View: 11348|Reply: 39
|
BESAR BAHTERA NABI NOH AS
[Copy link]
|
|
Assalamualaikum.
Saya ingin berkongsi berkaitan Bahtera Nabi NOh..
Saya cuba berkongsi pandangan dan ilmu kepada semua forumer..
Jom..kita berkongsi Ilmu
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
BESAR BAHTERA NABI NUH AS
Soalan: Boleh terangkan kepada kami berkenaan dengan perbuatan Saidina Nuh, bahteranya dan besar bahteranya?
Jawapan
Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.
Kami mulakan dengan firman Allah SWT:
وَاصْنَعِ الْفُلْكَ بِأَعْيُنِنَا وَوَحْيِنَا وَلَا تُخَاطِبْنِي فِي الَّذِينَ ظَلَمُوا ۚ إِنَّهُم مُّغْرَقُونَ
Maksudnya: Dan buatlah bahtera dengan pengawasan serta kawalan Kami, dan dengan panduan wahyu Kami (tentang cara membuatnya); dan janganlah engkau merayu kepadaKu untuk menolong kaum yang zalim itu, kerana sesungguhnya mereka akan ditenggelamkan (dengan taufan)".
(Surah Hud: 37)
Dalam menjawab persoalan ini, kami dapati banyak riwayat. Secara umumnya, kami nyatakan seperti berikut bahawa Allah SWT perintahkan Nabi Nuh membina kapal dengan menanam pokok al-Saj terlebih dahulu selama 20 tahun. Kemudian membina kapal menggunakan kayu tersebut selama 40 tahun. Ada pendapat 100 tahun dan ada pendapat 400 tahun.
Adapun bentuk dan keluasan kapal, terdapat banyak riwayat, antaranya:
Panjangnya 300 hasta, lebarnya 50 hasta dan tingginya 30 hasta.
Panjangnya 300 hasta, lebarnya 60 hasta dan tingginya tidak disebut.
Panjangnya 1200 hasta, lebarnya 600 hasta dan tingginya tidak disebut.
Panjangnya 400 hasta, lebarnya 30 hasta dan tingginya tidak disebut.
Pendapat yang paling kuat dan ramai adalah yang pertama.
Adapun bentuknya seperti yang diriwayatkan bahawa Jibril AS mengajarnya membina kapal dan Allah memerintahkannya untuk menjadikan kepala kapal seperti kepala ayam jantan dan bahagian depannya seperti burung. Ekornya seperti ekor ayam jantan. Ia mempunyai tiga tingkat. Dipakukan dengan paku besi untuk menguatkan antara kayu-kayu.
Tingkat yang pertama untuk haiwan buas dan binatang yang melata serta singa. Pada tingkat kedua, binatang liar dan burung. Dan tingkat ketiga adalah manusia. Dikatakan bilangan anak Adam atau manusia yang menyertai kapal tersebut:
80 orang, separuh lelaki dan separuh perempuan.
Ada pendapat 72 orang dan isteri Nabi Nuh dan anak-anaknya yang mencukupkan 78 orang, separuh daripadanya lelaki dan yang lain perempuan.
Ada pendapat 10 orang.
Ada pendapat lain daripada itu.
Adapun mereka terapung dalam air atau dalam banjir selama 150 hari kemudian baru mendarat pada 10 Rejab dan kekal dalam kapal selama sebulan dan turun ke bumi pada 10 Muharram. Tempat yang ia mendarat di atas bukit dikenali al-Judi.
Dalam hal ini, kami nyatakan firman Allah SWT:
حَتَّىٰ إِذَا جَاءَ أَمْرُنَا وَفَارَ التَّنُّورُ قُلْنَا احْمِلْ فِيهَا مِن كُلٍّ زَوْجَيْنِ اثْنَيْنِ وَأَهْلَكَ إِلَّا مَن سَبَقَ عَلَيْهِ الْقَوْلُ وَمَنْ آمَنَ ۚ وَمَا آمَنَ مَعَهُ إِلَّا قَلِيلٌ ﴿٤٠﴾ وَقَالَ ارْكَبُوا فِيهَا بِسْمِ اللَّـهِ مَجْرَاهَا وَمُرْسَاهَا ۚ إِنَّ رَبِّي لَغَفُورٌ رَّحِيمٌ ﴿٤١﴾ وَهِيَ تَجْرِي بِهِمْ فِي مَوْجٍ كَالْجِبَالِ وَنَادَىٰ نُوحٌ ابْنَهُ وَكَانَ فِي مَعْزِلٍ يَا بُنَيَّ ارْكَب مَّعَنَا وَلَا تَكُن مَّعَ الْكَافِرِينَ
Maksudnya: (Nabi Nuh terus bekerja) sehingga apabila datang hukum Kami untuk membinasakan mereka dan air memancut-mancut dari muka bumi (yang menandakan kedatangan taufan), Kami berfirman kepada Nabi Nuh: "Bawalah dalam bahtera itu dua dari tiap-tiap sejenis haiwan (jantan dan betina), dan bawalah ahlimu kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman azab atasnya (disebabkan kekufurannya), juga bawalah orang-orang beriman". Dan tidak ada orang-orang yang beriman yang turut bersama-samanya, melainkan sedikit sahaja. Dan (ketika itu) berkatalah Nabi Nuh (kepada pengikut-pengikutnya yang beriman): "Naiklah kamu ke bahtera itu sambil berkata: ' Dengan nama Allah bergerak lajunya dan berhentinya '. Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Mereka semua naik) dan bahtera itupun bergerak laju membawa mereka dalam ombak yang seperti gunung-ganang, dan (sebelum itu) Nabi Nuh memanggil anaknya, yang sedang berada di tempat yang terpisah daripadanya: "Wahai anakku, naiklah bersama-sama kami, dan janganlah engkau tinggal dengan orang-orang yang kafir".
(Surah Hud: 40-42)
Untuk mendapat penerangan yang jelas, sila rujuk kitab al-Durru al-Manthur (8/41-76), al-Kasyfu wa al-Bayan (5/167-175), Tafsir Ibnu Abi Hatim (6/2025), Tafsir Ibn Kathir (4/320), Tafsir al-Siraj al-Munir (2/63), Tafsir al-Tabari (15/312-340), Adwa’ al-Bayan dan lain-lain.
Semoga Allah memberi kefahaman kepada kita. Amin.
sumber dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Matpon at 11-7-2019 04:59 PM
Di sebuah gunung yg sentiasa diselimuti salji yg terletak di Timur Turkey, tersembunyi sebuah misteri ‘berharga’ yang berusia lebih 5000 tahun Peninggalan sejarah yg maha berharga itu bukan saja menarik minat para pengkaji sejarah malah pihak perisik US seperti CIA/KGB pun cuba menyelongkar.Pihak2 CIA telah menggunakan satelite dan pesawat ‘Stealth’ utk mengambil gambar objek yg terdampar di puncak gunung itu.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tanam pokok 20 thn
bina kapal 40 thn
agak2 umur berapa lah nabi nuh ni ketika bah tu.
mau2 dah 80-90 thn kot...ke beratus..
kalau umur kita gini..dah bongkok 3 dah.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tak paham great flood ni. Tempat mana saja yang jadi. Orang lain kat tempat lain Tak terkesan Ke. Punya lama Tanam pokok, bina kapal, orang lain Tak syak Ke, selama puluhan Tahun Allah Dah cadang Nak tenggelamkan mereka. Yang Tak beriman Ada Mati Dulu kut sebelum kapal siap. Ada anak anak Tak berdosa habis tenggelam. What are we to learn from this tragedy. Merciful? Vengeful? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kalau diberikan panjang 300 hasta.
1 hasta = 45cm
Panjang 300 hasta = 135 meter
Lebar 50 hasta = 22.5 meter
Tinggi 30 hasta = 13.3 meter
Rasanya mcm ada time-line yg hilang..sebab apa..Nabi Nuh A.S diketahui sebagaii nabi yg ke-3 selepas Nabi Adam A.S.
Daripada website pejabat mufti Wilayah Persekutuan (muftiwp.gov.my), jarak Nabi Adam dan Nabi Nuh A.S adalah 10 Kurun bersamaan 1000 tahun. Umur Nabi Nuh A.S pula dianggarkan dalam 950-1400 tahun.
Dan bila kita melihat gejala LGBT yg telahpun ada pada zaman Nabi Nuh A.S, mungkin manusia pada masa itu telahpun maju dari yang kita sangka. 1000 tahun antara Nabi Adam A.S dan Nabi Nuh A.S..berapa banyak teknologi yg mampu dihasilkan pada zaman tu.
Empayar Melaka dalam tahun 1300 dan kita sekarang ni di tahun 2019..Perbezaan 700 tahun sahaja tetapi bermacam2 teknologi terhasil diantara 700 tahun ini.
Dengan kapal yg saiznya tidak terlalu besar, mana mungkin dapat di isi dgn segala haiwan/tumbuhan beserta penumpang yang bilangannya dalam 70-80 org tu.
. Ada kemungkinan yg Nabi Nuh A.S hanya menggunakan sampel DNA untuk segala jenis haiwan/tumbuhan. Macam tu baru boleh muat untuk diisi dalam bahtera tersebut.
Perdebatan mengenai teknologi bahtera Nabi Nuh A.S ade disiarkan dalam saluran History Channel.
Jadi..mengikut pandangan peribadi saya, mmg nampak ada garis masa dan teknologi yg hilang dan tidak kita ketahui apa yg sebenarnya berlaku pada zaman Nabi Nuh A.S.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
izwan_izi replied at 12-7-2019 03:50 AM
kalau diberikan panjang 300 hasta.
1 hasta = 45cm
Kupasan yang menarik. Timeline memang mengelirukan. Cuma tentang teori DNA yang di bawa tu Saya agak skeptikal. Bagaimana storage nya, extraction. Lama tu belayar terapung, Boleh musnah DNA samples. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
boleh bincangkan..sbb ilmu sangat luas.. |
|
|
|
|
|
|
|
menarik utk diketahui lebih lanjut ttg bahtera nabi Nuh A,S. |
|
|
|
|
|
|
|
Ya betul.. sungguh misteri kerana 3 agama besar ada menceritakan kisah ini
|
|
|
|
|
|
|
|
Selama ni silent reader je. Tapi iols suke info mcm ni. Menambahkan ilmu yg kurang dlm diri. Keep sharing tt |
|
|
|
|
|
|
|
Selama ni silent reader je. Tapi iols suke info mcm ni. Menambahkan ilmu yg kurang dlm diri. Keep sharing tt |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tq..nanti cuba share dari YT pula
|
|
|
|
|
|
|
|
SIRI MISTERI: Di mana lokasi bahtera Nabi Nuh?
Oleh Nasron Sira Rahim
kredit : BHarianBHarian
SEBILANGAN penyelidik yakin bahtera Nabi Nuh masih wujud sehingga ke hari ini tetapi mukjizat agung berusia ribuan tahun itu tersembunyi di lokasi rahsia yang tidak diketahui ramai pihak.
Kisah pembinaan bahtera Nabi Nuh dan banjir besar melanda kaumnya bukanlah mitos atau dongeng tetapi peristiwa itu diyakini pernah berlaku dalam lipatan sejarah ribuan tahun lalu.
Hal ini disebabkan kisah benar membabitkan malapetaka hukuman Tuhan dan pembinaan kapal agam itu diceritakan dalam kitab tiga agama samawi iaitu Islam, Kristian dan Yahudi.
Mengikut Islam, kisah bahtera Nabi Nuh difirmankan Allah SWT menerusi ayat ke-64 surah al-A'raf dalam al-Quran yang bermaksud: "Maka mereka mendustakan Nuh, kemudian Kami selamatkan dia dan orang yang bersamanya di dalam bahtera dan Kami tenggelamkan orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang buta (mata hatinya)."
Rentetan kisah itu bermula apabila kaum Nabi Nuh enggan mengesakan Allah SWT walaupun Tuhan memberikan mereka pelbagai nikmat.
Nabi Nuh berdakwah siang dan malam tetapi kaumnya enggan mengikuti ajaran Baginda, malah sanggup memperlekeh dan mencabar Allah mendatangkan azab buat mereka.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|