Sharnaaz Ahmad dan Shuib Sepahtu menyertai Pasukan 23 Motors dalam perlumbaan Sepang 1000 KM Endurance Race 2019 yang berlangsung 23-24 November lalu.
Acara yang berlangsung dari 22 hingga 24 November, turut menyaksikan penyertaan pelumba MotoGP negara iaitu Hafizh Syahrin yang mewakili pasukan Sepang Racing Team.
Selain Sharnaaz dan Shuib, pelumba lain untuk pasukan 23 Motors ialah pelumba-pelumba professional seperti Dato Farouk, Keifli Othman, Baron Sim, Mirza Syahmi, Zen Low, Akid Azlee, Tarmimi Tahang.
Pelakon Sharnaaz Ahmad kemudiannya berkongsi mengenai perlumbaan itu dan memuat naik gambarnya bersama Shuib Sepahtu di Litar Antarabangsa Sepang menerusi entri di Instagramnya.
"Seorang yg rajin kerja, humble, dan sgt bijak berniaga. Dialah sahabat saya. Kami rapat sebab race sekali, tapi hatinya sangat baik. Orang kata dia berlagak tayang kereta mewah. Kenal dulu orangnya baru kita tau. Semoga sahabat saya dimurahkan dengan rezeki dunia akhirat @shuibsepahtu .
"Abaikan puting aku, siapa komen pasal puting aku block. Silalah kalau nak kena block," tulisnya pada kapsyen gambar tersebut.
Bagaimanapun, sehingga ke waktu ini masih ada netizen yang berbuat demikian dan rata-rata netizen terhibur dengan kata-kata 'amaran' itu. Biasalahkan. Netizen ramai yang 'nakal' suka menyakat macam Sharnaaz juga.
Mula-mula tak perasan, dah sebut terus tertengok
Seksi...
Ni kalau Mastura ( watak Neldya Senrose dalam Lelakimu Yang Dulu) tengok makin geram aih
Dalam banyak-banyak komen yang terhibur dengan kapsyen Sharnaaz, terselit juga komen peminat yang seronok melihat Sharnaaz kelihatan gembira walaupun kemelut rumahtangganya belum berakhir.
Luaran nampak gembira, dalam hati hanya tuhan sahaja yang tau kan Sharnaaz? Apapun selamat maju jaya Sharnaaz. - CARI
|