Gambar hiasan. Kredit foto: The Star
Pengumuman Bloomberg bahawa Bursa Malaysia merupakan bursa paling teruk di dunia pada 2019 membuktikan dakwaan kerajaan Pakatan Harapan (PH) kononnya ekonomi negara semakin baik selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) adalah tidak benar.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Bursa Malaysia merupakan satu-satunya pasaran saham di dunia yang jatuh sedangkan bursa-bursa lain sedang menunjukkan aliran positif.
Memetik status dalam laman Facebook beliau pada 16 April, bekas Menteri Kewangan itu menyatakan, sebelum PRU-14, Bursa Malaysia merupakan pasaran saham dengan tempoh lonjakan saham paling lama di dunia.
Kredit foto: Facebook
Para netizen turut berkongsi pandangan serupa dengan Najib serta menyuarakan kebimbangan mereka terhadap prestasi ekonomi negara yang semakin jatuh sejak PH berkuasa.
Malah, ada di antara mereka yang menganggap kerajaan PH tidak mampu mentadbir negara dengan berkesan serta mahu Parlimen dibubarkan untuk memberi laluan kepada PRU-15 diadakan.
Kredit foto: Facebook
Kredit foto: Bloomberg
Sementara itu, memetik laporan Bloomberg pada 16 April, prestasi teruk Bursa Malaysia itu semakin menjejaskan usaha kerajaan PH untuk menarik pelabur-pelabur asing.
Antara punca yang menyumbang kepada masalah itu adalah dasar ekonomi kerajaan yang tidak berkesan serta tindakan pemimpin-pemimpin PH mengambil jalan mudah dengan menyalahkan pentadbiran terdahulu di bawah Barisan Nasional (BN) untuk menutup kelemahan mereka.
Malah, peningkatan harga minyak di pasaran dunia juga tidak memberi kesan positif terhadap Bursa Malaysia walaupun Malaysia merupakan salah sebuah negara pengeksport minyak.
Bursa Malaysia menunjukkan reaksi negatif terhadap kenaikan harga minyak mentah dunia. Kredit foto: Bloomberg
Setelah hampir setahun berkuasa, kerajaan PH sepatutnya berusaha lebih gigih untuk memulihkan ekonomi negara dan bukannya menjerumuskan rakyat dalam kemelut politik berpanjangan. -CARI
|