Ada bezanya membeli buah di pasar buah dan pasar raya. Di pasar buah, kita bebas memilih dan menimbang buah yang segar kerana buah-buahan tidak dibungkus dalam kotak atau pek.
Kredit foto: Facebook / WOB
Bagaimanapun, di pasar raya, buah-buahan sudah sedia dibungkus dan dipek untuk memudahkan pengguna dan pembeli. Setiap pek buahan dibungkus dengan kotak lutsinar untuk memudahkan pembeli membuat penilaian tanpa memicit atau menekan buahan sebelum membeli.
Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook bernama Erny Hayati berkongsi sebuah video mengenai perbuatan seorang wanita di sebuah pasar raya.
Wanita itu dengan selamba telah membuka pek buah strawberi, menukar isi dan memilih sesuka hati.
Melihat perbuatannya itu, Erny berkata dia telah menegurnya, tetapi wanita itu mengatakan hanya menggunakan haknya untuk memilih dan membeli yang terbaik.
Akhirnya, seorang pembantu pasaraya tersebut terpaksa campur tangan dan mengatakan bukan sahaja perbuatan itu menyalahi peraturan kerana pek telah ditimbang, ianya juga boleh mengakibatkan pencemaran terhadap makanan kerana wanita itu menyentuh tanpa menggunakan sarung tangan.
Beberapa netizen yang membaca perkongsian dan menonton video itu berkata ini bukan sesuatu yang jarang berlaku.
'Selalu nampak orang buat macam ni, ingat ini mall bapak dia ke?' kata seorang netizen.
'Banyak jumpa macam ni, favorite diorang tukar-tukar kat tempat telur,' tambah seorang lagi.
Kredit foto: FB
Beberapa orang yang pernah bekerja di pasar raya turut berkongsi pengalaman.
'Yang buka bungkusan sambil makan buah anggur pun ada, lepas tu selamba sahaja macam tak buat apa-apa,' katanya.
'Aku kerja mall, selalu jumpa macam ni, aku jerit direct sahaja,' tambah seorang lagi.
Kredit foto: FB
Perlu diingatkan bahawa membuka pek buahan bukan sahaja tidak bertimbang rasa untuk pembeli lain, tetapi bolah dikira mencuri kerana ianya telah ditimbang dan ditanda harga mengikut beratnya. - CARI |