Detik mencemaskan kemalangan melibatkan kereta perisai Gempita dan Proton Wira. Kredit foto: YouTube / abufirzan
Insiden kemalangan melibatkan sebuah kereta perisai tentera dan sebuah kereta jenis Proton Wira yang dipercayai berlaku di sekitar Seremban pada petang 3 Ogos lalu mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan netizen.
Video insiden berkenaan yang dirakamkan oleh Abu Firzan Fadzil menjadi tular selepas disiarkan dalam saluran YouTube dan akaun Instagram miliknya.
Kereta perisai Gempita pada mulanya berada di lorong kiri dan Proton Wira di lorong kanan. Kredit foto: YouTube / abufirzan
Berdasarkan rakaman video berkenaan, kemalangan berlaku setelah kereta perisai Gempita memasuki lorong kanan jalan berkenaan sebelum merempuh Proton Wira.
Kemalangan itu menyebabkan kereta tersebut mengalami kerosakan pada sebelah kiri dan bamparnya tercabut.
Pemandu dan dua penumpang yang keluar dari kenderaan berkenaan dilihat tidak mengalami kecederaan serius.
Seorang anggota tentera membantu mengawal lalu lintas selepas kemalangan. Kredit foto: YouTube / abufirzan
Netizen pula mempunyai pelbagai pandangan berbeza terhadap insiden berkenaan berdasarkan pemahaman masing-masing terhadap prosedur operasi standard (SOP) konvoi kenderaan tentera serta undang-undang jalan raya.
Seorang netizen yang mendakwa pernah memandu Gempita mendakwa, SOP menetapkan bahawa kenderaan tentera akan menggunakan laluan kanan semasa berkonvoi di jalan raya atau lebuh raya.
Dia juga menjelaskan, kenderaan-kenderaan lain di belakang sepatutnya mengikut arahan jurupandu yang berada di atas kereta perisai.
Kredit foto: Facebook / MalDef - Malaysian Defense
Sementara itu, beberapa netizen lain menyuarakan rasa simpati terhadap pemandu dan penumpang kereta Proton Wira tersebut.
Pada pandangan mereka, tidak semua pengguna jalan raya mengetahui SOP berkaitan konvoi kenderaan tentera.
Kredit foto: Facebook / Maldef - Malaysian Defense
Kredit foto: Facebook / MalDef - Malaysian Defense
Mujurlah kemalangan itu tidak meragut nyawa. Namun, pihak yang bertanggungjawab wajar mendidik pengguna jalan raya tentang SOP berkaitan kenderaan pasukan keselamatan dan pada masa yang sama, pemandu kenderaan tentera wajar bersikap lebih bertimbang rasa terhadap kenderaan-kenderaan yang lebih kecil. - CARI
kau klau belajar memandu pun di ajar lorong memotong di sebelah kanan, jangan memotong di sebelah kiri. kenderaan berat ikut kiri. tiber kat dia, suruh motong ikut kiri..jadahnya.
i rasa sop dorang kena duduk kanan sebab kiri kan susur keluar..
kalau dorang berbaris kat kiri kena pulak exit kat situ, cam mana orang dari kanan nak pintas ke exit masing-masing?
kena berhenti tunggu sampai last kenderaan konvoi jalan ke?
kan tak pasal-pasal jadi jem tu..
lain la kalau exit semua belah kanan..
so sop tu dah tentu la ikut arah/keadaan jalan jugak..
tak boleh la samakan konvoi dorang dengan lori berat segala tu..
lori kenderaan berat tu dah tentu bukan konvoi seketul dia je..
ko nak pintas depan tepi depan belakang atas bawah dia pun takde hal..
ps: ni tak termasuk sop konvoi orang kawin or myvi or sek sek kito jange pecoh ye
apa pun, tengok jenis kereta dengan driver, hmmmm je la..
Betul la tuh, sbb kenderaan perisai nih tinggi dan pemanduan belah kiri. Utk keselamatan mmg kena duduk lane belah kanan. siapa yg pernah drive left hand drive atau bawa kenderaan kt negara2 tersebut mesti tau la feel dia mcm mana. Tambah lak kereta perisai nih tinggi, kompem x nampak kereta belah kanan
Post time 7-8-2019 02:32 PMFrom the mobile phone|Show all posts
jofizo replied at 7-8-2019 02:12 PM
Betul la tuh, sbb kenderaan perisai nih tinggi dan pemanduan belah kiri. Utk keselamatan mmg kena du ...
Feel nya cuma sedikit keliru masa kt roundabout dan masa nak masuk kereta...
Kalau drive jalan tegak, masuk simpang kanan kiri tu takde feel pelik sangat..
Tu yg i rasa ms mula2 nk drive balik kt msia lepas 3 years drive stering kiri.
Post time 7-8-2019 03:13 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Dah boleh masukkan silibus tambahan dlm kelas memandu. Orang awam mana la tau lane2 konvoi kereta askar ni.
Askar ni memang tersendiri betul. Deme je yg tau SOP deme. Kalau takde kaitan dgn org awam mcm menembak dan yang seumpama, memang tak perlu share. Tapi, bila berkongsi dgn org awam mcm penggunaan Jalan raya, memang org awam patut tau saya rasa.
Tapi, prinsip saya di jalan raya, jauhkan kereta anda dari sebarang kenderaan besar2. Kalau nak potong, buat cepat, terus lari. Kalau takmo potong, bawak slow2, biar ada jarak 5/6 tiang lampu dari kenderaan besar tu. Biar kira mengalah takpe.