|
|
Berikutan kes mencederakan seorang pekerja stesen minyak pada Rabu lalu, Mahkamah Majistret Ampang mengenakan denda sebanyak RM2,800 terhadap Muhammad Raziq Rosli atau Zynakal, 21.
Lapor Berita Harian, penyanyi dan komposer itu turut didakwa menghalang polis daripada menjalankan tugas.
 Kredit foto: IG
Penyanyi baru itu didenda RM800 bagi kesalahan mendatangkan kecederaan, manakala bagi pertuduhan kedua, dia didenda sebanyak RM2,000 dan dilaporkan sudah membayar denda berkenaan.
Difahamkan, Zynakal didakwa memukul warga Bangladesh, Ahmad Mostak hingga cedera di Stesen Petronas Pandan Prima, Ampang, jam 3 petang, 28 Ogos lalu.
Zynakal berdepan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Pada hari sama jam 3.30 petang, penyanyi BBNU itu dikatakan enggan mempamerkan kad pengenalan, sekali gus menghalang tugas polis melakukan pemeriksaan.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Zynakal yang tidak diwakili peguam sebelum ini merayu mahkamah mengenakan denda rendah dengan alasan tidak mempunyai pendapatan tetap dan hanya bekerja sebagai penulis lirik dan komposer.
Namun, rayuannya dibantah Timbalan Pendakwa Raya, S Sangitaa yang memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran.
Sebelum ini, Harian Metro melaporkan, Zynakal ditahan polis selepas mencekik seorang pekerja stesen minyak akibat salah faham ketika membuat bayaran minuman dibelinya.
Katanya, dia mahu membuat bayaran menggunakan kad kredit, namun kaedah pembayaran itu tidak diterima kakitangan terbabit menyebabkan Zynakal menyerang dan mencekik leher mangsa.
Panas baran sangat orangnya. Harap Zynakal berusahalah untuk berubah. - CARI
|
|