CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 351291|Reply: 786

Pengalaman budak2 nakal (Update 25/9/24)

[Copy link]
Post time 31-5-2019 05:05 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Exoskeleton at 25-9-2024 01:38 PM

Assalamualaikum…aku sebelum ni SR je dalam bod ni dan ini first time aku post cerita dalam ni. Kisah aku ni mungkin tak adalah seseram mana...sebab aku bukannya pandai sangat dalam bercerita ni.

IPT di Utara Semenanjung Malaysia

Kisah ni terjadi sewaktu zaman aku belajar di salah satu IPT di utara semenanjung Malaysia. Tempatnya tu aku tak dapat lah nak share sebab dalam cerita ni ada part2 ragging dan jenayah juga la. Kisah ni juga takkan terjadi kalau aku dan kawan2 study betul2.

Disebabkan kami tak study dan banyak main semester tu, jadi aku dan kawan2 membuat satu keputusan yang bernas, iaitu membuat fotokopi kertas exam esoknya. Kerja2 seperti panjat bangunan, lockpick peti kayu yang berisi kertas ujian tu diserahkan pada budak dari Sabah bergelar Amat. Aku pun tak tau apa kerja dia buat sebelum ni sampai terer benda2 macam tu.

Aku dan sorang lagi kawan aku yang bergelar Ramli, berjaga di tingkat bawah kalau2 ada guard atau penjaga peperiksaan meronda di kawasan itu. Malam tu memang lain macam sejuknya dan tidak terdapat lampu di kawasan kami menunggu itu, hanya cahaya dari bulan penuh sahaja. Aku yang tengah cuak2 sebab berisiko dibuang dari IPT sekiranya kantoi itu menjadi terkejut apabila Ramli menyapa dari belakang.

Ramli: John (nama gelaran je), cuba kau tengok hostel perempuan tu, ada perempuan menari.
(Belakang bangunan pentadbiran tu ada padang besar dan di hujung padang tu terletaknya hostel perempuan)
Aku: Kau ni nak jadi pervert pun lain time la, der…kita ada misi ni (tapi kepala toleh juga tengok asrama perempuan tu)

Aku ni jenis yang tak biasa dengan penampakan ni, jadi aku toleh tengok macam tu je la. Lepas tu baru la otak aku bergerak dan berkata, budak perempuan gila mana menari atas bumbung hostel? Naik macam mana pula atas atap genting tu? Mula lah tengkuk aku ni gatal toleh lagi sekali.

Disebabkan agak jauh, aku tak nampak mukanya. Perempuan itu hanya memakai pakaian penari, ada kain jarang diikat dari pinggang ke tangan. Aku pun toleh kembali ke muka Ramli yang dah putih pucat, dah macam nak menangis pun ada. Aku pun dongak ke atas, kelihatannya Amat dah masuk ke tingkap ofis untuk fotostat kertas exam. Jadinya proses kerja tak berfaedah kami ni dah tinggal separuh lagi.

Aku pun cakap pada Ramli, “Amat dah nak siap tu. Kita tunggu sikit je lagi.”

Ramli pun dengan muka tak puas hatinya sambung menunggu di posisi asalnya tapi dia duduk menghadap ke arahku sebab tak nak tengok lagi perempuan tu. Setelah aku dan Ramli settle down, entah kenapa aku boleh tergerak untuk toleh lagi melihat perempuan yang menari tu. Tetapi kali ni dia menari di tengah2 padang pula.

Dalam hati aku berkata, “ah sudah…dia ni nak datang sini ke?”
Begelora perasaan aku, nak terkucil, rasa nak tervera pun ada. Tak cukup dengan perasaan nervous aktiviti yang kitorang buat tu, dia pula masa ni lah nak buat penampakan. Tapi aku masih buat "poker face" sebagai cover supaya si Ramli ni tak lari balik ke dorm tinggalkan aku dan Amat.

Aku tengok Amat melakukan kerja dengan pantas dan efisyen masuk semula ke bilik stor untuk meletakkan kembali kertas exam yang ori dan kunci semula peti. Kemudiannya Amat mula memasukkan semula kepingan2 cermin kaca tingkap. Sekaligus aku menarik nafas lega dan menoleh kepada Ramli untuk memberi signal "bila2 je kita dah boleh blah". Sekali apa yang aku dapat lihat perempuan yang menari tadi telah berada di belakang Ramli.

Sambil tangannya masih membuat gerak tarian, kepalanya diteleng2kan. Muka perempuan itu hitam dan seperti ditoreh2 pisau, mulutnya pula menyeringai panjang sampai ke paras telinga, gigi tajam tapi bersepah2 tak tersusun, mata dan hidungnya pula tiada. Masa ni kalau lah aku dipasang mesin ECG mau spike tinggi bacaan jantung aku. Aku tak tahu apa yang patut aku buat masa tu tapi aku cuba juga buat poker face pada Ramli sambil beristighfar di dalam hati.

Dalam suasana yang masih tak tenteram itu tiba2 saja ada bunyi "DUPPP!!" di sebelahku…membuatkan jantungku bagai nak luruh dibuatnya. Rupa2nya Amat yang terjun dan landing di sebelahku selepas selesai tugasnya. Dia kemudiannya terpandang ke arah Ramli dan terus terpacul dari mulutnya, “astaga…belakang kau tu…”
Serta merta aku pun dengan pantasnya memalingkan badanku dan berlari bagai tak cukup tanah ke dorm.


Selepas Kejadian

Akibat penampakan dari makhluk tak senonoh tu aku dan Ramli demam panas, tambahan pula malam tu kami tak tidur sebab mencari jawapan2 dari salinan kertas exam dan seterusnya menghafal jawapan. Markah cukup2 makan jugak, takdelah score pun.

Amat pula dia memang hati kering macam tak ada apa2, cara dia bercerita pasal penampakan tu sama macam cerita dia pergi Theme Park Genting. Pengalaman yang thrill pada dia.

Ramli sampai ke sekarang perli aku, “poker face kunun…muka kau masa tu aku dah boleh baca yang menatang haram tu dah kat belakang aku”.

Kami pun masing2 timbul cahaya keinsafan sedari kejadian itu, takde dah buat aktiviti2 tak bermoral seumpama itu lagi tapi aktiviti2 tak bermoral yang lain tu belum insaf lagi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2019 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Seramnya bila dia sampai belakang Ramli cerita la lg.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2019 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Teruskan bercerita....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2019 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
insyaAllah...lepas terawih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2019 11:03 PM | Show all posts
Edited by Exoskeleton at 26-5-2020 08:04 PM

Kisah ni terjadi beberapa bulan selepas aksi2 cemas kami fotokopi kertas exam. Habis saja exam, cuti semester kami pun bermula. Kebanyakan student dah balik time ni, tapi disebabkan pengaruh hasutan yang kuat dari kawan, maka bermula lah episod ini.


We Never Learn

Sebelum tu aku kena ceritakan sikit pasal kawan sekampung aku ni yang bergelar Epoi, tua sikit dari aku. Kiranya dia budak senior la dalam IPT masa tu. Dia ni…dalam perkataan sopan yang aku boleh cakap, dia ni pervert. Masa kat kampung dulu kerjanya dok cilok spenda budak2 perempuan. Tapi yang hebatnya tak pernah kantoi… Pernah dulu sambil kami jalan2 petang kat kampung, dia tiba2 je dengan selamba ambil sotong kering kat ampaian dan bagi kat aku sambil cakap, “nah spenda awek cun kat kelas kau”. Sampai ke hari ni aku tak boleh brain dengan tindakan dia masa tu. Dia nak aku buat ape dengan  spender budak ni sial? Kalau mak aku terjumpa, mati hidup balik pun tak boleh nak explain.

Jadi bila dia dapat tau yang budak Amat ni boleh pick lock, memang habis hati la dia. Dah lama dia nak laksanakan projek mega dia iaitu masuk hostel perempuan. Disebabkan dia tak ada kawan2 lain di IPT, jawapnya aku lah mangsa projek haram dia ni.

Masa tu yang turut serta di dalam aktiviti tak bermoral tersebut ialah Epoi (kepala kejahatan), aku (mangsa keadaan), Amat (Master Thief) dan Ramli (pervert kedua atau naib pervert). Kami perlahan lahan menyelinap masuk ke hostel perempuan dalam lebih kurang jam 2 pagi pada hari ketiga cuti semester. Budak2 ramai yang dah balik, cuma tinggal saki baki je. 15 minit pertama segala2nya berjalan dengan lancar, pintu dorm dan almari dibuka satu persatu, Epoi pun memulakan projek pervert dia sambil aku tolong cover line kat koridor.

Dalam aktiviti yang mencabar dan mempunyai tahap stress yang tinggi itu, aku mula rasa macam2 kat perut aku...tambahan pula di dalam suasana sunyi di koridor luar dorm itu, si Ramli boleh keluar soalan cepu emas dia, “kau rasa perempuan menari hari tu masih ada dalam hostel ni tak?”
Berderau darah aku, sekaligus aku pun membalas, “bongok! Kau…” belum sempat aku habis cakap, si Amat terkinja2 datang ke arah kami. Katanya ada awek mandi kat bilik air.

Jadinya 3 stooges tu pun mula berjalan terbongkok2 sambil perasan ninja menuju ke arah bilik air yang dikatakan Amat tadi. Aku pula dengan muka malas layannya slow2 la ikut 3 stooges tersebut dari belakang. Sesampai je kat bilik, aku tengok diorang meleleh2 air liur duk skodeng awek tu mandi. Aku tengok sekali pandang lepas tu duduk bersandar sebab penat jalan bongkok2 ni.

Sedang aku asyik bersandar, sekali lagi kepala otak aku mula bergerak dan berhujah tentang situasi tersebut.
Fakta 1: Anak dara mana mandi pukul 2 pagi ni?
Fakta 2: Budak perempuan mana berani pergi bilik air pagi2 ni takde siapa pula yang teman, ditambah pula dengan koridor yang gelap.
Fakta 3: Kejadahnya dia mandi bogel kat sinki open macam ni?

Bila sel2 otak aku yang dah berhubung tu selesai memberi hujah2nya yang agak kuat tu, aku mula lah berpeluh cuak. Aku pun try la tarik2 tangan 3 malaun tu ajak diorang blah tapi diorang tepis2 tangan aku. Awek tu pula mula la nyanyi irama dia macam riang ria tapi lirik dia, “ada orang dah tahu…ada orang dah takut…”. Lirik tu dia nyanyi berulang2 kali sampai lah dia toleh muka dia yang dah berubah jadi buruk tu kat 3 malaun tu, kini baharulah mereka sedar akan apa yang mereka skodengkan.


Bersambung…




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2019 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Haha...padan muka korang...berani betul la adik2 ni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-6-2019 12:39 AM | Show all posts
Edited by Exoskeleton at 26-5-2020 08:25 PM

Kami berempat pun mula kelam kabut berlari untuk menyelamatkan diri masing2, Ramli yang badannya agak chubby tu pula laju je naik tangga ke tingkat atas manakala yang lain2 ni ikut je dari belakang macam kereta api. Sampai je di tingkat atas sekali kami pun duduk sebentar bersandar pada dinding di koridor tersebut.

Epoi memulakan bicara, “korang nampak tak apa yang aku nampak tadi?”
Amat menjawap sambil senyum, “sia nampak juga tadi, tapi ndak clear la”. Amat ni memang excited situasi thrill macam ni.
Aku pula tanya, “Ramli, bukan ke kita patut lari ke bawah kalau nak balik dorm, kenapa kau lead kitorang ke tingkat atas?”
Epoi dan Amat pun baru mula perasan dan mereka saling pandang antara satu sama lain.
Ramli menjawap, “sori geng…aku dah kaget gila tadi. Nak turun bawah direct takut juga kalau terserempak dengan warden nanti”

Aku masa tu dah susah nak tafsir, mana lagi aku patut takut? Awek tadi atau warden hostel?
Belum lagi reda nafas kitorang berlari laju naik tangga tadi, tiba2 timbul bunyi caklempong dimainkan mengikut melodi.
Ramli sekali lagi bercakap perkara yang tak sesuai dengan situasi, “aku pernah dengar dari student perempuan, diorang cakap kat tingkat atas sekali hostel diorang ni agak2 angker”

Berderau lagi darah aku…andai kata aku kena heart attack di usia muda ni, Ramli ni lah punca utamanya. Baru je aku nak merangkak ke tangga, tiba2 aku nampak kelibat badan sedang menari mengikut irama caklempong tu. “Dia dah mai dah…”, ujarku dalam hati. Aku bagi bahasa isyarat kat kawan2 yang lain yang membawa maksud lebih kurang, “ada makhluk bongok kat sini, kita lari ke arah sana”. Ramli dengan bijaknya salah tafsir maksud bahasa isyarat aku, dia pergi tengok rupa makhluk tu dalam kami berjalan bertentangan arah dengan dia.

Kemudian kami melihat si Ramli berlari berdesup pantas memintas kami sehingga dia berada di hadapan sekali. Aku toleh ke belakang, apa yang aku nampak perempuan tu merangkak dalam keadaan badan terbalik dari hujung koridor. Rupanya sama seperti yang aku tengok hari tu cuma leher dia macam tak bertulang. Kepalanya pula berpusing2 seperti tidak bertulang leher manakala suara ketawanya masih tak dapat kami lupakan, boleh meremang kalau diingat balik.

Aku pun melompat2 melangkau dalam menuruni anak tangga hostel perempuan, sampai aku tak sedar kawan2 aku telah hilang di hadapanku. Setibanya aku di tingkat bawah, aku ternampak 3 stooges tu sedang duduk bersandar pada dinding tepi bangunan hostel perempuan. Lalu aku menghampiri mereka dan berkata, “wei…jomlah gerak terus balik dorm, lagi cepat balik lagi elok”.
Cadanganku itu bagaikan tidak diendahkan oleh mereka, lalu Epoi menjawap kembali kepadaku, “Rileks dulu la bro…aku penat main kejar2 dari tadi ni”.

Aku cuba mengambil nafasku kembali tetapi timbul dalam masa yang sama aku hairan dengan kelakuan mereka bertiga. Kemudiannya aku menoleh ke arah pagar yang menghala ke padang. Aku melihat ada 3 orang sedang melambai2 memanggil aku. Mereka ialah Epoi, Amat & Ramli.

“Siapa pula yang bersandar kat dinding ni?”, tanyaku di dalam hati. Aku tak membuat aksi klise dalam filem seram iaitu menoleh perlahan2 kepada makhluk yang merupa kawan2 aku tu.

Terus aku cuba membuka langkah menuju ke pagar…akan tetapi kaki kananku terasa berat seperti dipaut dan aku pula mengheret berat badannya. Seterusnya kendengaran suara perempuan dari arah kaki kananku yang berkata, “tak payah lah balik, bang…teman kami di sini...heeeheeeheee”. Mulutku kelu sukar mengeluarkan bacaan ayat kursi ketika itu.

Dalam waktu2 yang agak getir itu, tiba2 lengan kiriku direntap ke arah hadapan, aku melihat Amat sedang menarik tangan aku berlari menuju ke arah luar pagar hostel perempuan. Langkah aku tadi yang berat tadi mulai menjadi ringan dan lancar untuk berlari merentasi padang. Aku tidak menoleh ke belakang tapi suara mengilai makhluk tu membuat bulu romaku meremang sekali lagi.


Selepas kejadian
Kami tak tidur selepas pulang ke dorm, kami bergilir2 teman kawan ke dorm masing2 dan kemas beg untuk balik ke rumah masing2. Tak ada sebab untuk kami melepak 1 malam lagi di hostel. Kami tidur dalam kereta api menuju ke selatan, destinasi aku sama dengan Epoi. Manakala Amat ke rumah abangnya di KL dan Ramli ke Tampin.

Kami banyak termenung di dalam kereta api kecuali Amat. Dia kadang2 tersengih bila teringat pengalaman semalam. Amat…Amat…hati kau keras…

Sebermula semester baru IPT, kami dikejutkan dengan siasatan hostel perempuan pakaian dalam bersepah2 di koridor dan pagar menghala ke padang tu terbuka luas sebab kami tak sempat kuncikan balik. Tapi tiada siapa yang tahu kecuali kami, Epoi kelam kabut berlari sampai tercicir2 koleksinya.


Sekian




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2019 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Best2. Sila sambung lg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2019 10:08 AM | Show all posts
Best! sambung please. IPT mana tu?
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2019 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Merangkak terbalik, kepala pusing2. Macam hantu dalam komik jepun. Aku dah terbayang2 dah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2019 11:42 AM | Show all posts
aynadys replied at 1-6-2019 10:08 AM
Best! sambung please. IPT mana tu?

IPT mana tu aku x dpt la nk bgtau...nnt x blh la aku nk crita part2 brutal jd zaman aku kt sana
nanti aku sambung lagi...kena teman org rumah shopping raya
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2019 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila baca pasal koridor tu
Iols penah kena tp bukan pada diri iols lah

Weols baru balik latihan teater pkl 3am
Otw balik.hostel..weols 2org wanita neh jalan dolu..belakang jejaka seramai 20orang..
Pastu.weols dh masuk dorm...jejaka semua lari x cukup tanah
Rupanya diorang nampak ada pompuan jalan atas koridor tu xde pegang pape...
Pakai baju cam iols
Jilaka
Esok nya depa ckp ada benda sama.cm.iols.jalan atas koridor cam menari nari...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2019 02:13 PM | Show all posts
Edited by Exoskeleton at 26-5-2020 08:35 PM

Update kali ni ialah cerita2 di kampung aku yang aku rasa agak2 misteri la jugak. Asalnya kampung ni letaknya di pedalaman, tapi kerajaan meminta mereka berpindah berhampiran ke jalan utama  sewaktu zaman komunis dulu.

Perjalanan kami ke kampung mengambil masa lebih kurang 5 jam dengan menaiki kereta api dan menaiki bas pula dari pekan. Aku dan Epoi tidak banyak bercakap, mungkin masing2 kepenatan selepas kegiatan tak bermoral di hostel perempuan. Sesampai saja di halaman rumah, aku mula berasa lega melihat kedamaian kampung. Tidak banyak kenderaan lalu lalang, pokok2nya yang rendang, berdaun lebat dan nun kelihatan ibu sedang menyapu daun2 di laman.


Opah

Opah aku ni nak cakap special mana pun tak juga, sama seperti opah orang lain kot? Cuma pengalaman2 dia membuatkan dia berbeza. Kebiasaannya opah banyak duduk di katil, dia tak boleh banyak berjalan selepas jatuh tangga. Hari kedua aku di kampung, opah memanggil aku duduk di tepi katilnya dan kemudiannya bertanya, “kenapa kaki kau tu?”

Aku lihat betis kanan aku kelihatan lebam2, “ah…sudah...mesti kerja makhluk keparat tu la ni tahan kaki aku hari tu”, kataku di dalam hati. Tapi yang pelik ketika tu, opah matanya sudah rabun. Kebiasaannya kalau saudara mara datang bersalam, perlu kenalkan diri dulu baharulah dia tahu dengan siapa dia bersalam. Kemudiannya dia menggeleng2kan kepala selepas aku tak menjawap soalannya. Takkan lah aku nak cerita kegiatan tak bermoral kitorang kat tempat belajar?

Opah kemudiannya memanggil ibuku dan meminta untuk mengambil beberapa jenis daun (aku tak ingat nama2 daun tu) dan kemudiannya menumbuk sehingga lumat sebelum disapukan ke kesan lebam2 tu. Opah juga meminta ibu memetik 7 jenis bunga, satu lagi bahan aku tak tau nama dia. Macam akar kering tapi panjang. Bunga, limau nipis dan sintok itu dibaca2kan dahulu oleh opah aku dan kemudiannya dibancuh ke dalam tempayan yang berisi air bersama minyak attar kasturi. Limau nipis yang dihiris tu disapukan padan badan aku dulu, kemudiannya baharulah ibu menyiramkan air bunga yang dicampur minyak attar tadi.

“Mak, nanti lepas mandi bunga ni kalau orang masuk meminang macam mana?” tanyaku sambil ketawa. Kelekuk! Mak aku mengetuk kepalaku dengan gayung. “Hang tok sah nak gatai la dok pikiaq pasai kawen. Abiskan blajaq dulu, lepas tu jadi orang dulu. Ni pasai perangai tak serupa orang lah hang kena benda2 macam ni”, mak berleter sambil tarik telinga aku

Opah memang biasa mengubat dengan bahan2 alami. Contohnya ayahku ada penyakit resdung jadi opah suruh dia menghidu rumput tahi babi (bukan betul2 tahi babi ye) untuk meredakan resdungnya. Dulu aku hidung berdarah tak boleh berhenti, dia minta ibuku gulungkan daun sireh masukkan ke lubang hidung yang berdarah tu. Kalau sakit kepala sebab cuaca panas, petua opahku ambil daun bunga raya koyak2kan kemudian dibiarkan rendam semalaman sebelum diletakkan di kepala.

Opah pernah bercerita kepadaku kampung tu dahulunya hutan banat, pokok2nya sebesar 10 pemeluk. Datuk dia di antara beberapa orang kampung yang terawal yang membuka tanah di kawasan tu. Anak2 dan isteri mereka diletakkan di rumah atas pokok yang sangat2 tinggi, ini termasuklah opah aku yang masih kecil lagi waktu itu. Opah pernah bercerita yang dia beberapa kali nampak harimau lalu lalang di bawah pokok. Dia kebiasaannya mengintai melalui gap lantai papan rumah melihat kalau2 ayah dan datuknya pulang.

Pokok2 yang sangat besar dahulu dicabut sekali dengan akar2nya, bermakna mereka yang membuka tanah dahulunya adalah pemakainya masing2 dan tak mungkinlah manusia biasa boleh mencabut pokok yang sebesar itu dan memikulnya pula. Jadinya dari zaman datuk kepada opah, mereka ada membuat makan berhidang kepada “faham2 sajalah”, dengan menggunakan sejenis kuih tradisional.

Setelah opahku mulai berusia, dia tak mahu lagi meneruskan amalan orang2 lama dahulu. Disebabkan permintaannya tak dipenuhi maka opah ditolak jatuh tangga oleh makhluk tu dan hilang keupayaan untuk berjalan seperti sediakala. Tapi kejadian tu hanyalah sebagai penyebab saja, tentulah semuanya telah ditakdirkan Allah.

Adik beradik ayah pun sepakat meminta pertolongan dari ustaz untuk memutuskan hubungan dengan saka tersebut. Alhamdulillah prosesnya berjalan dengan lancar tetapi ustaz memberikan peringatan bahawa ahli keluarga kami tak boleh memakan kuih tradisional tu atau saka tersebut akan kembali.


Bersambung…

Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2019 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Akar kering tu namanya sintok.. akar sintok. Untuk digosok keseluruh badan masa mandi bunga.
Selalunya, ramuan biasa utk mandi bunga ni; 7 jenis bunga, limau 7 biji (selalunya limau purut), akar sintok(1 atau 3 ikat) dan bahan optional; air mawar.

Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2019 12:43 AM | Show all posts
notice me tt klo update nnt...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2019 01:36 AM | Show all posts
Edited by Exoskeleton at 27-5-2020 12:54 PM

Lepas je kena mandi bunga, dah wangi2 tu aku rasa macam serba salah pulak kalau nak pergi main bola. Jadi aku buat keputusan untuk lepak kat warung Pak Itam berhadapan dengan rumah aku. Sampai je di warung, aku borak2 ringkas dengan Pak Itam sambil order nasi lemak dan teh o panas. Rindu dengan rasa dan aroma nasi lemak kat kampung tu. Tak sama macam tempat lain.

Sambil tunggu makanan sampai, Leman dan Rashid menyapa aku dari belakang.
Leman: Kau cuti lama ke? Epoi cerita nama kau dah jadi John kat tempat belajar tu? Kemain glemer sekarang?
Aku: Haish…panjang ceritanya. Maleh aku nak cerita bikin sakit hati aje. Hah…ape cerita baru?


Minta nombor ekor

Rashid: 2 bulan lepas kitorang pergi jumpa sami, mintak tolong dapatkan nombor.
Aku: Astaghfirullah hal azim…apa saja lah korang ni. Ater…dapat first prize ke?
Leman: Ni lah yang kitorang nak cerita ni. Kitorang dapat info dari Mael pendekar…
Aku: Jap2…Mael tu bukan macam isim2 sikit ke? Sebab dia ada banyak ambil silat.
Leman: Haishh...kau ni dengar la aku cerita dulu. Dia bagitau, ada sami kat estate nun boleh bagi nombor baik punya. Syaratnya kena berani lah. Aku dengan Rashid pun apa lagi, petang tu juga perginya.

Dari cerita Leman dan Rashid, diorang berdua pergi jumpa sami tu dan menyampaikan hajat mereka. Sami itu menerangkan kepada mereka beberapa barang yang mereka perlu bawa (ni aku tak boleh la bagitau), kemudiannya sami tu memeriksa jadual/kalendar untuk tarikh mereka nak pergi nanti. Keputusannya 3 hari lagi adalah tarikh yang cantik untuk mereka buat kerja haram tu dan selepas membuat pengiraan waktunya pula adalah pada jam 12 tengah malam.

Setibanya di waktu dan tempat yang dijanjikan,
“Sekarang kita jalan masuk ini hutan, apa2 jadi kamu mesti jangan lari”, briefing ringkas dari sami tersebut.
Mereka berjalan dalam 15 ke 20 minit meredah semak samun di dalam hutan, sampailah mereka ke 1 kawasan lapang yang ada busut besar. Sami tu pun mula menyusun2 barang dan sekali lagi sami tu berpesan pada diorang, “apa2 yang keluar kamu jangan lari”.

Mulut sami mula berkumat kamit membaca manteranya, malam yang pada awalnya sunyi dan tenang mula bertiup angin yang sangat sejuk. Keadaan kembali tenang seketika sebelum angin yang lebih kencang melanda. Pokok2 di sekeliling mereka bergoyang2 ditiup dek angin, Leman dan Rashid mula timbul rasa seram dan menyesal...akan tetapi, dah alang2 menyeluk pekasam tu, mereka bertahan juga menunggu di situ sehingga selesai.

Kemudian muncul lah satu lembaga dari belakang busut tu, bersusuk tubuh seperti lelaki dewasa. Lembaga tu mula memanjat busut yang mereka puja tadi. Tiba2 dengan tak semena2 sami tu pun berlari meninggalkan Leman dan Rashid di situ.

*Kembali ke masa mereka bercerita,
Aku: Wop2…sekejap. Sami tu yang lari? Bukan korang ke yang lari?
Leman: Bila tengok sami tu lari, kitorang terus freeze kat situ. Dia lari sambil jerit “amma, appa…” pulak tu.
Rashid: Lembaga tu duduk je atas busut, kitorang dah tak tau nak buat apa. Dah la rupa dia hodoh ya amat. Mata dia sebelah terjojol, sebelah lopong…hidung pun lopong, kulit tak ada. Daging kat muka dia macam reput dan berulat.
Aku: Aku tengah makan lah pandai! Jangan la detail sangat. Lepas tu apa jadi?
Rashid: Si Leman cakap la kat makhluk tu nak nombor. Aku masa tu terus terang cakap dah di ambang2 nak pengsan.
Leman: Kau tau apa dia jawap?
Aku: Hah…apa nombor dia bagi?
Leman: Dia tanya kitorang balik apa itu nombor? Tak sekolah punya hantu. Kitorang pelan2 bangun lepas tu lari la dari situ.
Aku: Lah…tu je halnya? Buang karan betul korang ni

Sedang rancak kami berborak, tiba2 ada orang memberi salam kepada kami. Kelihatan seorang lelaki separuh umur datang ke meja kami. Namanya Pak Tahir,dan pekerjaannya ialah penggali kubur. Ada beberapa sebab perasaan aku agak bercampur2 sikit bila jumpa Pak Tahir ni.

Bersambung…


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-6-2019 01:39 AM From the mobile phone | Show all posts
kukukatablog replied at 2-6-2019 12:43 AM
notice me tt klo update nnt...

mcm mana ye nk bg notice tu? x berapa tau
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2019 03:36 AM From the mobile phone | Show all posts
TT bila nak sambung
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2019 03:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Exoskeleton replied at 2-6-2019 01:39 AM
mcm mana ye nk bg notice tu? x berapa tau

Reply je post mcm awak buat ni. Nnti org tu akan dpt notis.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2019 10:52 AM | Show all posts
Exoskeleton replied at 1-6-2019 11:42 AM
IPT mana tu aku x dpt la nk bgtau...nnt x blh la aku nk crita part2 brutal jd zaman aku kt sana  ...

haha ok tuan tanah sebab aku bekas student ipt utara jugak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:11 AM GMT+8 , Processed in 0.177495 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list