Macam-macam kisah berlaku apabila semua urusan dilakukan menerusi talian (online). Bukan sahaja urusan jual beli malahan urusan seperti menyewa penginapan juga turut terkena tempiasnya kerana didakwa tidak sama dengan apa yang ditawarkan.
Tular di group Facebook Homestay Malaysia dakwaan seorang penyewa bahawa 'homestay' yang mereka dapat tidak mempunyai pintu. Bukan sahaja bahagian depan rumah yang tidak berdinding, malahan di dapur juga tiada dinding. Ia cuma ditutup dengan jaring hitam sahaja.
Lalu timbullah perbalahan antara penyewa dan tuan rumah atas kekeliruan tersebut hingga 'posting' asal telah dipadam.
Kredit foto: twitter
Menurut penyewa tersebut, gambar yang diberi oleh tuan rumah sangat berbeza dengan apa yang mereka dapat. Mereka telah menempahnya sejak Februari lagi dan tidak diberitahu mengenai ketiadaan dinding tersebut. Mereka hanya diberitahu ketika hendak sampai di 'homestay' dan disebabkan tiada pilihan, akhirnya mereka memutuskan untuk tinggal di situ juga.
Kredit foto: Twitter
Menurut Amy, postnya hanyalah untuk berkongsi pengalaman namun tidak disangka pula ia boleh menjadi 'viral'. Jadi, dia memadamkan post tersebut kerana tidak mahu memanjangkan isu. Namun dia tetap marah dan terkejut mendapat penginapan tidak seperti yang diharapkan.
Bagaimanapun, dipercayai tuan rumah telah menulis komen dan memberikan nombor telefon untuk dihubungi. Malahan dakwanya dia telah menjelaskan bahawa 'homestay' tersebut tidak siap tetapi bilik lain semuanya lengkap dengan kemudahan. Jadi, kenapa perlu menularkan gambar tersebut hingga menjejaskannya?
Kredit foto: Twitter
Ramai netizen juga berbeza pendapat. Bagi yang menyokong penyewa berpendapat bahawa tidak patut tuan rumah memberi sewa sedangkan situasi rumah tidak siap.
Kredit foto: Twitter
Sementara yang menyokong tuan rumah pula berkata ada salah faham antara kedua-duanya. Jika betul penyewa tidak puas hati, kenapa perlu tularkan gambar sebegini, alangkah baiknya jika nyatakan terus pada tuan rumah?
Lebih melucukan apabila netizen di media sosial memberi komen yang pelbagai. Ada yang menyatakan tiada dinding kerana mengadap Laut Cina Selatan dan juga kerana membuat 'London Bridge'.
"Dah macam set Sepahtu. Malam ni ada lah cameo masuk."
"Ni rumah konsep Ikea nih."
"Ni mesti buat rumah dengan Boy Iman."
"Ni mesti dinding pegi buat 'London Bridge'"
"Kuat main Sims owner homestay ni."
Kredit foto: Twitter
Begitulah, tidak semua yang berurusan dalam talian menepati kehendak kita. Jadi, apabila berlaku situasi sebegini, apa tindakan anda? - CARI
|