Artis dan gosip berpisah tiada. Artis dan gosip ibarat isi dan kuku. Gosip atau kontroversi hanya akan memberikan impak negatif dan langsung tidak membawa kebaikan kepada mana-mana artis. Zaman sekarang ini makin senang timbul gosip/kontroversi apabila terlalu banyak laman sosial digunakan untuk berkongsi aktiviti harian.
Terbaru, selepas kontroversi gambar bebird Faizal Tahir tersebar di media sosial, kini penyanyi, komposer dan penerbit terkenal itu didakwa sedang bermain cinta dengan penyanyi yang semakin meningkat naik dengan lagu 'Pesanan Ayahanda', Sissy Imann.
"Bercinta dengan Sissy Imann? Saya tak tahu mana datangnya cerita sebegini. Sebenarnya, lawak atau prank? Sejujurnya, saya terkejut dan merasakan perkara ini tidak masuk akal... Tak mungkin". Begitulah reaksi Faizal Tahir mengenai gosip tersebut.
Kredit foto: Instagram Sissy Imann
Memetik laporan Mstar, Faizal berkata hubungan yang terjalin antara dirinya dengan Sissy seperti hubungan bapa dan anak.
"Dia artis di bawah naungan syarikat rakaman saya dan saya menganggap Sissy seperti anak. Saya memanggilnya dengan panggilan anakanda dan dia memanggil saya dengan nama bapak," kata Faizal lagi.
Kredit foto: Instagram Sissy Imann
Gosip tersebut turut mendakwa Faizal sering menghabiskan masa dengan Sissy di studio rakaman. Faizal bagaimanapun menepis dakwaan tersebut. "Saya sendiri tak tahu macam mana cerita ini boleh timbul. Mengapa tak ada pula yang kaitkan saya dengan artis-artis di bawah naungan saya yang lain seperti Hanie Soraya, Hannah Delisha atau Elizabeth Tan?"
Penyanyi lagu Ragaman itu juga menyatakan bahawa beliau lebih selesa dan meluangkan masa di studio dengan artis lelaki seperti Amir Masdi dan Aziz Harun. "Usia saya pun bakal mencecah 41 tahun... Saya sendiri tak tahu mana datangnya cerita sebegini. Semuanya sudah saya anggap seperti anak sendiri," kata Faizal lagi.
Kredit foto: Instagram Sissy Imann - Faizal Tahir bersama anak-anak didiknya
Faizal baru sahaja melancarkan album terakhirnya yang berjudul Rojak. Album Rojak menampilkan sembilan lagu termasuklah Ragaman, Bisa Aja, Ratu, Kamu dan banyak lagi.
Nampaknya artis perlu mengawal perkongsian di laman sosial untuk mengelakkan sebarang kontroversi yang bakal timbul dikhuatiri menjejaskan nama baik mereka. Apapun selamat maju jaya Faizal Tahir! - CARI |