Gajah kurus kering berusia 70 tahun bernama Tikiri yang dipaksa berjalan jarak jauh setiap malam agar orang ramai dapat merasa 'diberkati' dalam satu upacara keagamaan di Festival Buddha di Kandy, Sri Lanka akhirnya direhatkan daripada menyertai festival itu .
Ia selepas hantaran menerusi laman Facebook Save Elephant Foundation yang dimuat naik Lek Chailert menjadi viral.
Kredit foto: Save Elephant Foundation
Haiwan itu dipakaikan kostum berwarna-warni menyembunyikan keadaannya yang terlalu kurus sehingga boleh menampakkan tulang-temulang di sebalik kulitnya yang dimamah usia tanpa diketahui orang ramai keadaan sebenarnya yang terseksa selama ini.
Salah seorang jurucakap kuil yang menganjurkan festival itu memaklumkan beliau turut mengesahkan Tikiri telah dibawa berjumpa doktor haiwan dan kebajikannya sentiasa dijaga. Tikiri dikhabarkan mengalami masalah perut sejak enam bulan yang lalu.
Beliau turut memaklumkan penyakit tersebut tidak menghalang gajah itu untuk turut serta dalam festival tersebut.
Kredit Foto - Google - Esala Perahera diadakan setiap tahun pada musim panas pada bulan Julai dan Ogos merupakan perayaan bersejarah dan besar di Sri Lanka
Tikiri merupakan salah seekor daripada 60 ekor gajah yang berarak selama 10 malam di jalanan bagi sambutan Esala Perahera atau Festival of the Tooth dan layanan terhadapnya menimbulkan kemarahan penyokong kumpulan hak asasi haiwan.
Kredit Foto - Google - Lek Chailert Bersama Gajah di Taman Alam Semulajadi Gajah Thai
"Tiada sesiapa yang dapat melihat badannya yang kurus dan kerdil serta lemah itu dan tiada sesiapa yang melihat air matanya yang cedera oleh lampu terang yang menghiasi topengnya.
Tiada sesiapa yang melihat kesukaran untuk dia melangkah di mana kakinya diletak sesuatu agar dia bergerak perlahan.
Bagaimana kita boleh katakan perbuatan ini sebagai memberi kerahmatan kepada mereka yang lain jika kita menyeksa haiwan ini", ujar Lek Chailert, yang juga merupakan pengasas Save Elephant Foundation, organisasi yang menyelamatkan gajah di Thailand yang dipetik dari laporan The Reporter.
Terkini, gajah tersebut dilaporkan telah pengsan kerana terlalu letih dan lemah untuk berjalan dan bekerja.
Eksploitasi dan penderaan terhadap gajah untuk hiburan atau upacara keagamaan adalah tidak wajar dan harus dihentikan. Haiwan juga ada hati dan perasaan. Haiwan juga berhak disayangi. - CARI |