Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun tersungkur di hadapan sebuah kereta di jalan raya selepas ditampar abangnya.
Menurut Asia One, kejadian berlaku di bandar Tongren, Guizhou pada 6 Oktober lalu.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201910/14/123802ogqjqxwlxxixwowd.jpg) Foto: Pearvideo.com
Kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan dua kanak-kanak lelaki yang tidak didedahkan identitinya sedang berjalan di bahu jalan raya secara berbahaya tanpa orang dewasa.
Abang mangsa kemudian secara tiba-tiba menampar adiknya itu menyebabkan kanak-kanak berkenaan terjatuh ke arah kenderaan yang mendatang, lalu terperangkap di bawahnya.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201910/14/123802bzs6q6zzsjw2n9l5.jpg) Foto: Pearvideo.com
Abang mangsa dilihat bergegas cuba memberi bantuan, namun gagal menarik adiknya keluar.
Beberapa anggota polis bertugas berhampiran lokasi kejadian bersama beberapa orang awam mengangkat kereta berkenaan untuk mengeluarkan kanak-kanak terbabit.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201910/14/123802jua1ckqzlgzvhufv.jpg) Foto: Screengrab/Weibo/AsiaOne
Jurucakap polis berkata, mangsa dibawa ke hospital untuk diperiksa dan dia bernasib baik hanya mengalami luka akibat geseran di kepala. - CARI
|