View: 5867|Reply: 41
|
Harga semua makanan hanya rm1
[Copy link]
|
|
Jual makanan RM1 demi keberkatan
Oleh Siti Rohana Idris
[email protected]
TUMPAT: Mi, bihun, kuetiaw sup dan bubur nasi yang dijual pada harga RM1 semangkuk menimbulkan pertanyaan sama ada penjualnya boleh mendapat keuntungan.
Jika diikutkan harga sedemikian seperti tidak masuk akal namun faktor itu menyebabkan perniagaan Zailani Ismail, 47, yang dijalankan di tepi jalan di Kampung Delima, di sini, semakin laris.
Dia mengakui keuntungan yang diperoleh agak kecil, namun konsep yang diperkenalkan sejak empat bulan lalu di premisnya yang dinamakan Kedai Mak Aji Stesen Kampung Delima, berjaya menarik perhatian ramai, terutama selepas tular di media sosial.
Beliau berkata, konsep jualan makanan pada harga RM1 dicadangkan oleh anak sulungnya selepas pendapatan dan perniagaan kedai makan diusahakan selama 20 tahun sebelum itu terjejas teruk berikutan masalah kesihatan.
“Saya mengidap kencing manis beberapa tahun dahulu yang menyebabkan dua mata buta. Selepas menjalani pembedahan, penglihatan saya pulih namun diuji pula dengan penyakit buah pinggang tahap lima sejak tiga tahun lalu menyebabkan saya kerap keluar masuk wad.
“Bermula dari situ, pendapatan saya menjadi tidak menentu kerana perniagaan terjejas teruk dan saya pula perlu menjalani rawatan hidrolisis sebanyak tiga kali seminggu
“Bagi meneruskan perniagaan yang semakin hari semakin terjejas, suatu hari anak sulung saya mencadangkan konsep jualan RM1 dengan hidangan mi, bihun, kuetiaw sup dan bubur nasi dan memang pada awalnya saya tidak yakin akan memperoleh keuntungan,” katanya ketika ditemui di kedainya di sini, baru-baru ini.
Zailani berkata, perniagaan mereka tidak membuahkan hasil pada peringkat awal mencuba konsep jualan itu, menyebabkan mereka sekeluarga hampir berputus asa.
“Anak saya kemudian mencadangkan supaya membuat hebahan menerusi laman sosial dan tidak sangka selepas itu ia menjadi tular dan kedai kami semakin dibanjiri pelanggan.
“Setiap hari secara purata saya mampu memperoleh sekitar RM100 sehingga RM200 keuntungan kerana turut menyediakan menu masakan panas lain dengan harga berpatutan. Walaupun untung itu agak kecil, apa yang penting bagi kami adalah keberkatan,” katanya yang turut menerima elaun dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM200 sebulan.
Seorang pelanggan, Nor Ain Fatihah Mat Jusoh, 27, berkata boleh dikatakan hampir setiap hari dia akan singgah di Kedai Mak Aji Stesen Kampung Delima untuk menikmati bubur nasi bersama anaknya.
“Selain rasanya yang enak, harganya yang sangat murah juga menjadi penarik bagi pelanggan untuk terus datang kerana memang tiada kedai lain di sini menjalankan jualan cara sebegini (jualan harga RM1).
“Kalau diikutkan harga, memang tidak logik kerana menu itu turut dicampur cebisan isi ayam atau telur tapi keistimewaan itu sebenarnya yang menarik pelanggan,” katanya.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Untung sehari RM100 - RM200 kira banyak tu.. Sebulan kalau depa niaga seminggu 6 hari untung antara RM2400 ke RM5200..kira untung byk juga dan boleh cover kos rawatan penyakit dia.
|
|
|
|
|
|
|
|
syukur atas segala nikmat
moga perniagaan lebih maju dan pakcik tu diberi kesihatan yg baik
|
|
|
|
|
|
|
|
Semoga pakcik di berikan kesihatan.. Seronok kalau dapat rasa juadahnya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Berniaga sambil bersedekah..
Pasti ada nikmat dan barokah..
Semoga Allah beri kesihatan yg bertambah baik dan kekuatan semangat melawan penyakit...
Aamiin |
|
|
|
|
|
|
|
semoga pokcik dimurahkan rezeki dan kesihatan yg baik untuk berniaga sambil bersedekah |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi yang kurang pendapatan ada yang jual harga makanan macam ni pasti amat melegakan mereka |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 23-10-2019 01:07 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Artemesiaa replied at 23-10-2019 01:04 PM
Bagi yang kurang pendapatan ada yang jual harga makanan macam ni pasti amat melegakan mereka
Buka kat kl bgs jgk ni kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga makin murah rezeki |
|
|
|
|
|
|
|
Okah since pakcik ni pon niaga kat gerai je.. so kos operasi x tinggi.. jd boleh letak harga murah...
|
|
|
|
|
|
|
|
sarah82: Untung sehari RM100 - RM200 kira banyak tu.. Sebulan kalau depa niaga seminggu 6 hari untung antara RM2400 ke RM5200..kira untung byk juga dan boleh c ...
Tp still boleh dapat elaun kebajikan kah?
|
|
|
|
|
|
|
|
Iols kalo makanan murah sgat pn kadg2 x berani |
|
|
|
|
|
|
|
Besnya singgit.. Mesti makan bermangkuk2 kalau sedap.. Yummyyyy |
|
|
|
|
|
|
|
semoga dimurahkan rezeki sll pakcik n semoga cpt sembuh... |
|
|
|
|
|
|
|
ingat kt belah kl selangor ni yg jual hrga gitu |
|
|
|
|
|
|
|
walaupun margin untung rendah..tp sbb volume tinggi..
meniaga cmni kena viralkan br ramai dtg |
|
|
|
|
|
|
|
Moga en zailani dimurahkan lagi rezki dan diberi kesihatan yg baik.. Kalau dkt boleh jugak g.. |
|
|
|
|
|
|
|
semoga murah rezeki pakcik dan cepat sembuh ye pakcik |
|
|
|
|
|
|
| |
|