CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6041|Reply: 29

Apa keputusan boleh di buat ?

[Copy link]
Post time 13-3-2019 10:58 PM | Show all posts |Read mode
Edited by gigahertz at 13-3-2019 03:02 PM

Ok macam ni I ada 7 adik beradik. 5 perempuan balance tu laki la. 3 dah kahwin but i dengan the balance belum.So far mmg i duduk dengan mak i. Alhamdulillah mak i masih sihat boleh bergerak sendiri. cuma masalah sekarang ni

i) i ni makin hari makin naik umur. satu hari nanti mungkin married.

ii) mak i pulak jenis tak nak duduk condo tak nak duduk high rise pastu tak nak keluar dari kawasan batu caves .

iii) Kalau betul i kahwin i tak pasti bini dengann mak i ngam atau tak. pasal adik beradik yang dah kahwin semua duduk sendiri.

iv) mak i ada plan nak balik ke rumah pusaka. tanah sendiri. tapi i ada buat calculation rumah pusaka tu nak beli sebijik telur nun kena pakai kenderaan jalan sampai ke pekan.jarak 9km. which mean its not conveniet utk seorang makcik / pakcik .

umur mak i sekarang 62 mak i ada darah tinggi

kalau korang semua buat apa ? dalam reramai adik beradik aku tu aku sorang je yang macam keje sendiri. lain semua keje makan gaji.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2019 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Pasal bini ngam atau x, yg tu kena tgk perangai dua2 pihak.. jgn dua2 api dah la..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2019 11:58 PM | Show all posts
cikkilata replied at 13-3-2019 03:36 PM
Pasal bini ngam atau x, yg tu kena tgk perangai dua2 pihak.. jgn dua2 api dah la..

mak i jenis old skool sikit. kalau reramai keluar memalam (berembun) dia tak berapa suka.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2019 11:14 AM | Show all posts
aku suka je org tua2 ni..rajin pegi umah ontua2 semata nk sembang ngan depa. utk cari isteri pastikan niat itu betul..secara tak langsung tuntutan perkahwinan yg bakal ditempuhi berlandaskan keperluan niat utama.
kemudian didikan suami sbngi ketua keluarga serta komitmen yg tinggi.

hubungan mertua dan menantu perlukan masa, asal rajin mendengar keluhan dan cerita mereka, kalau tak suka diam..pergi jauh lama2 nti mereka akan faham.


Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2019 02:19 PM | Show all posts
Edited by tiramisuu at 14-3-2019 02:23 PM

Belum jumpa pasangan lagi kan? Bagi aku tak salah doakan supaya pasangan ko serasi dgn mak ko. Mungkin ko di jodohkan dgn pasangan yg buat freelance/tak kerja dan boleh duduk rumah mak ko ataupun duduk area sekg yang sama.

Yang penting kalau duduk rumah mak is your main priority, jadikan tu isu utama kalau jumpa perempuan yang berkenan. Sapa yg tak setuju, terus skip.

Pasal groceries tu kena buat weekly stok sesiap la. Bagi aku, yang penting hospital tu kalau jauh sgt, aku kurang bersetuju.

Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2019 05:24 PM | Show all posts
cari la bakal bini orang batu cave jugak.. hehehe..
rumah pusaka kat mana?
kalau masih area kl selangor, ok kot..
lagipun mana ada orang beli stok makan hari melainkan rumah takde peti sejuk or kedai sebelah rumah..
and selalunya area kampung ni akan ada pasar bergerak yang datang hari-hari..
so tak yah risau pasal stok makan..
cuma kena risau kalau tinggal sorang sapa yang nak tolong tengok or teman..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-3-2019 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Alang2 duduk dgn mak, suruh mak je yg cari calon isteri yg ngam dgn dia...
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2019 08:36 PM | Show all posts
org tua2 ni kebanyakkan suka ddk rumah sendiri. dekat demgan surau dekat dgn kawan2 membawang petang2 siram pokok depan rumah. as a start, cuba2 la riki area rumah ada tak madrasah pondok2 ngaji. sekarang ni ramai suka ddk pondok2 ngaji. few months. pastu blk rmh relaks. pastu pg umrah.  then blk pondok ngaji   macam tu la rutin.

setakat barang basah kering tu seminggu korang adik beradik bergilir2 la belikan, letak elok2 dlm peti icebox. tiap2 minggu pun bergilir2 la blik kg

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-3-2019 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
nuryakmal replied at 14-3-2019 12:36 PM
org tua2 ni kebanyakkan suka ddk rumah sendiri. dekat demgan surau dekat dgn kawan2 membawang petang ...

adik beradik sebelah mak i 8 org tinggal 4 je.semua kat lembah klang. adik beradik i semua duduk lembah klang. kalau situasi sekarang mak i gi mydin sorang2 i tak bimbang pasal dia dah buat selama 20tahun. tak jauh pun rumah dengan mydin pakai kereta 3 minit settle. kawasan kg i tu 100% melayu. kiri kanan pun jiran dah bnyak meninggal.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2019 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
aechae replied at 14-3-2019 12:15 PM
Alang2 duduk dgn mak, suruh mak je yg cari calon isteri yg ngam dgn dia...

nightmare sis .mak i banyak tgk dramatv3-rtm. drama air mata semua.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2019 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 16-3-2019 04:17 PM

Dah tua2 mak bapak x boleh degil, kena duduk dikawasan ada kemudahan. Anak2 pun bizi semua perkara nak senang Dan cepat. Stok mknn seminggu sebulan. X payah la duk Rumah pusaka xde fasiliti penyamun banyak. Diorg bukan faham org bekerja org yg kena cari Wang kena byr Rumah byr keta. Umur 25-50 kan waktu efesen utk bekerja cari Wang. Selagi diorg boleh mengurus diri kira okey la. Kalau sampai disuruh berhenti kerja lepaskan jawatan penting menjadi tukang2 mak bapak sampai Surat lelong Rumah tarik keta sampai. kerjaya ke mana Rumah ke mana Wang simpanan tiada EPF spjg berenti kerja rugi income bertahun2. Asik sibuk kan mak pak mempergunakan anak gebang anak derhaka ke Hulu hilir. Sbb mereka beranak utk suruh anak jaga mereka tua dan utk bagi wang masa tua sbb mereka x kerja masa muda
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2019 10:17 PM | Show all posts
Edited by Genkidesuka at 16-3-2019 10:19 PM

Assalammu'alaikum n selamat sejahtera.

Muda lagi la ur mum umur 62 tu.  Tp tu la kan, umur kita semua bukan makin muda.

Utk perkara nombor 1 dan 3, serahkanlah segalanya pd Allah.  Kau usahalah cari bakal isteri yg solehah, sambil tu kau canntikkan la iman, akhlak dan ibadat kau.

Utk perkara nombor 2 dan 4, kena hati2 la.  Mmg kena hati2 bila deal dgn org tua ni.  Bagai menarik rambut dlm tepung - takmo rambut putus, takmo tepung berselerak.  Doa je la moga2 ur mum jd lebih rasional when it comes to perkara yg melibatkan penjagaannya.  Kita kena terima hakikat la kan... ada setengah org tua2 ni degil dan sensitip.  Nak minta dia jaga mkn pun susah, apatah lagi nak tentukan tmpt duduk dia.  So ikutkan je la apa yg dia nak.  Just go with the flow.  Esok2 dia rasa susah, baru kita boleh pujuk minta dia terima alternatif yg lebih baik, win-win situation for both parties mak dan anak2.

Semoga TT menjadi anak yg soleh, yg sentiasa berbuat amal kebaikan terhadap ibu tercinta.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2019 11:02 PM | Show all posts
ninja boy replied at 16-3-2019 08:08 AM
Dah tua2 mak bapak x boleh degil, kena duduk dikawasan ada kemudahan. Anak2 pun bizi semua perkara n ...

dulu masa mak aku susah . dia ada seorang kawan prempuan. kawan perempuan dia ni bagi muka aku dengan mak aku gi sekolah sama2
( aku sekolah sama dengan mak aku mengajar ) masa tu kawan mak aku tu umur dah 40 something la. pastu bila dah pindah ke batu caves
putus connection dah. last tahun bila ntah kawan dia tu meninggal.

saddest part is masa meninggal dia meninggal sorang sorang kat rumah. khabarnya masa di temui meninggal
kelihatan sudah lebih 24 jam. pasal arwah mmg duduk sorang sorang.  tu yang aku a bit risau.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2019 12:07 AM From the mobile phone | Show all posts
before kahwin, tt kena deal dulu dgn future wife tu lepas kahwin kena duduk area kg tinggal dgn mak tt.. and paling best kalau future tt nk jd housewife memandangkan tt kerja sendiri kn.. so future tu boleh la jaga mak tt meanwhile tt pergi bekerja.. paling penting future tu kena pandai drive la incase anything happen dia boleh bawa mak tt pergi hospital ke, pasar ke, jln-jln ke.. kn itu mngeratkan hbungan mereka.. hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2019 08:10 AM From the mobile phone | Show all posts
soalannya.. tt bersediakah nak dok kampung sama mak? kalau bersedia nak temankan mak kat kampung barulah fikir future wife pula. kena bgtau dia siap2 bila dah kawen kena dok kampung jaga mak. penting tu bgtau awal2. sapa yg tak ready atau tak setuju utk tinggal dgn mentua bye2kan je la jawabnya.

barang2 dapo tu bole beli seminggu skali.. time anak2 balik tu belikanla apa2 yg patut. kalau dulu dh biasa g mydin 3 minit otomatik rutin tu akan berubah bila dah dok jauh dr pekan. pandaila mak bajet sume tu.

tp aku tak suggest utk mak tinggal sorang la kat kampung tu. kesian.. mak2 ni suka becerita. nnt sunyi pulak dia. lagi pulak apa2 jadi sakit pening sapa nak bawakkan g klinik
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2019 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
iii) Kalau betul i kahwin i tak pasti bini dengann mak i ngam atau tak. pasal adik beradik yang dah kahwin semua duduk sendiri.


Akak lebih tertarik yg ni dari isu lain2. Apa TT akan buat jika terjadi?

Moga TT jadi anak yg soleh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2019 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Giga, mcm merisaukan je bagi Mak dok sorang2 kat kampung yg jauh dari kemudahan. Bkn kemudahan beli brg runcit tp jauh dari hospital@klinik. Akak assume hospital@klinik jauh sbb kedai runcit pun dah 9km dari rumah. Pujuk elok2 dan rasanya Mak Giga ni masih muda dan mesti dia boleh rationalise kenapa x sesuai duduk kampung.
Kalau Giga dah kahwin & isteri x ngam dgn mak, beli rumah dekat2 dgn Mak so that hari2 blh jenguk Mak dan teman Mak berbual sekurang2nya sejam dua. Jenguk pagi sblm kerja & petang selepas balik kerja.
Mak Giga pun muda lagi tu.. Boleh minta dia join persatuan2 @ kelab2 yg bersesuaian dgn jiwa dia utk isi masa lapang. Bila x sibuk dan boleh spend masa lebih, blh la bawa Mak balik kpg beberapa hari atau seminggu dua.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2019 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 13-3-2019 11:58 PM
mak i jenis old skool sikit. kalau reramai keluar memalam (berembun) dia tak berapa suka.

Sama mcm MIL akak. Bila balik cuti ke rumah dia tiga empat hari, mmg jarang keluar malam. Tp bila balik rumah Mak akak, balik 3 pagi pun pernah.. Tp dgn suami akak la. Mak akak pun x risau.  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2019 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Kak-Leen replied at 17-3-2019 04:18 AM
Giga, mcm merisaukan je bagi Mak dok sorang2 kat kampung yg jauh dari kemudahan. Bkn kemudahan beli  ...

Hospital terdekat hospital pantai batu pahat. ssbelum.sampai ke kedai runcit mmmg lalu pantai hospital dulu. kalau kat kv. rumah belakang hospital 2-3 pagi pun xde hal.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2019 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 17-3-2019 10:58 PM
Hospital terdekat hospital pantai batu pahat. ssbelum.sampai ke kedai runcit mmmg lalu pantai hosp ...

Org BP rupanya.. Sblm lepas shopping, blh gi makan nasi briyani Shah.
Frankly, pujuk Mak utk rationalise. Kita anak2 ni risaukan dia seorang diri, kalau sakit pening anak2 masih boleh balik tp ambil masa 2 jam juga dari KL. Kecuali kalau Giga rasa boleh uruskan business dari BP.
Akak nak tanya, yg lain2 belum berumahtangga tu xde ke yg boleh gilir2 teman Mak kat kpg? Akak faham sangat bila org tua nak duduk balik rumah tua ni. Tp kalau seorang diri memang sangat merisaukan...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 08:32 AM GMT+8 , Processed in 0.061883 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list