Berakhir sudah debaran Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau apabila Pegawai Pengurus PRK DUN Rantau, Mohd Nizam Tajul Arus mengumumkan Datuk Seri Mohamad Hasan menang dengan majoriti 4,510 undi pada jam 8:45 malam tadi.
Foto: IG Tok Mat
Kejayaan calon Barisan Nasional (BN) itu meraih 10,397 undian, sekali gus mengenepikan lawannya dari Pakatan Harapan (PH) Dr S Streram yang hanya memperoleh 5,887 undian.
Manakala, calon BEBAS, R Malarvizhi dan Mohd Nor Yassin masing-masing sekadar meraih 83 dan 79 undi.
Seperti dijangkakan, Mohamad Hasan atau Tok Mat berjaya mengekalkan kerusi DUN Rantau.
Sementara itu, Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kekalahan PH pada PRK Rantau sebagai satu peringatan kepada pimpinan itu.
Kredit foto: IG Anwar Ibrahim
"akatan Harapan (PH) dan KEADILAN menghormati keputusan tersebut dan mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Mohamad Hasan.
"Kekalahan ini merupakan peringatan kepada pimpinan PH untuk terus memberi perhatian yang sewajarnya terhadap kebimbangan rakyat berhubung isu ekonomi dan kos sara hidup," katanya seperti dipetik daripada Astro AWANI. - CARI |