Sikap masyarakat Malaysia yang pemurah dan suka memberi membuka ruang kepada pengemis meminta sedekah.
Namun, di sebalik sikap tersebut tidak dinafikan timbul juga perasaan curiga dan rasa 'jengkel' apabila segelintir peminta sedekah suka meminta-minta.
Kredit Foto Twitter @mszikr
Tular di media sosial video seorang lelaki berbangsa Cina sedang meminta sedekah dengan cara unik iaitu dengan menangis setiap kali ada orang awam menghampirinya.
Pemilik akaun Twitter ini turut memuat naik status bahawa hanya ingin berkongsi video unik lelaki ini meminta sedekah dan meminta supaya tiada isu perkauman dikaitkan dengan video ini.
Perkongsian ini mengundang pelbagai reaksi netizen.
Pakcik tu mungkin tak tahu/tak mampu buat kerja lain dah....
Mungkin pakcik tu ada masalah mental...
Pakcik tu mungkin betul-betul susah...
Kurang cakna terhadap orang miskin pun mungkin menjadi punca wujudnya peminta sedekah. Sikap buruk sangka terhadap golongan peminta sedekah perlu dielakkan sebaliknya pemberi disarankan supaya sentiasa ikhlas.
Namun, itu bukan 'lesen' untuk masyarakat menggalakkan lagi aktiviti minta sedekah. - CARI |