Baru-baru ini tular di media sosial Facebook apabila Dr Hamid Arsyat iaitu seorang doktor pakar sakit puan yang memang terkenal dengan kepakaran beliau merawat pasangan yang bermasalah untuk mendapatkan cahaya mata meluahkan rasa kekecewaan apabila klinik beliau di Plaza Damansara telah diserbu oleh pihak KKM dan dilayan seperti penjenayah.
Justeru, ramai netizen memberi respon dan kritikan mengenai tindakan pihak KKM yang bertindak seakan-akan 'tidak bertamadun' dan semacam 'gila kuasa' apabila menyerbu klinik doktor tersebut tanpa budi bicara.
Berikut adalah luahan Dr Hamid Arsyat mengenai serbuan tersebut.
Sehubungan dengan itu, pihak KKM telah membuat kenyataan menerusi siaran akhbar dan bertindak memberi penjelasan lanjut mengenai pemeriksaan dan serbuan yang telah dilakukan.
Antara intipati daripada keterangan dan penjelasan KKM itu adalah Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya telah mengakui telah membuat lawatan ke sebuah premis kesihatan iaitu DHA Healthcare Enterprise di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
1. Terdapat aduan daripada orang awam bahawa premis terbabit memiliki produk kesihatan yang tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
2. Pemeriksaan yang dilakukan adalah mengikut prosedur dan standard yang ditetapkan oleh KKM.
3. Sebelum pemeriksaan di premis berkenaan, sebuah siasatan lanjut telah dilakukan dan mendapati premis itu memiliki dan menjual produk berikut berdasarkan produk 'test buy' beserta resit bayara.
4. Namun, ketika pemeriksaan dijalankan, produk tersebut didapati tiada namun bahan iklan seperti risalah produk telah ditemui di premis berkenaan.
Dilaporkan ketika pemeriksaan dijalankan, ianya dilakukan dengan penuh berhemah dan tenang, tidak seperti yang digembar-gemburkan dalam media sosial. KKM juga menjelaskan premis berkenaan sehingga kini tidak mempunyai lesen berdaftar dengan Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS) KKM sejak ianya ditubuhkan.
Malah, sejak tahun 2016, sebuah notis henti operasi telah dikeluarkan oleh CKAPS terhadap premis tersebut kerana kegagalan memenuhi syor yang diberi oleh mereka supaya ianya dapat beroperasi sebagai fasiliti kesihatan swasta yang berlesen dan sah di sisi undang-undang. - CARI
Sumber: Public Health Malaysia FB page