CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 14597|Reply: 66

Brape elaun raja mesia?

[Copy link]
Post time 21-8-2019 05:52 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Tinot7 at 21-8-2019 02:18 PM

Kopipes drp internet. Kalau ada berita lebih terkini, sila update. Tengkiu.

Okeh dah diedit utk menggembirakan sejarawan2 di porum ini.
Maklumat yg nak diutarakan hanyalah bab elaun2 yg diberi. Bab history sume korang pi la kat website bawah ni dan kecam TT sana.
Ni cite lama lagipun...

Elaun untuk Agong dan Permaisuri Agong

Ini adalah di bawah Undang-undang Malaysia Akta 269 (Akta Peruntukan Diraja 1982) bagi bajet tahunan bagi Agong yang mana ia akan dibayar secara bulanan.

Pada tahun 2006, terdapat usul kenaikan gaji Agong bersama-sama pemaisuri Agong yang mana telah diluluskan.

Jumlah sebulan gaji Agong ialah RM87,880.
Privy Purse – RM608,400 (atau RM50,700 sebulan).
Entertainment allowance – RM202,800 (atau RM16,900 sebulan).
Istana Negara Royal Allowance – RM243,360 (atau RM20,280 sebulan).

Jumlah sebulan Pemaisuri Agong ialah RM16 339.
Privy Purse – RM113,568 (atau RM9,464 sebulan).
Entertainment allowance – RM36,504 (atau RM3,042 sebulan).
Istana Negara Royal Allowance – RM46,800 (atau RM3,833 sebulan).
Selain itu, setiap tahun Agong akan memperolehi lebih RM53 juta bagi menampung perbelanjaan istana, sambutan tetamu dan juga kos pemberian gaji kakitangan istana.

Pecahan perbelanjaan di istana adalah seperti berikut:
Perbelanjaan istana dan sambutan tetamu – RM52,259,100.
Gaji kakitangan istana – RM1,004,880.
Bounty Diraja, pemberian dan khidmat khas – RM50,000.
Elaun untuk bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong

Setiap bekas Agong yang mengikut giliran akan turut menerima elaun bekas Agong dan bekas pemaisuri Agong.

Ini sudah tertakluk di bawah peruntukkan undang-undang Malaysia Akta 270 (Akta Istana Negara Elaun-elaun Diraja 1982) pindaan 2006.

Di bawah akta ini, elaun akan dibayar kepada bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong setiap bulan bagi tempoh seumur hidup.

Pencen khas untuk balu pemaisuri Agong

Elaun sebegini adalah pencen untuk balu Pemaisuri Agong. Contohnya, jikalau Agong itu mangkat semasa baginda sedang memegang tugas sebagai Agong, pemaisuri Agong yang sudah menjadi balu akan turut menerima pencen seperti ini yang tertakluk di bawah Undang-undang Malaysia Akta 223 (Akta Pencen Khas Raja Permaisuri Agong 1979).

Jumlah bayaran pencen balu Agong:
Pencen seumur hidup – RM4,500 sebulan.
Kereta (cukai jalan dan bayaran pendaftaran percuma) atau wang pukal RM250,000 untuk kereta. Juga dapat RM2,590.87 sebulan untuk pemandu dan penyelenggaran kenderaan.
Rumah Kerajaan yang akan diselenggara oleh Kerajaan atau wang pukal RM750,000.
Boleh dikatakan di Malaysia, kebanyakan Sultan sudah pernah menjadi Agong.

Selain memperolehi elaun Sultan mereka turut menikmati elaun bekas Agong setiap bulan iaitu:
Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Agong – RM15,180 sebulan.
Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Permaisuri Agong – RM4,500 sebulan.
Elaun Sultan dan kerabat Diraja

Elaun untuk Sultan dan kerabat diraja di setiap negeri adalah di bawah peruntukkan negeri masing-masing.

Setiap negeri ada Enakmen Peruntukan Diraja.

Jumlah yang elaun Sultan Kedah ada sebanyak RM68,080 sebulan:
Elaun Sultan – RM52,600 sebulan.
Elaun keraian Sultan = RM15,480.

Manakala jumlah yang diterima oleh Sultanah adalah sebanyak RM14,600 sebulan.
Elaun Sultanah – RM12,000 sebulan.
Elaun peribadi Sultanah – RM2,600 sebulan.


Elaun-elaun lain yang diterima kerabat Diraja di Malaysia setiap bulan adalah seperti berikut:
Raja Muda – RM13,000
Raja Puan Muda – RM5,200
Tunku Bendahara – RM4,000
Isteri Tunku Bendahara – RM1,250
Tunku Temenggung – RM3,500
Isteri Tunku Temenggung – RM900
Tunku Laksamana – RM3,000
Isteri Tunku Laksamana – RM600
Anak-anak Sultan – RM1,000


nota: sila betulkan jika fakta di atas ada berlaku kesilapan.



Sumber artikel:http://www.sentiasapanas.com/2018/06/gaji-agong-dan-elaun-raja-raja-melayu.html#ixzz5xBErHjam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-8-2019 05:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Elaun kerabat raja yg jauh sikit (bkn anak raja) rm500 berdasarkan carian internet. Kalau salah sila betulkan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2019 06:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Dipetik dari
https://m.malaysiakini.com/news/292393

Sultan Johor: Elaun RM27,000 tak memadai

Mac 18, 2015(DikemaskiniMac 18, 2015)

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail berkata, baginda tidak boleh bergantung dengan elaun sebanyak RM27,000 semata-mata dan perlu menyertai bidang perniagaan.

"Biar saya berterus terang, kita (amalkan) raja berperlembagaan. Saya perlu menyara hidup, sama seperti orang lain.

"Saya tidak boleh bergantung kepada elaun RM27,000 sebulan sahaja. Saya mesti menyara hidup, seperti rakyat Malaysia biasa,” katanya dalam satu wawancara dengan akhbarThe Star.

Sultan Ibrahim berkata, penglibatan keluarga diraja Johor bukan perkara baru kerana ini menjadi amalan sejak zaman moyangnya.

"Saya tidak pernah cuba menyembunyikan urusan perniagaan saya dengan menggunakan proksi, seperti dilakukan sesetengah orang. Saya terbuka dan telus,” katanya.

Katanya, penglibatan kerabat diraja dalam perniagaan yang halal merupakan perkembangan yang sihat.

Tambahnya, penglibatan dalam urusan yang diragui akan mencemarkan nama institusi beraja.

"Saya pasti rakyat Johor tidak mahu melihat saya sebagai seseorang yang menjual darjah kebesaran untuk menyara hidup,” katanya.

Mengulas mengenai projek hartanah besar di Johor yang melibatkan pelabur China, beliau menafikan bahawa ia akan menyebabkan berlaku kebanjiran dalam pasaran hartanah.

Katanya, selain warga tempatan, hartanah berkenaan juga akan dibeli oleh warga Singapura.

"Apabila rangkaiannya siap, ia akan menjadi satu kebiasaaan bagi orang Singapura untuk tinggal di Johor dan bekerja di Singapura,” katanya.

Sultan Ibrahim berkata, perkara ini dapat dilihat di Shenzen yang menjadi kediaman bagi golongan yang berulang-alik setiap hari untuk bekerja di Hong Kong.

Beliau turut mempertahankan projek tambakan mega Forest City. Menurutnya, pelabur China akan memberi keuntungan kepada negeri.

Usaha penambakan tanah laut itu juga merupakan keputusan strategik, katanya.

"Sekiranya Johor tidak menjalankan penambakan, Singapura akan buat dan perkara ini sudahpun berjalan,” katanya.


Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2019 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 21-8-2019 06:01 AM
Dipetik dari
https://m.malaysiakini.com/news/292393


Alhamdulillah, berjiwa rakyat betul..saluttteee
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2019 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 21-8-2019 06:01 AM
Dipetik dari
https://m.malaysiakini.com/news/292393


btl jg kt Sultan Johor ni. X kan nk bergantung pd elaun je. 27k sebulan bila nk jd bilionaire?
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2019 08:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Jap sultan kedah dari Merong Mahawangsa..

Kejadahnya mostly sultan datang dari Indonesia?

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-8-2019 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Sultan terengganu dan kelatan dari indon ke? Bendaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2019 08:36 AM | Show all posts
kalau tau pun berapa elaun raje nak buat apa?
even gaji ex laki sdri aku ta ktau ni kan gaji raja
bkan tak nk tau..selagi dia buat hal dia tgjwb dia aku ok je
aku pulak tak suka org amik tau brp gaji aku sekian elaun claim bagai
pakai je la keta buruk baju selekeh ckup utk mereka mengklasifikasikan betapa cikainya gaji.
kalu macam raja ofkos diluar kemampuan utk mengambil tau.
esok dai mati pun dimakan ulat jga.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2019 08:36 AM | Show all posts
TT tolong edit tajuk tered..Jangan mengeja macam budak wechat...rengsaaaaaaaaa!!!
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2019 09:14 AM | Show all posts
chicozinn replied at 21-8-2019 07:48 AM
Alhamdulillah, berjiwa rakyat betul..saluttteee

statement mcm pentingkan diri kan.. bukan fikir rakyat dia merempat.. lg galakkan org china ngan singapore beli rumah kat sini.. janji masyukk kekdahnye..
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2019 09:24 AM | Show all posts
aku tgh pk klu sultan joho kte xcukup elaun 27k sbln..so org yg gaji 2700 sebulan tu pe mksudnye..
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2019 09:47 AM | Show all posts
aku hmmmmmmmkan aje lah.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2019 09:48 AM | Show all posts
sarah82 replied at 21-8-2019 08:06 AM
Jap sultan kedah dari Merong Mahawangsa..

Kejadahnya mostly sultan datang dari Indonesia?

tak pasti betul ataupon tidakk.. pernah dengar dr org yg bercerita... sultan kedah dari keturunan merong mahawangsa. kemudian ada perbalahan antara abg & adik. Adik dpt throne. abang merantau ke tempat lain dalam kedah tu jugakk. masuk cmpur tangan british, di angkatnya orang lain utk jadi sultan utk settlekan perbalahan 2 org ni..  betul atau tidak wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2019 09:54 AM | Show all posts
hmmmm juga     
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2019 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Huhuhuhu je laaa tengok harganya
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2019 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
awanysss replied at 21-8-2019 09:14 AM
statement mcm pentingkan diri kan.. bukan fikir rakyat dia merempat.. lg galakkan org china ngan s ...

Rakyot dpat free tix ke lalaland tu da bercukur guys...yg penting stadium penuh n bila tanah rakyot kne amik rakyot dpt umah ppr yg kne sewa sepanjang hayat tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2019 10:13 AM | Show all posts
ermmmm tak tau nak kata apa... yg kaya makin kaya n tamak... rakyat marheam setiap hari pikir mcm mana nak hidup bebas hutang n hidup senang...

mampu ber ermmmmmmmm jerlah
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2019 10:31 AM | Show all posts
chicozinn replied at 21-8-2019 10:06 AM
Rakyot dpat free tix ke lalaland tu da bercukur guys...yg penting stadium penuh n bila tanah rakyo ...

kalau dah "pelindung" nye begitu.. menteri2 pasola boleh buat ape je.. hadap je.. janji keturunan dia kaya raya.. sedehhhh
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2019 10:56 AM | Show all posts
kalau buat table kan...
tuk setahun berapa billion RM kah yg perlu dibelanjakan oleh Malaysia.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2019 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
shark_eow7 replied at 21-8-2019 09:48 AM
tak pasti betul ataupon tidakk.. pernah dengar dr org yg bercerita... sultan kedah dari keturunan  ...

Si abg buka negeri kat siam.. Bukan dlm kedah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 10:14 AM GMT+8 , Processed in 0.087710 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list