Edited by nandikar at 12-3-2019 01:39 PM
7 artis lelaki korea ini disyaki melanggan pelacur menerusi Seungri Big Bang
Semalam, bertebaran desas-desus mengatakan sebanyak tujuh orang artis korea lelaki tersenarai sebagai pemilik akaun yang berinteraksi dengan Seungri Big Bang di dalam laman mesej (“chatroom”) KakaoTalk dan seterusnya menjadi bukti dakwaan Seungri sebagai ‘broker’ atau bapa ayam.
Isu ini bertambah parah dan kusut apabila video-video seks yang dimuatnaik oleh selebriti-selebriti lelaki Korea ke dalam laman chatroom tersebut adalah dibuat tanpa kerelaan wanita, yakni pelacur yang diperlakukan sebagai bahan dagangan seks mereka. Sebanyak lebih 10 orang wanita menjadi mangsa.
Berikut merupakan 7(+)1 orang artis lelaki korea yang disyaki mendapatkan khidmat pelacuran, yang mana hanya beberapa saja daripada tujuh nama selebriti yang dispekulasikan ini berinteraksi sesama sendiri menerusi laman mesej tersebut.
1. Seungri
2. Jung Joon Young
Jung Joon Yeong bergambar bersama Seungri.
Berita mengenai Jung Joon Young sebagai pelanggan utama Seungri mula didedahkan oleh slot ala-ala buletin utama cenel SBS, SBS’s 8 O’Clock News pada sekitar jam 8 pm semalam. Jun Joon Young dikatakan telah merakam video klip seks ‘kinky’ bersama mangsa (disyaki pelacur) tanpa kerelaan mereka dan kemudiannya berkongsi video berkenaan di laman mesej Kakaotalk.
Jung Joon Yeong sebagai artis Korea yang melanggan pelacur dari Seungri, dan berkongsi video seksnya.
Dalam satu keratan mesej yang didedahkan, Jung Joon Young memberitahu rakannya, Encik Kim bahawa dia sedang melakukan seks. Kemudian, Encik Kim membalas , “Kamu punyai video?”. Tanpa segan silu, Jung Joon Young segera berkongsi video seks yang berdurasi 3 saat itu. Jung Joon Young turut melahirkan rasa kepuasannya kerana dapat merakamkan video berkenaan yang dirahsiakan daripada pengetahuan mangsa. Dalam masa yang sama, Jung Joon Young turut berkongsi videonya sedang intim dan memeluk erat seorang pelayan kelab malam.
Agensi yang mewakili Jung Joon Yoong memaklumkan bahawa beliau belum mengesahkan atau menafikan laporan berkenaan. “Jun Joon Young sedang sibuk menjalani penggambaran di Amerika Syarikat. Kami akan dapatkan kenyataan beliau sebaik saja beliau mendarat ke Korea nanti.”
3. Choi Jong Hoon (FT Island)
Choi Jong Hoon mempunyai hubungan perniagaan dengan Seungri apabila membuka salah satu restoren francais ‘Ramen Store’ yang berpengkalan di Korea dengan menggunakan Seungri sebagai orang tengah. Jadi, ia tak mustahil apabila sebilangan netizen mendakwa Choi Joong Hoon ialah Encik Choi dalam keratan bergambar yang dilaporkan berita SBS’s 8 O’Clock News.
SBS’s 8 O’Clock News turut melaporkan selain Jun Joon Young, Encik Choi juga berkongsi video klip seks bersama mangsa tanpa kerelaan mereka.
4. Yong JunHyung (Highlight/BEAST)
Yong JunHyung yang didakwa sebagai ‘Penyanyi Yong’ di dalam laman mesej KakaoTalk tersebut telah menafikan secara sekeras-kerasnya penglibatannya menerusi agensi Around US yang turut menguruskan kumpulan kpop, Highlight.
SBS “8 O’Clock News” telah menamakan ‘Penyanyi Yong’ ialah orang yang berinteraksi dengan Jung Joon Young pada tahun 2016. Jung Joon Young dilaporkan mengalami kesukaran hidup disebabkan masalah peribadi lalu beliau ditanya oleh Yong Junhyung tentang permasalahan tersebut. “Saya telah kantoi ambil video dan berkongsi di laman sosial,” kata Jung Joon Young.
“Kamu maksudkan kamu kantoi dek perempuan itukah?,” tanya Yong Junhyung.
“Ya..Ah, kalau dia dapat tangkap saya lah. Saya boleh saja berpura-pura mencintainya sewaktu main (melakukan seks).”
Agensi Around US menyangkal dakwaan Yong Junhyung pernah berkomunikasi dengan Jung Joon Young tetapi tak menafikan bahawa penyanyi tersebut merupakan kawan kepada Yong Junhyung.
Kenyataan penuh tentang penafian Yong Junhyung boleh dibaca di sini : Soompi
5. Lee Hong Ki (FT Island)
Menurut laporan electimes dan golftimes, pengguna akaun ‘Penyanyi OO’ ialah di antara milik Yong Junhyung ataupun Lee Hong Ki. Walaubagaimanapun, tidak seperti rakan sekumpulannya, Choi Jong Hoon yang masih berdiam diri lagi, Lee Hong Ki berinteraksi bersama peminatnya menerusi “Kakao Talk Opening Lounge” – “Lonely Lee, Hong Ki” , seterusnya mengurangkan kegusaran peminatnya. Lee hong Ki berkata, “Saya bangun, dan tidur semula. Jangan bimbang.”
6. Zico (Block B)
Zico bergambar bersama Jung Joon Young.
Jung Joon Young dan Zico mempunyai hubungan yang rapat sebagai kawan, maka ianya tak mustahil namanya turut tersenarai sama sebagai pemilik akaun dalam mesej KakaoTalk tersebut.
Rentetan daripada isu mengenai hubungannya dengan Jung Joon Young yang tengah menular semalam, netizen cuba menyelongkar beberapa program menyaksikan gandingan mereka bersama. Dalam satu episod MBC ‘Radio Star’ disiarkan pada tahun 2017, Zico berasa pelik dengan tabiat Jung Joon Young yang sentiasa mengelakkan telefon pintar kepunyaannya yang di namakan sebagai ‘Golden phone’ itu daripada dibaca oleh orang lain. Zico memaklumkan bahawa telefon pintar itu tersimpan rapi mesej-mesej KakaoTalk yang merupakan koleksi peribadinya. Ia hanya digunakan untuk kecemasan, katanya dalam program realiti itu yang turut dihadiri oleh Jung Joon Young.
Sebilangan netizen berasa meluat dengan pendedahan dibuat oleh Zico di dalam program itu kerana Zico seakan-akan melepas tangan tanpa memaklumkannya pada pihak berkuasa, mungkin atas alasan privasi Jun Joon Young.
7. Roy Kim
Begitu juga Zico, Roy Kim dan Jung Joon Young merupakan rakan baik. Mereka pernah berkali-kali muncul bersama dalam program realiti tv termasuklah Celeb Bros pada dua tahun lepas.
Melalui Jun Joon Young, Roy Kim mengenali Seungri. Sewaktu Seungri mengadakan konsert solonya pada Februari lalu meskipun berhadapan dengan kontroversi kelab ‘Burning Sun’ jagaannya, Roy Kim menghantar surat menyatakan bahawa dia tak dapat hadir ke konsert penyanyi tersebut.
Jun Joon Young dilihat bergambar bersama Seungri, Choi Jong Hoon (FT Island) dan Roy Kim.
Netizen masih menunggu jawapan daripada pihak Roy Kim yang masih sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang ijazah sosiologi di Georgetown University, Amerika Syarikat.
8. Kang Daniel
Kang Daniel, bekas ahli Wanna One ini, tak dinamakan sebagai tujuh orang yang tersenarai tersebut. Beliau dikaitkan dengan Seungri kerana hartawan wanita yang melabur di dalam ‘Burning Sun’ itu, yakni berasal dari Taiwan ialah wanita yang sama melabur untuk Kang Daniel tetapi berasal dari Hong Kong.
“Hanya ada dua konsert Wanna One, di mana Seungri hanya hadirinya sebagai artis senior, ” tambahnya lagi.
Tak dapat disimpulkan bagaimana desas-desus mengenai Kang Daniel melanggan pelacur daripada Seungri boleh tersebar. https://kmania.info/2019/03/12/7-artis-lelaki-korea-ini-disyaki-melanggan-pelacur-menerusi-seungri-big-bang/
|