"Bila kahwin atas dasar cinta, itu yang jadi masalah sebab cinta sebenarnya banyak yang berpura-pura."
Sedih dengan penceraian rakan-rakan artis masa kini, Datuk AC Mizal menegaskan yang perkahwinan bukan sekadar nafsu dan cinta semata-mata. Apatah lagi artis yang bercerai berai terdiri dari kalangan selebriti muda! Sangat mengecewakan.
Menurut pemerhatian pengacara senior ini, kebanyakan selebriti bawah 30-an terlalu obses dengan media sosial. Jadi, semua perkara hendak diceritakan kepada khalayak hingga tidak menyimpan langsung perkara peribadi yang tidak wajar dikongsi. Hal ini membuatkan orang luar atau warganet boleh campur tangan, memberi pandangan sehinggakan mengucar-ngacirkan situasi.
Kredit foto: IG
Apa yang dapat saya simpulkan, artis muda yang terlalu obses media sosial ini memberi
ruang orang luar masuk campur rumah tangga mereka. Sebenarnya kita tidak perlu kongsi
segala-galanya di media sosial kerana banyak yang berpura-pura."
Bagi AC pasangan yang berpisah bukan kerana tiada persefahaman tetapi banyak berselindung.
Selain itu, AC turut berkongsi rahsia kebahagiaan dengan isteri, Datin Emylia Rosnaida adalah kerana kepercayaan dan persefahaman selama 17 tahun ini seperti yang diceritakan kepada Media Hiburan. Paling penting adalah bilik tidur!
Kredit foto:
"Rahsia paling utama untuk bertahan dalam rumah tangga adalah bilik tidur
yang kemas sebab inilah tempat untuk berdua-duaan dengan isteri.
Bayangkan kalau bilik tidur bersepah, balik kerja dengan kepala kusut, memang boleh timbul pergaduhan."
Bagi AC, suami dan isteri perlu menjadi kawan baik untuk berkongsi segala masalah dan ianya membolehkan mereka bekerjasama. Jika masing-masing berahsia, lebih baik tidak berkahwin.
Nampaknya, pasangan artis yang muda-muda ini boleh mengambil pandangan dari AC ini. Tetapi, mesti ada pembaca yang akan mengaitkannya dengan kisah perkahwinannya terdahulu kan? Ambil sahaja yang baik-baik, okey - CARI |