CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10241|Reply: 90

Sedih! Lemang Periuk Kera Sebenarnya Musnahkan Tumbuhan Eksotik Kita

[Copy link]
Post time 28-5-2019 12:31 PM | Show all posts |Read mode
Kredit foto:




Raya bakal menjelang, persiapan sudah dibuat termasuklah menyediakan juadah tradisi ketika 1 Syawal nanti. Jika sebelum ini ketupat dan lemang dihidang dengan cara biasa, kini ramai yang lebih menyukai gaya tradisi dengan menggunakan periuk kera sebagai acuan. Memang nampak eksotik, apatah lagi ianya cukup popular dalam kalangan masyarakat di Sabah dan Sarawak hingga ianya tular di Semenanjung akhir-akhir ini.


Timbul persoalan, bagaimana tumbuhan periuk kera ini diperolehi dan apakah ianya tidak terancam? Profesor Emeritus Dato. Dr. Abdul Latiff Mohamad telah menyuarakan isu ini yang sebenarnya tidak ramai orang tahu pun. Kenyataannya sangat mengejutkan.




Kredit foto: Twitter



Kredit foto: Carian Internet




Menurut Fatnin, ketupat periuk kera sebenarnya makanan tradisional yang dimakan dalam ahli keluarga kecil sahaja. Namun apabila ia semakin dikenali, ramai mula mengambil kesempatan untuk mencari tumbuhan eksotik ini hingga secara tidak langsung memusnahkan tumbuhan yang semakin pupus ini.



Apabila ia diambil dengan rakus tanpa usaha penanaman semula membuatkan potensinya untuk hilang semakin tinggi. Biarpun kesedaran mengenai ancaman tumbuhan liar tidak sehebat krisis kepupusan haiwan, namun adalah menjadi tanggung jawab setiap masyarakat supaya menjaga hidupan alam ini.



Kredit foto: Twitter



Pendedahan ini mengejutkan ramai warganet yang langsung tidak tahu tentang ancaman tumbuhan periuk kera ini. Sikap haloba manusia ini akan terus berleluasa jika tidak ada kesedaran tentang betapa pentingnya menjaga tumbuhan eksotik ini. Selain itu, kurangnya penguatkuasaan badan berwajib juga menyebabkan hal ini terus berlaku sepertimana ancaman terhadap telur penyu, plastik di dalam sungai dan sebagainya.







Kredit foto: Carian Internet


Timbul persoalan mengapa tiada jabatan bertanggungjawab menyedarkan hal ini kepada masyarakat? Ini kerana ketupat atau lemang periuk kera sudah lama dijual ketika musim perayaan tetapi ia seperti dibenarkan. Pelbagai pendapat daripada netizen yang mengatakan ianya sedap dimakan, manakala yang lain pula pernah mencubanya tetapi tidak menyukai rasanya.





Lebih menyedihkan ialah periuk kera sebenarnya menjadi tempat permainan kepada haiwan seperti tupai. Jika tumbuhan ini diambil dengan rakusnya, bagaimanakah dengan nasib mereka? Flora dan fauna yang semakin pupus?

Kredit foto: Twitter




Jadi, bagaimana? Adakah setelah mengetahui tentang ancaman terhadap periuk kera ini, anda masih bersemangat untuk menyediakan hidangan ketupat dan lemang dalam flora yang makin pupus ini? Tepuk dada, tanyalah hati. - CARI

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2019 12:39 PM | Show all posts
akak pun tak tau yg periuk kera ni boleh pupus.  mulai dr tahun nih i tak nak beli dah.  harap pihak berwajib buat sesuatu supaya pokok ni tak terus hilang dari tanah msia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang memusnahkan bumi ni manusia sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 12:43 PM | Show all posts
punya lah banyak alternatif..lemang periuk juga yg kau cari. Aku dah cuba lemang ni..xde lah sesedap lemang buluh...dan aku prefer lemamg buluh dri lemang periuk kera. Kalau tanya kaki hiker..periuk kera ni dimerata-rata gunug ada.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 12:43 PM | Show all posts
Guna buluh lebih baik lagi pun ia mudah dan cepat tumbuh semula berbanding guna periuk kera ni.  
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 12:47 PM | Show all posts
hamaigadd...peliharalah tumbuhan yg nk pupus cmni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-5-2019 12:47 PM | Show all posts
Nak rare punya pasal....guna buluh jer la
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Pernah makan sekali, rasa biasa je. Takde rasa nak repeat.
Bila tau yang periuk kera ni hampir pupus, rasa bersalah pulak.
Lepas ni nak share2 lah maklumat ni kat kengkawan dan keluarga yang suka nau lemang periuk kera ni.

p/s: saya harap lemang periuk kera ni cuma trend yang tak lama la mcm trend cafe hipster dan pisang goreng cheese bagai.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2019 12:56 PM | Show all posts
i pernah merasa sekali je..i prefer lemang dlm buluh baru rasa makan lemang di hari raya
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Biasa je rasa lemang periuk kera ni. makan sekali dah taknak dah... cukup dah rasa. wangi daun pisang takda
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 01:02 PM | Show all posts
aku igt periuk kera ni waktu zaman aku kecik2 dulu je berpuluh tahun lepas.. then tiba2 in pulak lemang periuk kera. Pelik juga aku sebab tak sangka tumbuhan rare macam ni tiba2 dikomersilkan pula.

Aku dah rasa pun, bukan la sedap mana pun. Rasa takde beza pun dengan biasa cuma nampak unik la..

Biasala skrg orang kan suka nak snap pic masuk ig makanya benda rare camni nampak cantik dalam gambar.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 01:04 PM | Show all posts
mungkin periuk kera perlu di komersialkan untuk elak daripada pupus
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 01:09 PM | Show all posts
apa susah dah pupus kat Malaysia kita import je, orang Malaysia kan lebih banyak duit daripada sense.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 01:10 PM | Show all posts
sedap sangat ke? manusia yg membinasakan alam sekitar ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 01:12 PM | Show all posts
Last raya adik ipar order, to me biasa aja.

Paz suka lemang biasa aja.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 01:13 PM | Show all posts
ntah la, nape dorang tak tanam je pokok kera ni.. gigih cari dlm hutan.. karang sesat ke hilang di sorok antu tetek..
kan dah tak dapat beraya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2019 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak geli ke? Periuk kera ni kan makan lalat, serangga. Pastu kita isi nasi plak dlm tu. Eeeyak
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
aku penah makan yg dekat sarawak area nk ke sarikin.sedap sbb dia ada letak kacang.klu takat lemang biasa baik makan lemang buluh je la
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Aiolzs geli nak rasa..hehe..penah di offer and aiolzs tak sanggup..mungkin dgn bentuk periuk kera y cenggitu dgn warnanya gitu..{:smile

Baidewei,mana jabatan pemuliharaan?cpt2 ambik tindakan..tu dah ada sorg pencari periuk kera dlm keratan akhbar tu..bleh stat warning dia dlu{:smile
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 01:28 PM | Show all posts
pernah makan (sebab dapat free & tak pernah beli sebab tak akan support),  suddenly ada pewarna purple (sort of getah periuk kera) yang ada & melekat dengan isi lemang.  

yuckkkkkk..

biar la tumbuhan tu hidup bebas kat hutan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 09:11 PM GMT+8 , Processed in 0.069914 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list