View: 11747|Reply: 84
|
Jual Sate Di Denmark, Sate Wanita Ini Laku Hampir 600 Cucuk Dalam Sehari!
[Copy link]
|
|
Jika anda pernah melancong ke luar negara, pasti susah nak bertemu dengan makanan Malaysia seperti nasi lemak, roti canai dan pelbagai lagi. Kalau ada pun, pasti rasanya tidak sama jika tidak dihasilkan oleh warga Malaysia itu sendiri.
Lain pula untuk wanita yang berasal daripada Sarawak ini, Maslina Mahi yang kini giat membuka gerai sate di luar negara, iaitu Denmark.
Beliau yang telah berhijrah dari Malaysia berasa sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk membuka perniagaan makanan tempatan Malaysia secara kecil-kecilan di negara tersebut.
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Siapa sangka, perniagaannya membuka gerai sate tersebut mendapat sambutan hangat di kalangan penduduk tempatan dan juga pelancong. Diberikan kontrak selama setahun untuk berniaga di Raffen, ternyata membuahkan hasil kerana faktor kawasan tersebut yang menjadi tarikan pelancong dan warga tempatan.
Pusat perniagaan yang berkonsepkan 'food truck' itu dibuka setiap hari dari pukul 11 pagi hingga 10 malam dan menempatkan hampir 40 trak dan Maslina merupakan satu-satunya peniaga yang berasal dari Malaysia.
Ketika ditanya mengapakah memilih sate sebagai menu pilihan, Maslina menjelaskan bahawa sate merupakan menu yang memuaskan dan mempunyai rasa antrabangsa. Rasanya boleh diterima oleh pelbagai individu tidak kira bangsa di seluruh dunia kerana bahan utamanya diperbuat daripada daging.
Selain tarikan utama kerana rasanya yang enak, beliau juga telah memberikan sate percuma kepada pengunjung yang ingin mencubanya untuk pertama kali memandangkan sate bukanlah makanan yang biasa dijumpai di sana. Gerai Maslina yang dikenali sebagai 'Satay Copenhagen' menghidangkan sate bersama kuah kacang 'homemade', timun serta ketupat. Harga yang ditawarkan untuk 4, 6 dan 10 batang sate berharga di antara RM37 hingga RM 62.
Selain sate, Maslina juga menjual makanan tempatan Malaysia seperti laksa kari dan nasi ayam pada masa-masa tertentu. Menurutnya lagi, beliau berupaya menjual hampir 300 cucuk sate dan meningkat hingga 600 cucuk apabila tiba musim panas dan musim bunga kerana kedatangan pelancong yang lebih banyak pada waktu itu.
Jika anda melancong atau anak perantauan yang tinggal di Denmark, boleh cuba gerai Satay Copenhagen ini yang terletak di A, Refshalevej 167,Kobehvn, Denmark. -CARI |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah.. pandai cari rezeki di tempat orang..
semoga bisnesnya terus maju..
|
|
|
|
|
|
|
|
RM9 satu cucuk? Kalau convert Euro (tak tau Danish conversion), ada lah Euro2 lebih secucuk. Boleh lah tu. |
|
|
|
|
|
|
|
oklah tu...jgn lak indonesia nak claim lak.. |
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 27-5-2019 10:23 AM
RM9 satu cucuk? Kalau convert Euro (tak tau Danish conversion), ada lah Euro2 lebih secucuk. Boleh l ...
Danish crowns dlm 15 kroner secucuk kira ok la tu. Masa duduk sana, kadang2 makan nasi goreng indon pun 150 kroner sepinggan iaitu dekat 100 ringgit. |
|
|
|
|
|
|
|
Nak gi luar negara jual sate gak r |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau rajin berusaha walau dimana berada pasti akan berjaya. |
|
|
|
|
|
|
|
sate ni bila dibakar bau sedap kot..mmg la org tertarik nak beli |
|
|
|
|
|
|
|
pandai dia cari platform meniaga...,moga terus maju jaya hendaknya |
|
|
|
|
|
|
|
mulayu ni tempat sendiri je manja pemalas
tgk kalo campak dok pulau lain
reti struggle & survive
|
|
|
|
|
|
|
|
kat perth pun byk cafe2 org melayu mesia |
|
|
|
|
|
|
|
semoga sukses, rajin & creative mencari rezeki |
|
|
|
|
|
|
|
yupp ai pun penah order nasi berperisa + ayam kebab kat switzerland, kalau convert dekat RM100.. per person punya portion .. tapi sebab lapar nasi n lauk panas2 yg halal.. pejam mata je bayar pastu cekik
kalau kat mesia nasi goreng 15 hengget pun mesti dah viral sebab mahal kan sister
|
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah pandai cari peluang |
|
|
|
|
|
|
|
harganya......... yelah kt negeri omputih kan... |
|
|
|
|
|
|
|
dari dlu lagi impian nk duk oversea n jual mknn mcm sate ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|