Sudut rumah yang kecil memang sesuai diduduki apabila baru berkahwin. Tapi, apabila ahli keluarga dah mula berkembang, tidak hairanlah ruang rumah semakin sempit hingga ada masanya beberapa orang perlu berkongsi satu bilik terutama jika tinggal di rumah flat ataupun apartmen murah.
Memang tidak selesa nak tingaal di rumah sendiri yang terasa sempit dan padat.
Seorang pengguna Twitter berkongsi keadaan sebuah rumah flat yang telah melalui proses pengubahsuaian bagi membesarkan lagi rumah tersebut.
Tapi, kelihatan seperti menyusahkan jiran tetangga yang lain sahaja?
Kredit foto: Twitter
Menerusi gambar itu, dapat dilihat rumah yang terletak di tingkat dua itu telah ditambah sehingga merapati ruangan parkir. Yang pastinya, pengubahsuaian tersebut nampak pelik dan berbahaya.
Rata-rata netizen juga tidak dapat 'hadam' dengan reka bentuk rumah itu dan berasa pelik kenapa ia mendapat kelulusan kontraktor dan majlis perbandaran.
Kredit foto: Twitter
Ada seorang netizen juga berkongsi bahawa reka bentuk tersebut sebenarnya telah menyalahi undang-undang strata.
Kredit foto: Twitter
Harap majlis perbandaran dapat mengambil tindakan bagi memastikan binaan rumah itu tidak membahayakan penduduk setempat. - CARI |