|
Good evening,
Orang yg cinta Allah itu hilang..
dalam melihat Allah hingga lenyap dirinya...
dan dia tidak boleh membezakan yg mana penderitaan..
dan yg mana kesenangan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kita yg dididik dlm pendidikan gaya barat sering mencampurkan atr hukum hakam akal fikiran atau logik dengan hukum hakam alam benda atau fizikal.
Sesuatu yg bertentangan dgn hukum fizikal kita katakan bertentangan dgn hukum logik. Pada hal belum tentu demikian.
Mungkin saja semua kaedah logik dipenuhi, tetapi salah satu pokok fikirannyalah yg bertentangan dgn hukum hakam fizikal.
Dlm konsep sufism hal ini mungkin terjadi kerana semua tokoh2 dan benda2 yg wujud dlm kisah mereka adalah cerminan drp keperibadian seorg sufi yg sedang mengalami perubahan psikologis di dlm perjalanan rohaniahnya.
Oleh kerana itu hukum2 yg dipenuhinya bukanlah hukum2 fisika tetapi hukum2 psikologikal. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa yang puan maksudkan dengan hukum fisika dan hukum psikologikal? |
|
|
|
|
|
|
|
Seorg sufi adalah seorg yg menjalani proses pendekatan diri dgn Penciptanya. Perjalanan ini penuh dgn peristiwa2 luar biasa yg berkenaan dhn menghilangkan keperibadian lama dan menggantikannya dgn keperibadian baru.
Walaupun begitu proses menghilangkan dan menggantikan peribadi iotu bukanlah hak istimewa kaum sufi...
Kita lihat pendapat Carl Gustaf Jung (ketua aliran psikologi analitis)..
Menurutnya hal itu akan dialami oleh sema org. Bg Jung, proses individuasi itu terpuncak pd terpadunya semua bahagian kejiwaan, baik yg sedar mahupun yg tidak sedar, dgn arkhetipe Diri iaitu bhgn jiwa yg mencerminkan ketuhanan dlm diri manusia.
Kita tak boleh terima bulat2 apa kata Jung kerana byk ahli psikoanalis yg mengaitkan gejala2 yg diamati oleh Jung itu dgn teori psikoanalis Sigmund Freud.
Kita ada byk teori2 psikologi Islam yg tersembunyi di balik kerahsiaan tarekat2
Wallahua'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Remy_3D at 15-7-2004 10:18 PM:
Apa yang puan maksudkan dengan hukum fisika dan hukum psikologikal?
Lebih kurang maksudnya hukum yg berdasarkan perkara yg manusia nampak dan hukum yg berdasarkan sesuatu konsep yg tak nampak... |
|
|
|
|
|
|
|
Atau mungkin sebenarnya sufisme ini hanya permainan silap mata mereka yang mahu kuasa? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by marquez at 15-7-2004 11:54 PM:
Atau mungkin sebenarnya sufisme ini hanya permainan silap mata mereka yang mahu kuasa?
Tak perlu prejudice....
Konsep sufisme ini seperti juga halnya koan, dlm tradisi Zen, iaitu sbg seranan pembuka kesedaran.
Tetapi berbeza dgn kaon yg mustahil dan anti logis itu, sufisme itu tetap berada dlm keadaan logika, walau pun isinya kadang2 bertentangan dgn hukum hakam fisikal.
I dah kata tadi, bg kita yg dididik dlm pendidikan gaya Barat.... kisah2 sufisme ini mungkin tidak masuk akal. |
|
|
|
|
|
|
|
Silap mata untuk kuasa?
Selalunya ahli sufi nie menyendiri dan tidak bergaul dengan orang ramai. Malahan ada yang berpindah apabila status mereka disedari awam.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by fleurzsa at 2004-7-16 12:15 AM:
Tak perlu prejudice....
Ini bukan soal prejudis, kenyataan yang saya buat adalah supaya kita mencari ruang pemikiran yang lain daripada konvensional (moderator = devil's advocate)
Konsep sufisme ini seperti juga halnya koan, dlm tradisi Zen, iaitu sbg seranan pembuka kesedaran.
Atau saranan menutup fikiran? Kata orang dengan memberi nama kepada sesuatu kita akan mendapat kuasa dari benda itu. Masih ingat lagi kisah Adam dan para Malaikat?
Kerana itu, dan saya pasti saudari pun tahu, perkataan sufi, atau sufisme, bukanlah satu penjelasan yang tepat untuk mereka yang mencari jalan alternatif ini. Ia cuma satu kunci.
Cuba buat kajian dan huraikan di sini, apa sebenarnya makna sufisme?
Tetapi berbeza dgn kaon yg mustahil dan anti logis itu, sufisme itu tetap berada dlm keadaan logika, walau pun isinya kadang2 bertentangan dgn hukum hakam fisikal.
Tapi ironinya, ahli sains (saya rujuk pada godel, popper dan filosuf logical positivism) mendapati yang sains sebenarnya adalah sesuatu yang transcendental. Ia TIDAK boleh dibuktikan 100%. Hukum hakam fizikal bermula dari sesuatu yang tak boleh dibuktikan!
I dah kata tadi, bg kita yg dididik dlm pendidikan gaya Barat.... kisah2 sufisme ini mungkin tidak masuk akal.
Barat? Apa sebenarnya barat? Apakah barat itu 100% materi, atau kita fikir ia 100% materi kerana dipengaruhi pemikiran 'timur'? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Remy_3D at 2004-7-16 12:19 AM:
Silap mata untuk kuasa?
Selalunya ahli sufi nie menyendiri dan tidak bergaul dengan orang ramai. Malahan ada yang berpindah apabila status mereka disedari awam....
Itu kalau kita takrifkan kuasa sebagai kuasa yang dapat dilihat penggunaannya, seperti kuasa milik raja-raja dan pembesar-pembesar. Banyak lagi takrifan kuasa lain, kan? Ada yang secara langsung, dan ada yang secara tidak langsung.
[ Last edited by marquez on 16-7-2004 at 12:50 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Satu soalan kepada orang Islam untuk difikirkan.
Kita sudah ada Islam, kenapa perlu ada Sufisme? Bukankah Islam itu satu cara hidup yang lengkap? Bukankah sepatutnya Islam, full-stop, bukannya Islam + sufi, atau Islam + Mahzab Hanafi, dan apa-apa lagi. Kenapa ada Islam + ? |
|
|
|
|
|
|
|
Mengapa perlu ada sufisme? Pada pendapat saya yang diprocess mengunakan otak yang telah berkarat, sufisme bukan sebagai pelengkap islam, tapi sebagai satu alternative atau tambahan untuk menuju kesempurnaan islam. |
|
|
|
|
|
|
|
Ini bukan soal prejudis, kenyataan yang saya buat adalah supaya kita mencari ruang pemikiran yang lain daripada konvensional (moderator = devil's advocate)
No problem... kalo itu yg menjadi kiblat di sini..
Atau saranan menutup fikiran? Kata orang dengan memberi nama kepada sesuatu kita akan mendapat kuasa dari benda itu. Masih ingat lagi kisah Adam dan para Malaikat?
Kerana itu, dan saya pasti saudari pun tahu, perkataan sufi, atau sufisme, bukanlah satu penjelasan yang tepat untuk mereka yang mencari jalan alternatif ini. Ia cuma satu kunci.
Cuba buat kajian dan huraikan di sini, apa sebenarnya makna sufisme?
Apa ada pada nama? Yg perlu kita bicarakan prosesnya bukan hasilnya...
Dan adakah u masih ingat lagi kisah perjanjian di antara Allah dgn manusia pd awal kejadian?
Perkataan sufi berasal drp kata shuf yg bererti 'kain dr bulu biri2' . Cara berpakaian ini merupakan lambang penolakan mereka terhdp dunia dan kebencian mereka terhdp kesenangan jasmani.
Tapi ironinya, ahli sains (saya rujuk pada godel, popper dan filosuf logical positivism) mendapati yang sains sebenarnya adalah sesuatu yang transcendental. Ia TIDAK boleh dibuktikan 100%. Hukum hakam fizikal bermula dari sesuatu yang tak boleh dibuktikan!
Perlaksanaan hukum hakam itu memang tak boleh dibuktikan 100% tetapi ia terpadu dgn kehidupan sosial, maka sering terjadi kekacauan penghayatan atr nilai2 transendental syariat dgn nilai2 temporal masyarakat.
Barat? Apa sebenarnya barat? Apakah barat itu 100% materi, atau kita fikir ia 100% materi kerana dipengaruhi pemikiran 'timur'?
U tak terfikir ke bagaimana penterjemah orientalis mengambil bahagian kisah2 Timur dgn melakukan pemerkosaan struktur. Mereka mengambil kisahnya shj dan membuang komentarnya.... kemudian kisah2 itu dijalin secara kronologi.
So apa yg kita dpt adalah seperingkat kisah2 lepas tanpa perangkum. |
|
|
|
|
|
|
|
Sempurna = sudah tahap tepu. Tidak perlu dan tidak boleh ditambah apa-apa lagi. Jadi bila kita kata alternatif atau tambahan, bermakna ia belum sempurna.
Alternatif bermakna sesuatu yang lari dari.
Ditambah bermakna masih belum cukup lagi.
Lainlah kalau kita kata ia satu interpretasi... |
|
|
|
|
|
|
|
ff:
saudari? baru aku tahu marquez nie sorang perempuan.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by marquez at Fri 16th Jul 04 01:07:
Sempurna = sudah tahap tepu. Tidak perlu dan tidak boleh ditambah apa-apa lagi. Jadi bila kita kata alternatif atau tambahan, bermakna ia belum sempurna.
Alternatif bermakna sesuatu yang lari d ...
yeah interpretasi! mendalami dengan lebih lanjut...... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by fleurzsa at 2004-7-16 01:02 AM:
Apa ada pada nama?
Nama boleh menundukkan malaikat.
Dan adakah u masih ingat lagi kisah perjanjian di antara Allah dgn manusia pd awal kejadian?
Boleh bagi reference dalam Quran tentang perjanjian mana yang sdri maksudkan...
Perkataan sufi berasal drp kata shuf yg bererti 'kain dr bulu biri2'
Jawapan muktamad?
Ada juga yang berkata sufi berasal dari perkataan Arab 'safwa' (piety) atau 'saff' (First rank of the worthy). Atau perkataan Greek Sophia (wisdom) atau istilah dalam bahasa Hebrew ain-sof (the absolute infinity)... dan ada juga yang berkata sufi itu dari huruf-huruf soad, wao, fa... (mungkin berfungsi seperti ayat-ayat dalam Quran yang tiada siapa tahu maksudnya)
Simbolisma dan alegori amat penting dalam 'sufisme'. Mereka sering membincangkan tentang makna-makna yang mereka umpamakan seperti kulit bawang, berlapis-lapis, jadi mungkinkah semua makna di atas betul?
Atau tiada yang betul?
Bukankah ada para sufi yang berkata Hallaj telah dihukum kerana tidak mengendahkan tradisi berahsia yang diamalkan oleh para sufi, jadi kenapa sewenang-wenangnya sahaja mereka mahu memberi nama mereka dan membongkar rahsia mereka?
Dalam filem Devil'd Advocate (Al Pacina, Kenanu Reeves) watak syaitan yang dimainkan oleh Al Pacino berkata, kejayaan terbesar syaitan ialah meyakinkan manusia yang ia tidak wujud...
U tak terfikir ke bagaimana penterjemah orientalis mengambil bahagian kisah2 Timur dgn melakukan pemerkosaan struktur. Mereka mengambil kisahnya shj dan membuang komentarnya.... kemudian kisah2 itu dijalin secara kronologi.
Dan bagaimana pula dengan penterjemah Oksidentalis yang mengambil pengetahuan dari barat dan melakukan, er, permerkosaan ilmu? Atau yang sengaja memberi pengetahuan yang tidak tepat kepada barat?
Selepas kejatuhan empayer-empayer Islam, nyata barat adalah lebih setia kepada tradisi kritikal daripada timur, lihat sahaja negara kita ini dengan semangat 'Malaysia boleh' dan 'orang luar semua jahat'...
Bayangkan kebobrokan di Abu Gharib (sp?) di Iraq, jika ia berlaku di sini, apakah akan dibongkar sendiri oleh media di sini seperti di barat? Atau apakah segalanya akan disapu ke bawah permaidani? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Remy_3D at 2004-7-16 01:10 AM:
ff:
saudari? baru aku tahu marquez nie sorang perempuan....
Aku pun baru tau... selama ni aku ingat jantan kabaret |
|
|
|
|
|
|
|
Nama boleh menundukkan malaikat.
Pulak....:nerd:
Boleh bagi reference dalam Quran tentang perjanjian mana yang sdri maksudkan...
Ada secara kias dlm hadis riwayat Bukhari dan Muslim.... pjg la..nanti I post kemudian... (esok nak travelling)
Jawapan muktamad?
Ada juga yang berkata sufi berasal dari perkataan Arab 'safwa' (piety) atau 'saff' (First rank of the worthy). Atau perkataan Greek Sophia (wisdom) atau istilah dalam bahasa Hebrew ain-sof (the absolute infinity)... dan ada juga yang berkata sufi itu dari huruf-huruf soad, wao, fa... (mungkin berfungsi seperti ayat-ayat dalam Quran yang tiada siapa tahu maksudnya)
Simbolisma dan alegori amat penting dalam 'sufisme'. Mereka sering membincangkan tentang makna-makna yang mereka umpamakan seperti kulit bawang, berlapis-lapis, jadi mungkinkah semua makna di atas betul?
Atau tiada yang betul?
Bukankah ada para sufi yang berkata Hallaj telah dihukum kerana tidak mengendahkan tradisi berahsia yang diamalkan oleh para sufi, jadi kenapa sewenang-wenangnya sahaja mereka mahu memberi nama mereka dan membongkar rahsia mereka?
Dalam filem Devil'd Advocate (Al Pacina, Kenanu Reeves) watak syaitan yang dimainkan oleh Al Pacino berkata, kejayaan terbesar syaitan ialah meyakinkan manusia yang ia tidak wujud...
I akan confirmkan ttg definisi ini....
Al Hallaj dihukum mati kerana khutbah2nya yg berani mengenai bersatunya manusia dgn Allah. Ia dituduh menyebarkan fahaman inkarnasionisme.
Dan bagaimana pula dengan penterjemah Oksidentalis yang mengambil pengetahuan dari barat dan melakukan, er, permerkosaan ilmu? Atau yang sengaja memberi pengetahuan yang tidak tepat kepada barat?
Selepas kejatuhan empayer-empayer Islam, nyata barat adalah lebih setia kepada tradisi kritikal daripada timur, lihat sahaja negara kita ini dengan semangat 'Malaysia boleh' dan 'orang luar semua jahat'...
Bayangkan kebobrokan di Abu Gharib (sp?) di Iraq, jika ia berlaku di sini, apakah akan dibongkar sendiri oleh media di sini seperti di barat? Atau apakah segalanya akan disapu ke bawah permaidani?
Kejatuhan empayar2 Islam adalah kerana putar belit Barat dan manusia munafik... Bagaimana kejadian di Turki...Bagaimana Israel mendapt negeri... U kan ada buat thread pasal Turki ni dulu...
Secara logik dunia... org jahat selalu menang..;) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by fleurzsa at 2004-7-16 02:05 AM:
Nama boleh menundukkan malaikat.
Al Hallaj dihukum mati kerana khutbah2nya yg berani mengenai bersatunya manusia dgn Allah. Ia dituduh menyebarkan fahaman inkarnasionisme.
Itu kata orang kebanyakan. Atau kalau sufi-speak itu pandangan secara literal. Dan bila satu lapisan kulit bawang dibuang, apa yang akan kita lihat?
Kejatuhan empayar2 Islam adalah kerana putar belit Barat dan manusia munafik... Bagaimana kejadian di Turki...Bagaimana Israel mendapt negeri... U kan ada buat thread pasal Turki ni dulu...
Saya tak setuju. Peranan barat tidaklah sebesar mana. Empayer Islam jatuh kerana krisis dalaman (seperti juga empayer-empayer dunia lain)... Hingga hari ini, sikap untuk menyalah kan barat bukanlah sikap yang betul... barat tidak akan mampu melakukan apa-apa selagi tidak diberi ruang oleh orang Islam sendiri.
Seperti serangan virus, hanya kelemahan dalam badan akan membolehkan badan kita diserang dengan jayanya (wakaka) oleh organisma luar
Secara logik dunia... org jahat selalu menang..
Orang jahat akan menang kalau tiada orang baik yang boleh berfikir. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|