aku tak tahu!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2019 06:46 PM | Show all posts
imransulaiman replied at 10-12-2019 05:42 PM
Wah! Menarik ni! Ada 3 orang yang aku nak kejar!

Seorang duduk di Penang! Lepas sama-sama study  ...

Semoga berhasil... detail cara kat sumber asal tu..saya pun nak cuba tuntut hutang juga nih..tak sangka boleh tuntut guna cara nih..
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2019 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
natrahn replied at 10-12-2019 06:46 PM
Semoga berhasil... detail cara kat sumber asal tu..saya pun nak cuba tuntut hutang juga nih..tak s ...

Kalau berlainan negeri pun boleh ke? Lepas tu detail penghutang cuma nama sahaja... Alamat terkini, nombor ic semua takde...
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2019 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena cari info lebih details ni.
Byk hutang nak minta balik.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2019 07:55 PM | Show all posts
berdosa bila mulut kata nak pinjam tapi dalam hati berniat tak nak bayar

menghalalkan hutang adalah baik tetapi itu bukan tujuan asal memberi pinjam. Kerana ramai akan mengambil kesempatan untuk tidak membayar hutang dengan alasan itu

semasa memberi pinjaman, jangan malas untuk buat surat hitam putih walaupun nilainya sedikit
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-12-2019 09:06 PM | Show all posts
imransulaiman replied at 10-12-2019 07:13 PM
Kalau berlainan negeri pun boleh ke? Lepas tu detail penghutang cuma nama sahaja... Alamat terkini ...

Try call tanya dulu...semoga urusan dipermudahkan
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2019 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Mula la nanti ada yg sentap sedey berparang bermasam muka macam duit haku ni patut sedekahh je kat dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2019 08:11 AM | Show all posts
imransulaiman replied at 10-12-2019 05:42 PM
Wah! Menarik ni! Ada 3 orang yang aku nak kejar!

Seorang duduk di Penang! Lepas sama-sama study  ...

baik budiman hang ni.. nak pinjam duit boleh
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2019 10:03 AM | Show all posts
ty for sharing..

in future kot2 ada org nak berhutang iols akan mintak org tu sain surat n mintak ic dia
in case dia liat nak byr iols bole tuntut kat mahkamah
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2019 11:37 AM | Show all posts
erm...kalau pinjaman yang melebihi rm5k ke atas cane plak??any idea guys??
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2019 03:33 PM | Show all posts
Ada sorang antara org yg berhutang dgn aku dah meninggal. Mmg aku tak halalkan sbb byk kot. Mintak kt family dia bleh diaorg buat bodo jer. Yg lain2 tu aku tgh kejar gak tapi non hado. So aku tgh tunggu jer nk upload muka2 org yg berhutang dgn aku + jumlah dia skali dekat dlm fb aku. Bulan depan aku buat.
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2019 03:54 PM | Show all posts
tak aman idup kalau berhutang ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2019 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
imransulaiman replied at 10-12-2019 05:42 PM
Wah! Menarik ni! Ada 3 orang yang aku nak kejar!

Seorang duduk di Penang! Lepas sama-sama study  ...

Sumpah tension
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2019 04:18 PM | Show all posts
sonatalady replied at 10-12-2019 07:23 PM
Kena cari info lebih details ni.
Byk hutang nak minta balik.

Cara untuk membuat tuntutan hutang di Mahkamah boleh rujuk di sini : cara tuntut hutang di mahkamah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2019 04:47 PM | Show all posts
bbbebeh replied at 11-12-2019 11:37 AM
erm...kalau pinjaman yang melebihi rm5k ke atas cane plak??any idea guys??

Yang tu kena gi Mahkamah Seksyen pulak... baca kat kredit sumber asal ada detail semua..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2019 05:44 PM | Show all posts
pnh dgr kata..kalau nak meminjam, jangan dgn kawan baik, sbb nanti akan putus kawan..


orang yang berhutang ni mmg jenis xpandai budget,,jadi semedang berhutang..
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2019 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
nononcrux replied at 11-12-2019 08:11 AM
baik budiman hang ni.. nak pinjam duit boleh

Hahaha...boleh je
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2019 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
caprut replied at 11-12-2019 04:04 PM
Sumpah tension

Tatkala aku menaip reply ni, kawan Selangor tu baruuuuuuuuuu je beberapa minit upload status kat WhatsApp bagitau satu dunia yang dia baru beli MOTOR BARU!

Binawe betul!
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2019 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
imransulaiman replied at 11-12-2019 06:39 PM
Tatkala aku menaip reply ni, kawan Selangor tu baruuuuuuuuuu je beberapa minit upload status kat W ...

Apa lagi
Tuntut.la.wehhhhh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 05:30 PM GMT+8 , Processed in 0.371658 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list