CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
123Next
Return to list New
View: 6698|Reply: 41

Memalukan! Bertudung Tapi Berlakon Watak LGBT - Apa Nak Jadi Remaja Sekarang?

[Copy link]
Post time 2-4-2019 12:58 PM | Show all posts |Read mode
Isu LGBT memang panas. Ia biasanya diperjuangkan oleh puak yang merasakan setiap individu berhak mendapatkan hak mereka. Namun, apabila orang Islam menyampaikan isu tersebut dalam bentuk video pengajaran tetapi isinya lebih berunsur ghairah, ia membuatkan ramai netizen mengecam karya tersebut.



Lebih memalukan, pelakon-pelakonnya adalah dalam kalangan yang bertudung, tetapi beraksi separa lucah mengundang persepsi negatif terhadap kelakuan umat Islam hari ini. Adakah ini anak muda yang diharapkan oleh bangsa kita?






Ramai netizen mengecam video tersebut kerana memaparkan unsur-unsur yang tidak sesuai dengan batas agama. Babak menari lelaki dan perempuan, babak LGBT sesama perempuan termasuk wanita bertudung siap dengan aksi dan mimik muka yang keterlaluan menyebabkan ramai terasa mual melihat adengan tersebut.








Foto : FB



Pelbagai pendapat dilontarkan terhadap video yang dihasilkan oleh sekumpulan anak muda yang diterbitkan menerusi aplikasi Tik Tok. Mungkin tujuan video pendek ini ke arah kebaikan namun cara ia dibuat lebih kepada perlakuan tidak senonoh. Seolah-olah mencari publisiti dan kontroversi demi meraih populariti. Hal ini lah yang membuatkan umat Islam terus-terusan dipandang hina. Hanya kerana mahukan popular, sanggup mengaibkan umat sendiri.







"Oh! Kira bertudung ni belum tentu suci lah ya."



Itu antara yang diperkatakan oleh netizen. Malahan tiada pengajaran yang nampak pada video tersebut melainkan ayat terakhir yang mengambil Sabda Nabi bahawa


"Tidaklah seorang wanita itu bersedap-sedapan dengan seorang wanita melainkan mereka adalah berzina dan tidaklah seorang lelaki bersedap-sedapan dengan seorang lelaki melainkan mereka juga sedang berzina."



Oleh itu, ramai yang meminta pihak bertanggung jawab memadam video tersebut kerana ia lebih membawa keburukan berbanding pengajaran yang sedikit diperoleh.












Memang mengaibkan bangsa sendiri apabila menonton video tersebut. Semoga ada garis panduan tertentu yang boleh ditetapkan supaya tiada lagi pembikinan video yang memalukan ini. - CARI


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2019 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Maner videonya?
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2019 01:12 PM | Show all posts
ok dah fixed..baru letak link video yg baru
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2019 01:12 PM | Show all posts
lesbian bertudung memang wujud dan berlambak, so?
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2019 01:15 PM | Show all posts
Berlakon jer kot, lagipun dalam realiti memang golongan tu ada semua jenis pun
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2019 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Dunia Akhir zaman. Mcm2 hal.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-4-2019 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Lohh ape pelik, dlu ema kembong mase bertudung pon duk gesel aiman hakim..
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2019 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Sundelnya korg dekk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2019 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Kahkahkah lawaknya lakonan deme
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2019 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Skrg ni berebut2 masing nk buat short drama kat youtube.. mengarut2 je pon iols tgok.. tp view sampai juta2..
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2019 01:58 PM | Show all posts
Adakah ini realiti zaman sekarang yg kita tak tahu..?..

Kita org perempuan kena jaga diri..ada rahim...bakal ibu generasi akan datang....huhu
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2019 02:03 PM | Show all posts
wth!
bangang betul sape yg berlakon dan produce video ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2019 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Xda beza dgn bertudong..tapi cukur kening...bertudong..tapi curi tulang time kerja cari mee celup...bertudong..tapi dengan menyekutukan elohim dengan adat...so korang semua memang masuk neraka.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2019 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Realiti zaman sekarang.
Sedih
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2019 03:22 PM | Show all posts
aku cuma rengsa dengan lakonan yg tak memberangsankan je!

nak buat video ke short film ke buat helok2 boleh tak???
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2019 03:27 PM | Show all posts
Bukan sekadar lakunan realitynya pun makin ramai sebegitu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2019 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila buat x realistik korg komplen kata fake mengarut.. Bila buat realistik kutuk jugak.

Elok gi mampos je kutuk2 layan jugak series omputih yg banyak adegan seks tu sume. Puiiik
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2019 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Editing teruk nk mampos
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2019 03:40 PM | Show all posts
euwwww tergamak diorang berlakon camtu
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2019 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
di dunia realiti
yang bertudung pun ada yg lgbt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Ahli politik Singapura  memuji muji PMX,RM3.00 dalam tempoh 18 bulan akan datang.Anda teruja?
YgBenarAhli politik Singapura memuji muji PMX,
Views : 943 Replies : 4
Wanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI Cha’ah buat netizen terkesima
YgBenarWanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI
Views : 63511 Replies : 73
Menangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Penjara & Sebat Da’i Syed Kekal
GigihadidntMenangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Pe
Views : 28350 Replies : 248
Akak Roslan Shah pun nk menyelpie pic half naked..konon seksi la nampak nenen!!!
qqOfficialAkak Roslan Shah pun nk menyelpie pic ha
Views : 41965 Replies : 224
Gambar Ery Putra pula tayang "TUT" tersebar!
piaoGambar Ery Putra pula tayang "TUT" terse
Views : 47462 Replies : 131
all the best travel
kukukud4dall the best travel
Views : 1212 Replies : 0
Mengumumkan..  Berakhirnya Hikayat Seekor Primadonna Wannabe
tumpanglalu74Mengumumkan.. Berakhirnya Hikayat Seeko
Views : 31517 Replies : 598
travel chicago
kukukud4dtravel chicago
Views : 2413 Replies : 1
Perang nuclear? Wat to do? lindungi diri, kurangkan radiasi, stay alive.
TTun_TejaPerang nuclear? Wat to do? lindungi diri
Views : 2424 Replies : 0
kukku
kukukud4dkukku
Views : 2727 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 02:47 AM GMT+8 , Processed in 0.075607 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list