Sekiranya anda suka menghabiskan masa di Youtube, pasti anda pernah menonton video seorang doktor wanita yang merakam proses merawat pesakitnya yang menghidap pelbagai jenis penyakit kulit yang menjijikkan.
Itulah Dr. Sandra Lee atau lebih dikenali dengan nama gelaran Dr.Pimple Popper.
Kredit foto: Carian Google
Dr. Pimple Popper ialah seorang ahli dermatologi Amerika yang beroperasi di California. Pada tahun 2010, dia mula memuat naik video ke YouTube tetapi tidak mendapat sambutan sehinggalah tahun 2015, selepas video Instagramnya mengenai proses memicit jerawat bernanah mendapat sambutan menggalakkan.
Kredit foto: Carian Google
Sejak itu Dr. Pimple Pooper telah memuat naik ratusan video yang mendapat tontonan ramai. Antara yang menjadi pilihan termasuklah prosedur membuang bintik hitam,jerawat, kista, memicit nanah dan banyak lagi. Menurutnya, semua pelanggan yang bersetuju untuk dirakam akan mendapat diskaun atau rawatan percuma.
Sehingga kini, populariti akaun Youtube Dr. Pomple Popper semakin memuncak dengan lebih 4.5 juta pengikut. Beberapa videonya juga mendapat lebih 10 juta tontonan. Kerana kejayaannya, kini ramai doktor mengikuti langkahnya memuat naik video yang sama.
Kerana popularitinya, Dr.Pimple Popper kemudiannya mendapat tawaran untuk satu siri realiti televisyen di Stesen TV TLC yang menunjukkan kegiatan hariannya membedah dan merawat pelbagai jenis penyakit kulit. Siri itu yang mula ditayangkan pada Julai 2018 di Amerika Syarikat mendapat sambutan hangat sehingga disambung ke tahun 2019.
Kredit foto: Carian Google
Tak sangka tayangan video yang dianggap ramai sebagai menjijikkan sebenarnya diminati oleh ramai golongan 'poppaholics' atau penagih video jerawat bernanah.
Kredit foto: Carian Google
Jika anda ingin tahu apakah jenis video yang dimaksudkan, berkunjunglah ke akaun Youtube milik Dr.Pimple Popper hari ini!-CARI |