|
Tindakan Nonny Nadirah yang memuat naik gambar seorang lelaki telah menimbulkan pelbagai spekulasi.
Aktres ini memberi amaran agar lelaki dalam gambar yang dikaburkan itu bertanggungjawab dengan perbuatan kejinya mempermainkan perasaan wanita.
Foto: IG
Tulisnya, "Kepada lelaki yang pengecut, kami dah serik dengan lakonan dan drama. Awak memang dilahirkan unutk menjadi pelakon yang hebat tapi memalukan kerana tidak berakal dan tiada hati dan perasaan langsung.
"Awak sememangnya lelaki yang suka berfoya-foya tapi penakut untuk bertanggungjawab terhadap kesalahan sendiri."
Menurut apa yang dikatakan, lelaki itu hanya dipanggil sebagai Mr AA.
Siap kata Mr AA sering menggunakan kata-kata manis untuk mendapatkab dan memperdayakan wanita yang dah bertahun-tahun memberi kepercayaan kepadanya.
Curang dan menipu isteri berulang kali katanya.
"Awak gunakan kata-kata manis untuk dapatkan wanita, perdaya wanita yang percayakan awak serta dicurangi awak selama berkali-kali, bersabar menunggu awak yang berjanji nak kahwin dengannya tapi awak abaikan dia, tipu dan malukan dia hanya sebab nak larikan diri."
"Ni bukan pertama kali. Kesian kepada isteri dan anak ada bapa yang tak guna."
Tanda pagar #sayahanyatolongmenyampaikan dan #sudahsudahlaaniayaorang juga diletakkan sekali.
Siapa MR AA? Mohon anda tolong rungkai misteri ini!-CARI
|
|