View: 9802|Reply: 74
|
Tradisi Kumari, Gadis Ini Membesar Sebagai Dewi Di Dunia
[Copy link]
|
|
Di Kathmandu, Nepal, tradisi Kumari iaitu pemilihan Kumari iaitu Living Goddess telah diteruskan selama 300 tahun. Preeti Shakya, serang daripada bekas Kumari memberitahu media mengenai kehidupannya ketika itu penuh dengan peraturan. Salah satunya, dia tidak dibenarkan keluar daripada Kumari Ghar kecuali beberapa kali setahun jika terdapat perayaan. Namun kakinya tetap tidak dibenarkan menyentuh tanah dan hendaklah berlapis karpet merah.
Semasa upacara pemilihan Kumari, ketika dia berumur 3 tahun, dia dipakaikan pakaian serba merah dengan dihiaskan emas akan diusung dengan tandu. Semasa ujian tersebut yang turut dihadiri beratus lagi kanak-kanak, mereka akan ditinggalkan ditempat gelap dan menakutkan sama ada bersama ular, ada atau binatang sembelihan. Mereka yang menangis akan digagalkan. Hanya 32 peserta teratas sahaja akan dipilh sebagai Kumari. Namun tiada bukti yang dapat membuktikan ujian ketakutan ini berlaku memandangkan peserta terlalu muda untuk mengingati peristiwa itu.
Preeti Shakya semasa menjadi Kumari dan gambar terkini, Foto: abc.net
Penduduk Nepal Newari amatlah memuja pemenang yang terpilih Kumari. Namun, Kumari yang paling dipuja ialah Royal Kumari---Kumari berdarjat tertinggi. Preeti Shakya merupakan ahli Royal Kumari. Dia memberitahu juga,
"Saya masih ingat menonton TV dan melihat pakaian moden dan sangat mengingini memakainya." Preeti Shakya.
Kehidupan seorang Kumari amatlah penuh rahsia, namun terpulang kepada Kumari untuk menceritakan pengalaman mereka. semasa di Kumari Ghar, mereka cuma dibenarkan bertemu keluarga seminggu sekali. Sekiranya dia tidak belajar atau bermain, dia akan duduk di atas singgahsananya dan menerima kunjungan orang ramai serta memberi restu.
"Saya dapat merasakan saya orang penting, perkara yang paling saya suka apabila orang memberi cokelat dan mainan." Preeti Shakya.
Dipercayai bahawa Kumari telah menjamin kedamaian kepada kerajaan Nepal. Preeti Shakya pernah memberi restu kepada Raja Nepal sebanyak 7 kali dan Perdana Menteri mereka sekali. Sekarang, Preeti Shakya berumur 21 tahun menjalani kehidupan manusia biasa sebagai pelajar. Setiap Kumari hanya dibenarkan menjadi Kumari sehingga berumur 11 tahun.
Sebelum mengakihiri artikel ini, adalah lebih baik diingatkan bahawa ini kepercayaan mereka dan menghina kepercayaan yang bertentangan dengan pegangan kita bertentangan dengan hak asasi manusia. Jadi, jangan pandai-pandai menentang. Dengar dan lihat, baca dan fahami, mulut biar menyampai salam kedamaian ya! -CARI
Sumber rujukan : archaicnepal,abc.net |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Berbeza dengan staff opis aku yg bernama Kumari |
|
|
|
|
|
|
|
Yang aku ingat Minah Kumari.. belum sampai.. ada kat India... |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 23-1-2019 01:34 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Kurex replied at 23-1-2019 01:14 PM
Berbeza dengan staff opis aku yg bernama Kumari
Terima kasih baca. (...)
Hahaha.. Jangan bahan dia pula.. |
|
|
|
|
|
|
|
Archaiv replied at 23-1-2019 01:34 PM
Terima kasih baca. (...)
Hahaha.. Jangan bahan dia pula..
Tak la.. Opis kurex diharamkan racist, hina orang.
ME NAAGINNNNNN |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 23-1-2019 01:39 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
buragazz replied at 23-1-2019 01:33 PM
Yang aku ingat Minah Kumari.. belum sampai.. ada kat India...
Terima kasih baca. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 23-1-2019 01:40 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Kurex replied at 23-1-2019 01:38 PM
Tak la.. Opis kurex diharamkan racist, hina orang.
ME NAAGINNNNNN
Baguslah kalau macam tu. Salam kedamaian kat Kumari tu ya... |
|
|
|
|
|
|
|
Archaiv replied at 23-1-2019 01:40 PM
Baguslah kalau macam tu. Salam kedamaian kat Kumari tu ya...
Dia mc hari ni |
|
|
|
|
|
|
|
Kalo tak silap, lepas bersara dari jadi Kumari ni, diorang pun tak boleh kawen jugak. Ada terbaca dulu |
|
|
|
|
|
|
|
Suke sangat baca pasal kumari. N rase sedih pulak when they cant be kumari anymore.
Setakat yg sy tau, kumari x blh jd kumari lg when they reach the puberty & ade menstrual. |
|
|
|
|
|
|
|
Mina2215 replied at 23-1-2019 01:44 PM
Kalo tak silap, lepas bersara dari jadi Kumari ni, diorang pun tak boleh kawen jugak. Ada terbaca du ...
Boleh. Tp they hardly kawin sbb people around them mcm ssh nk adap dgn dia. N dia sdri pun ssh nk beralih transisi hidup. |
|
|
|
|
|
|
|
ye ke tak boleh kawen?
kesiannya, cantik minah ni rugi je biarkan gitu sampai tua
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
“This is only a superstition -- that if the Kumari marries a guy, the guy will die. This is only a superstition,” Shakya said, laughing. “All of the ex-Kumari are married. And I just married six months ago.Sep 8, 2016 |
|
|
|
|
|
|
|
cantiknye kumari ni bila da besar |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 23-1-2019 02:17 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Sasakim replied at 23-1-2019 02:15 PM
cantiknye kumari ni bila da besar
Terima kasih baca. Ya, kita sependapat mengenai kecantikannya. Hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Archaiv replied at 23-1-2019 02:17 PM
Terima kasih baca. Ya, kita sependapat mengenai kecantikannya. Hehe
kan..feature muka dia cantik |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 23-1-2019 02:20 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Kurex replied at 23-1-2019 01:43 PM
Dia mc hari ni
Kalau gitu, bgtau lain hari ya. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 23-1-2019 02:22 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
noraidil_06 replied at 23-1-2019 02:03 PM
Suke sangat baca pasal kumari. N rase sedih pulak when they cant be kumari anymore.
Setakat yg sy t ...
Terima kasih baca. Ya sebab tu umur 11 tahun, dorang akan hidup seperti manusia biasa. |
|
|
|
|
|
|
| |
|