View: 8714|Reply: 83
|
[Tempatan]
Orang Thailand kawin dengan perempuan tempatan utk buka kedai tomyam
[Copy link]
|
|
Kahwin tomyam
LAMBAKAN restoran tomyam di bandar raya ini dipercayai dimiliki warga Thailand dikesan beroperasi di sebalik lesen perniagaan warga tempatan mahupun tiada lesen perniagaan langsung.
Namun, jumlah itu dikatakan berkurangan apabila kebanyakan peniaga terbabit mengubah taktik dengan mula bernikah dengan warga tempatan, sekali gus menggunakan nama isteri atau keluarga isteri bagi mendapatkan lesen.
Seorang peniaga restoran tomyam di Skudai yang mahu dikenali sebagai Ahmad, 36, berkata, sejak restoran tomyam mula bertapak di bandar raya ini hampir 20 tahun lalu, ia dimonopoli peniaga dari Thailand dan bukan warga tempatan.
“Bermula sebagai tukang masak, mereka mengumpul wang untuk menyewa tapak di dalam restoran bukan saja disebabkan lebih murah berbanding menyewa kedai, malah tidak perlukan lesen perniagaan.
“Dengan cara ini, kebanyakan pelanggan mahupun pihak berkuasa tempatan (PBT) berpendapat tukang masak itu pekerja restoran berkenaan walaupun mereka sebenarnya menyewa tapak dan berniaga.
“Formula itu diguna pakai hingga mereka mempunyai kenalan di mana mereka menggunakan nama penduduk tempatan bagi mendapatkan lesen,” katanya.
Menurutnya, buat masa ini, kebanyakan peniaga tomyam dari Thailand mula mencari penduduk tempatan untuk dijadikan isteri bagi mengelak menyewa lesen perniagaan.
Ini kerana, katanya, banyak masalah berlaku apabila menyewa lesen perniagaan kerana pemilik menaikkan harga sewa selepas beberapa tahun.
Katanya, keadaan itu menyebabkan mereka kini lebih cenderung untuk berkahwin dengan warga tempatan bagi membolehkan mereka mengambil lesen perniagaan menggunakan nama isteri atau keluarga isteri masing-masing.
“Sikap penduduk tempatan yang menyewakan lesen, malah ada yang menekan peniaga itu (naikkan harga) menyebabkan mereka nekad bernikah dengan warga tempatan.
“Kini, kebanyakan daripada peniaga Thailand tidak lagi bimbang kerana mempunyai penduduk tempatan sebagai keluarga sendiri.
“Mereka boleh berniaga dengan aman tanpa perlu risaukan pihak berkuasa mahupun penduduk tempatan.
“Pesaing terdekat mereka adalah peniaga dari Kelantan kerana mempunyai kemahiran hampir sama untuk menyediakan tomyam, namun jumlah peniaga dari Kelantan tidak banyak disebabkan modal berniaga di Johor Bahru besar dari segi sewa, gaji pekerja dan kos lain,” katanya.
Menurutnya, penduduk tempatan sukar membezakan peniaga dari Kelantan atau Thailand kerana bagi mereka pertuturan kedua-dua peniaga itu hampir sama.
Katanya, mungkin orang Kelantan dapat membezakan, namun penduduk Johor tidak. Sama keadaannya seperti pekerja Tanjung Pinang, Indonesia dan Johor yang bertutur dalam loghat sama.
Sementara itu, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) berkata, syarat memohon lesen perniagaan mesti mengemukakan pendaftaran syarikat daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) serta MyKad atau salinan pasport pemilik.
“Bagaimanapun, di peringkat MBJB, restoran makanan biasanya dimohon pemilik warganegara Malaysia kecuali pemilik restoran premium seperti restoran Korea, Jepun atau Taiwan yang dimiliki warga negara asal.
“Setiap permohonan diterima akan diproses melalui pemeriksaan di premis sebelum diberi kelulusan.
“Jika ada pekerja bukan warganegara, mereka perlu mengemukakan permit kerja dan memenuhi keperluan serta syarat pelesenan,” katanya.
Menurutnya, lesen perniagaan dimiliki tidak boleh dipindah milik kepada pihak ketiga dan jika didapati melanggar syarat pelesenan, lesen perniagaan boleh dibatalkan serta dikenakan tindakan penguatkuasaan.
Buat masa ini, katanya, MBJB tidak menerima sebarang permohonan lesen daripada pemilik restoran tomyam luar negara.
SOM tam masakan Siam berasaskan campuran hirisan betik muda, tomato, cili dan bawang putih.
Untung sewa kedai atas angin RM5,000
Sewa sehingga RM5,000 sebulan. Itu anggaran pendapatan ‘atas angin’ diterima warga tempatan yang mengalibabakan lesen perniagaan kepada warga Thailand untuk membuka restoran tomyam di ibu kota.
Malah, jumlah itu dikatakan boleh meningkat mendadak jika lokasi disewa itu strategik dan berpotensi untuk memberikan keuntungan tinggi apabila beroperasi.
Mendedahkan kegiatan itu, Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia, Mohamed Zamri Mohammed berkata, kegiatan menyewa lesen perniagaan kepada warga Thailand yang mengusahakan restoran tomyam bukan perkara baharu.
Menurutnya, ini kerana ada di antara pemilik lesen yang sanggup bersekongkol dengan pengusaha dari negara Gajah Putih itu semata-mata untuk mendapatkan habuan mudah tanpa perlu berkira untung rugi perniagaan.
“Lesen ini boleh dikatakan ‘panas’ kerana permintaannya yang tinggi daripada warga Thailand yang mencari peluang perniagaan, khususnya di ibu kota.
“Walaupun tahu tindakan itu menyalahi undang-undang, namun mereka sanggup mengambil risiko kerana habuan yang menanti sangat lumayan tanpa perlu mengeluarkan modal besar untuk berniaga,” katanya.
Antara lokasi yang menjadi tumpuan warga Thailand membuka restoran tomyam adalah di sekitar Kampung Baru, Setapak dan Pantai Dalam kerana lokasi yang strategik dan permintaan tinggi.
Tinjauan di Kampung Baru juga mendapati tidak kurang daripada 10 restoran dan gerai tomyam diusahakan warga Thailand sejak beberapa tahun lalu.
Mohamed Zamri berkata, tindakan menyewa lesen kepada warga Thailand juga disebabkan permintaan tinggi warga kota yang lebih cenderung menikmati tomyam dan masakan asli Thailand yang dimasak warganegara berkenaan.
Amaran senarai hitam lesen
Tiada kompromi. Itu amaran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terhadap warga tempatan yang menyewa lesen perniagaan kepada warga Thailand untuk membuka restoran tomyam.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nur Hisham A Dahlan berkata, individu yang melakukan kegiatan itu perlu akur apabila nama mereka disenarai hitamkan daripada memohon mana-mana lesen perniagaan daripada DBKL.
Menurutnya, lesen perniagaan gerai dan restoran hanya diberikan kepada warga tempatan dan menyewakan lesen kepada orang lain terutama warga asing adalah satu kesalahan.
“Mereka yang dikesan menyewakan lesen kepada warga asing boleh ditarik semula lesen perniagaan manakala DBKL boleh merampas peralatan perniagaan.
“DBKL tidak berkompromi dengan kegiatan ini dan mereka yang melakukannya boleh disenarai hitam daripada permohonan lesen daripada DBKL,” katanya.
Penduduk Kampung Baru yang ditemui Harian Metro mengakui wujud warga tempatan yang menyewa lesen perniagaan kepada warga Thailand untuk membuka gerai atau restoran tomyam di kawasan itu.
Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Perancangan Korporat DBKL, Khairul Azmir Ahmad berkata, DBKL tidak mengeluarkan lesen atau permit perniagaan kepada warga Thailand untuk perniagaan restoran tomyam.
“DBKL sentiasa memantau kegiatan ini dan tindakan membatalkan lesen boleh dilaksanakan dan warga asing yang ditahan dirujuk kepada Jabatan Imigresen kerana bekerja tanpa permit,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Disember 2019 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
dan diorgtu kuat main bomohmcm anak tokey toyey tu kesian aku kt dia
mak pak org siam tapi meniaga kt sini
byk sgt bomoh makan diri
hidup taktenang
duit byk tapi utk pegi berubat sana sini
kena gangguan
anak2 terbiar mencari perhatian
mcm bekas bopren anak aku sorg tu
budak baik tapi aku rasa ada sesuatu kt dia yg menghimpit..
|
|
|
|
|
|
|
|
ala...sama agama kan? lagipun dah kawin dgn warga tempatan...blh bertutur dlm bahasa melayu and so on...
so apa masalahnya?
lagipun sebelah negara jer...buruk2 pun masih serumpun |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan benda baru pun dah lama berlaku merata tempat ada kes macam ni sama seperti kes Bangla dan Pakistan sebelum ni. |
|
|
|
|
|
|
|
orang siam ni kote dia kecik berbanding kote melayu johor...
bangsa cina malaysia paling kecil kote nya...
keling besar... |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan thailand saja, indo, bangla dan lain2 semua kahwin orang tempatan untuk dapatkan lesen berniaga. Dah lama dan mestinya semakin berkembang. Negara ni memang dipenuhi orang luar sajok. |
|
|
|
|
|
|
|
Kawin dgn siam ni rasa ok skit..jgn kawin indon bangla pakistan |
|
|
|
|
|
|
|
Depa Melayu Pattani la.. Kejadahnya depa SIAM. |
|
|
|
|
|
|
|
Boomibulat replied at 5-12-2019 12:28 PM
Kawin dgn siam ni rasa ok skit..jgn kawin indon bangla pakistan
D pa bukan siam laaa.. Melayu pattani.. |
|
|
|
|
|
|
|
isu basi tapi tak pernah take action pun
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by MissVixen at 5-12-2019 01:18 PM
Ramai orang kena kutuk bila kahwin indon, bangla. Tapi melayu pattani takde orang bising. Perangai ok siket kot. Rupa pon cantik siket kalau nak bandingkan dengan bibik indon. Boleh baiki keturunan. Imigresen di sempadan pon bagi lepas je bila angkat tangan. Yang bukak kedai makan siam tu semua ada lesen ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Masakan siam sedap tp sedaaappp lg masakan tempatan kita. Kt kl ni kedai tomyam besepah, kedai mlayu indon masak pon besepah. Biasye2 ja rasa dia. Kedai mkn masakan tempatan (ikut negeri2 d Malaysia) x byk pon. Tp klu Ada mmg sedap depa masak. Ada aura |
|
|
|
|
|
|
|
3480 replied at 5-12-2019 01:18 PM
Masakan siam sedap tp sedaaappp lg masakan tempatan kita. Kt kl ni kedai tomyam besepah, kedai mlayu ...
Sedap memang sedap kalau kedai melayu betul. Masalahnya kedai jenis ni waktu bukak dia tak konsisten. Dekat kampung aku kedai makan atau runcit melayu totok ni selalu tutup dari bukak. Kalau bukak, menu banyak takde atau bukak lewat dari waktu dijanjikan. |
|
|
|
|
|
|
|
MissVixen replied at 5-12-2019 01:22 PM
Sedap memang sedap kalau kedai melayu betul. Masalahnya kedai jenis ni waktu bukak dia tak konsist ...
Tu la masalahnya.. lg satu mahai beno mcm eklusif sgt. Ku rsa yg mahai tu sbb x byk kedai gini kt kl ni |
|
|
|
|
|
|
|
mesti kelantan yang komplen ni kan |
|
|
|
|
|
|
|
tomyam mkn kt kedai sedap btul. bt sndri xprnah rsa sesedap kt kedai. tp kbanyakan kdai tomyam tahap kbersihan hemmmmm |
|
|
|
|
|
|
|
tak kisah ler kawin ngn bangla..paki..thai ke indon..janji boleh gebang ckp besar claim kawin ngn org obersea katanya
ko adooo... |
|
|
|
|
|
|
|
3480 replied at 5-12-2019 01:24 PM
Tu la masalahnya.. lg satu mahai beno mcm eklusif sgt. Ku rsa yg mahai tu sbb x byk kedai gini kt ...
Betul. Kadang2 ambil lauk jenis dan kuantiti sama, harga lain2. Bukan kl je, Grik yang ceruk kampung tu pon ada kedai nak tibai orang. Harga nak pergi buat haji tiap tahun. |
|
|
|
|
|
|
| |
|