Kemelut rumah tangga penyanyi dan pelakon Aliff Aziz masih lagi belum menemui jalan penyelesaian sehingga ramai yang membuat spekulasi yang pasangan ini sudah pun bercerai.
Kredit foto : Carian Google
Bagaimanapun, menerusi laporan Media Hiburan, isteri kepada Aliff iaitu Bella menafikan yang mereka telah bercerai sebaliknya mereka hanya berpisah sementara untuk memberi ruang kepada mereka menenangkan fikiran.
"Kita berdua ambil masa untuk berjauhan," ujar Bella seperti yang dipetik dari Media Hiburan.
Menurut Bella mereka berdua telah pun duduk berjauhan selama lebih kurang sebulan maka tidak hairanlah sekiranya ada yang salah faham tentang status hubungan mereka.
"Bukan hari ini gaduh, esok mahu bercerai, bukan mudah," tambah Bella mengakui keputusan untuk berjauhan seketika diambil agar mereka berdua dapat berfikir dengan tenang dari segala aspek.
Mengakui ada yang mengatakan yang dia tidak matang kerana gemar berkongsi kisah rumah tangga kepada umum, Bella mengakui ianya merupakan salah satu cara untuk dia meluahkan rasa disambil mewakili wanita lain yang turut mengalami nasib yang sama dengannya.
"Lain orang lain cara," ujar Bella tidak menafikan ada yang tidak selesa dengan caranya.
Semoga Bella dan Aliff menemui jalan penyelesaian yang terbaik untuk rumah tangga mereka. -CARI
|