CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34214|Reply: 193

CERITA MAKCIK CLEANER

[Copy link]
Post time 22-11-2019 03:24 PM | Show all posts |Read mode
Aku memang suka lepak dengan makcik cleaner sebab aku suka kacau orang melatah.
Tadi sebelum pergi masjid, lepak dalam bilik cleaner..
Aku tanya, best tak kerja malam sebab kalau pagi banyak kerja kena buat, malam kan tak banyak kerja..

Dorang cakap tak best langsung! Bila pagi memang meriah, kalau malam tu seram walaupun ramai orang.

Cerita dorang, ada sorang acik senior cleaner ni, sebelum dia pindah kerja tempat lain, dia cerita macam2 cerita hantu.

Pernah satu hari tu dia kerja malam, kena cuci toilet parking tingkat paling bawah, B3b.
Tengah cuci toilet, tetiba dia nampak sorang pompuan keluar toilet padahal masa dia cuci tadi, kosong je. Dia nak sedapkan hati dia dia cakap la yg tu orang kerja midnight walaupun pukul 2 pagi pergi toilet paling bawah.

Dia masuk balik toilet yg pompuan tu guna, terkejut acik tu sebab dalam toilet tu banyak darah!
Sampai terduduk acik tu terkejut..

Tetiba acik tu dengar dekat belakang dia

"Padan muka! Padan muka! Padan muka! Dia dah kena.. HAHAHAHAHAHA"

Makcik tu toleh, sekali dia nampak pompuan tadi melompat2 tak jejak tanah sambil tengok tangan tengok acik tu jatuh.
Esok tu acik tu terus berhenti kerja lepas tu pindah tempat lain..

Aku tanya acik tu, taknak cari kerja lain ke.. Dorang jawab nak kerja apa lagi, dorang tak habis sekolah, mana layak kerja mana2 lagipun dorang dah tua. Kena berkorban untuk anak2.. Sebab anak2 nak pakai duit untuk belajar..

Ada lagi cerita, nanti aku cerita.. Korang pun kongsi la cerita.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2019 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Biadapnya makhluk x berfaedah ni.. Padankan muka org lps diusiknya..
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2019 03:45 PM | Show all posts
sambung pliss
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2019 03:47 PM | Show all posts
Amboi hantu menyakat tak ingat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2019 03:52 PM | Show all posts
Ipo replied at 22-11-2019 03:47 PM
Amboi hantu menyakat tak ingat

hantu pun ada suka menyakat macam ni..atuk kurex pun pernah cerita ada hantu ketawa terbahak bila dia berjaya menyakat orang
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2019 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols takleh gurauan mistik camni. Pressure terok boleh keguguran (rambut)
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-11-2019 03:54 PM | Show all posts

ala, tadi sempat dengar 3 cerita je.. sebab kejar masa nak solat jumaat..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2019 03:55 PM | Show all posts
KIM.K replied at 22-11-2019 03:54 PM
Iols takleh gurauan mistik camni. Pressure terok boleh keguguran (rambut)

part darah banyak ke? ke part lompat2?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2019 03:59 PM | Show all posts
Ada jugak kisah pasal makcik cleaner ni

Berlaku kat toilet di bangunan kerajaan di Putrajaya. Makcik tu kena cuci toilet waktu malam di satu tingkat bangunan.. Dan kat floor tu, jarang orang guna toilet tu.
Masa dia tengah cuci, dia dengar bunyi orang meneran kat toilet hujung sekali, dekat dengan tingkap. Ada 5 toilet kat situ.

Pastu bunyi flush. Banyak kali. Makcik cleaner tu marah la. Apsal asyik duk flush je kan.
Kena marah pun, bunyi flush tu masih ada. Makcik cleaner tu pun gi tolak pintu toilet tu sebab geram.
Buka je, tak ada orang pun dan toilet tu pun tak ada pun kesan orang guna. Bunyi tu serta merta senyap.
Apa lagi makcik tu nak cabut keluar dari toilet tu tapi makcik tu pulak dirasuk.

Staf yang kerja kat tingkat tu yang kebetulan lalu kat situ, nampak makcik ni kerasukan

"Ni tempat aku!!!"
"Jangan kacau tempat aku!!"

Dorang pun gi panggil ustaz kat masjid besi tu. Tak jadi jugak. Makcik tu dibawa ke masjid pulak tapi makcik tu macam nak lari balik ke toilet tu.

Ustaz tu cakap, tempat toilet tu memang tempat asal benda tu duduk. Makcik tu balik berubat kat kampung. Dia dah sembuh dan tak kerja dah kat bangunan tu.

Jangan ditanya bangunan ofis yang mana sebab aku pun dengar dari orang jugak citer ni. Dan disahkan oleh adik aku yang kerja kat salah satu bangunan ofis di putrajaya tu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2019 04:05 PM | Show all posts
Ipo replied at 22-11-2019 03:59 PM
Ada jugak kisah pasal makcik cleaner ni

Berlaku kat toilet di bangunan kerajaan di Putrajaya. Mak ...

ya, toilet mmg la tempat drg duduk...

tu pasal gaknay dulu time sekolah, kitorang kejap2 gi toilet..

toilet tu juga port melepak ponteng kelas..


Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2019 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 22-11-2019 03:55 PM
part darah banyak ke? ke part lompat2?

Part lompat. Iols mutilated bodies pon boleh tengok jangan hantu je
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2019 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 22-11-2019 03:59 PM
Ada jugak kisah pasal makcik cleaner ni

Berlaku kat toilet di bangunan kerajaan di Putrajaya. Mak ...

Iols pun kaki flush toilets. Lagi tak siap, lagi tu main flush
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2019 04:24 PM | Show all posts
Cerita kedua..

Makcik ni aku panggil Mak Imah.

Satu hari tu dia kena buat shift malam sebab ganti member dia yg ada emergency. Nak taknak kena ganti la kan walaupun taknak. Sebab dia baru seminggu kerja lagipun ada member.

Dorang kena cuci dekat bahagian tangga..

Mak imah dgn member dia buat dari tingkat atas, lepas tu dia turun satu tingkat ke satu tingkat. Dari tingkat 12 weh. Nasib baik la berdua dengan kawan dia lagi sorang.

Sampai je tingkat 10 (opis aku), dorang dengar dekat sebalik pintu kecemasan ni macam ramai orang tengah kerja. Orang ketawa, menaip, bercakap. Bunyi orang berjalan.

Dia pun tak sangka sebab dah malam pukul 11 pun orang kerja lagi.

Mak Imah ni pergi gatal mata nak check apa yg meriah sangat sampai dengar dekat luar. Kawan dia halang sebab mana ada orang kerja sampai malam. Tapi Mak Imah kata dia memang degil, selagi tak tau dia tetap nak tau jugak.

Dia pegang tombol tu sambil tekap telinga dekat pintu sebab nak dengar lagi jelas.

Baru nak pulas tombol, dia dengar "Shhhhh... Diam! Diam! Dia nak bukak pintu.."
Lagilah dia yakin yg dalam opis ni manusia betul.

Sekali dia bukak je pintu, depan pintu tu makluk buruk berbaris panjang tengok dia sambil senyum menyeringai. Pocong, polong, kepala takde, muka takde, hitam, bernanah semua ada..

Kawan dia dah lari dulu yang Mak Imah ni pulak, dia cerita sampai terkoyak seluar dia lompat 5 anak tangga.

Yang member Mak Imah ni tak datang tadi..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2019 04:25 PM | Show all posts
sarah82 replied at 22-11-2019 03:40 PM
Biadapnya makhluk x berfaedah ni.. Padankan muka org lps diusiknya..

memang dorang suka kalau berjaya menyakat
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2019 04:26 PM | Show all posts
pandai gurau plak dia...
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2019 04:27 PM | Show all posts
hantu pun ada sense of humour kan

nak mengenakan org...  tak sedor muka tu buruk hahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2019 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 22-11-2019 04:25 PM
memang dorang suka kalau berjaya menyakat

Yap.. Geram kan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2019 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Mintak simpangla dari terjumpa hantu yg suka menyakat orang ni..dahla xcukup keberanian.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2019 04:41 PM | Show all posts
Ni cerita ketiga..

Waktu malam jugak la sebab aku tanya best tak kerja waktu malam kan...

Ada sekali tu makcik cleaner sorang ni (dah tak kerja) melepak sorang2 dalam bilik cleaner yg kitaorang lepak ni. Bilik acik cleaner sebelah dgn parking kereta.

Yang lain pergi mencuci. Katanya makcik tu penat sangat.

Dalam dok baring, dia dengar hon banyak kali. Kebetulan masa masuk bilik ni, ada satu je kereta viva hitam parking dekat betul2 berhadapan dgn bilik cleaner. Dia kenal la pemilik kereta yakni kereta pak guard.

Dia diam je la.. Sekali bunyi enjin pulak.. Makin lama makin kuat. Sebab tak tahan, makcik ni nak keluar la sound pak guard ni sebab bising. Dia keluar tengok, sekali atas bumbung kereta tu hantu raya bertenggek.. Makcik tu baling botol air terus yg besar 150 ml tu terus hantu raya tu lari.

Berani kan makcik tu? Kata acik2 cleaner tu, makcik ni tak takut sebab dia bidan & banyak ilmu.. Yang hantu raya bertenggek tu pak guard tu punya.. Baguslah, dua2 membela..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2019 04:43 PM | Show all posts

sepupu aku boleh nampak, sampai pengsan sepupu tu kena sakat. melompat2 hantu tu ramai2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 10:00 PM GMT+8 , Processed in 0.168101 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list